Quantcast
Channel: PTS - Berita
Viewing all 1410 articles
Browse latest View live

Inspirasi Dari Buku Cerita HAMKA

$
0
0
--

Setiap kali tiba hari Jumaat, kita digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi. Ini adalah bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW dari Abu Said Al-Khudri RA;

“Barang siapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan terpancar cahaya baginya di antara dua Jumaat.” (HR Al-Hakim: 2/368, dan Al-Baihaqi: 3/247)

Keunikan Al-Quran terletak pada segenap segi, termasuklah perumpamaan dan contoh-contoh dalam bentuk penceritaan.

Surah Al-Kahfi pada ayat ke-54 ada menerangkan tentang hal ini.

“Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.”

Sejak kecil lagi, kita disajikan dengan cerita rakyat seperti Sang Kancil dan Pak Pandir. Di setiap penceritaan pula, watak-watak tersebut melambangkan sesuatu, dan ceritanya pula penuh dengan pengajaran.

Walau bagaimanapun, kita mula memahami cerita ini dalam fasa remaja.

Kadang-kala saya terfikir, apakah ada buku-buku cerita bersesuaian dengan pemikiran golongan dewasa?

Rupa-rupanya, HAMKA sudah menyediakan buku cerita versi orang dewasa sebagai pengajaran dalam menghadapi hidup.

Sekian lama mencari, baru saya berjumpa dengan buku Lembaga Hikmat karya HAMKA.

Lembaga Hikmat adalah jalinan kisah dan pengalaman orang-orang tertentu yang menempuh liku-liku hidup.

Cerita yang merangkumi sisi cerah dan gelap kehidupan mereka sesuai dijadikan sebagai perbandingan dan panduan hidup setiap insan.

Ketika kita merasai kegemilangan sebuah kerajaan, buku ini bercerita tentang konflik dan kesulitan yang dihadapi sang raja.

Buku ini turut memperlihatkan kekacauan pentadbiran, padahal ia sebenarnya sedang berusaha menyelamatkan negara.

Lembaga Hikmat turut memuatkan kisah seorang pemuda berwawasan sebagai penyegar jiwa golongan dewasa.

Kisah Usamah bin Zaid amat bagus sebagai meningkatkan jati diri, dimana kekuatan jiwa boleh sentiasa kukuh walaupun jasad semakin lemah.

Maka tepat sekali ungkapan HAMKA;

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata.


Perjalanan Hidup Malcolm X Yang Perlu Anda Tahu

$
0
0
--

Pada tanggal 19 Mei 1924, Omaha menerima kelahiran seorang bayi bekulit hitam yang bernama Malcolm Little. Ini adalah permulaan hidup pembelaan orang kulit hitam di Amerika Syarikat, yang kemudiannya dikenali sebagai Malcolm X.

‘X’ melambangkan sejarah gelap golongan kulit hitam. Pada abad ke-19, nama orang-orang kulit hitam itu diabaikan dalam kalangan hamba-hamba pedagang, dan kerana itulah mereka hanya disebut sebagai ‘X’.

Semasa kecil, keluarga Little sering menjadi sasaran Klu Klux Klan berikutan kelantangan ayah Malcolm yang bersama-sama memperjuangkan pembebasan orang kulit hitam.

Selepas ayah beliau dibunuh, Malcolm berubah menjadi anak yang liar. Kehidupan yang bertukar gelap menyebabkan Malcolm terjerumus ke dalam aktiviti mencuri, minum arak, berjudi, penjualan, dan penagihan dadah.

Beliau kemudiannya diajukan ke muka pengadilan atas dakwaan mencuri, dan ditahan sehingga berusia 27 tahun. Ketika ini, Malcolm mula belajar tentang kehidupan melalui bacaan beberapa buah buku termasuklah sastera, sejarah, dan falsafah.

Bermula dari sini, Malcolm terdedah kepada Islam melalui beberapa siri lawatan adik-beradik beliau. Beliau akhirnya menjadi pengikut Nation of Islam (NOI) selepas berbalas surat dengan pemimpin NOI, Elijah Muhammad.

Tahun 1952 adalah permulaan kegemilangan NOI selepas Malcolm X terlibat secara rasmi dalam pergerakan itu. Tidak hairan beliau kemudian menjadi perhatian dunia, lantaran ucapan yang tegas dan kritis dalam membela nasib orang kulit hitam.

Sayang sekali, krisis berlaku selepas NOI mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur rasis. Konflik dalaman memburukkan lagi keadaan antara Malcolm yang tidak sependapat dengan Elijah, dimana Elijah menyifatkan orang kulit putih sebagai Iblis dan beliau sendiri adalah utusan Allah.

Akhirnya, Malcolm menarik diri dan menubuhkan Muslim Mosque Inc.

Ibadah haji pada tahun 1964 menjadi titik perubahan Malcolm apabila beliau melihat lautan jemaah daripada pelbagai ras, bangsa, dan warna kulit, sama-sama memuji Tuhan yang satu. Pengalaman inilah yang mengubah pola pemikiran beliau, sebelum bertindak membela hak kemanusiaan orang kulit hitam dan orang kulit putih.

Malcolm X akhirnya mendirikan Organization of Afro-American Unity (OAAU) pada 28 Jun 1964. Ugutan bunuh semakin bertambah dari semasa ke semasa, membuatkan beliau lebih berhati-hati dalam setiap pergerakan.

21 Februari 1965, saat memulakan ceramah di Audubon Ballroom, Malcolm X akhirnya tewas selepas ditembak oleh tiga orang Afrika-Amerika yang kononnya memperjuangkan nilai-nilai dan hak orang kulit hitam.

Walau bagaimanapun, impian Malcolm X menyebarkan visi antirasisme dan nilai-nilai Islam yang bersifat kemanusiaan, berjaya menggugah kalangan Afro-Amerika dan dunia.

(Artikel ini diolah dari sumber: http://www.biografiku.com/2010/06/biografi-malcom-x-pendakwah-islam-dari.html)

Impian Menjadi Kenyataan?: Cinta Secret Admirer

$
0
0
--

“Dalam kehidupan ini, yang terindah, melalui usia remaja… senda gurau suka duka, sering berganti, meninggalkan kesan abadi…”

Lagu yang dipopularkan oleh Fauziah Ahmad Daud ini memang ada benarnya.

Kata orang, usia remaja adalah zaman perubahan corak pemikiran dan gaya hidup.

Amrina juga tidak terlepas untuk menikmati pahit manis zaman remajanya.

Sekolah Sri Bangsar menjadi tanda ingatan terhadap tiga sekawan dan lelaki idaman masing-masing.

Dalam kekalutan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal tiba, Amrina sempat memasang angan-angan tentang cinta.

Ini antara topik panas dalam perbincangan dikalangan pelajar sekolah menengah masa kini.

Ini adalah cerita pembuka novel terbaru Haziq Ridzuan dengan judul Cinta Secret Admirer.

Kali ini, beliau membawa tema percintaan alam remaja yang cukup rasa - sedih, lawak, dan gembira.

Novel kali ini, kita akan mengenali sebuah lagi kumpulan di Sekolah Sri Bangsar.

Mereka bertiga dikenali sebagai Gadis Kaca Mata.

Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan The Wannababes, mereka ibarat langit dengan bumi.

Pelbagai ragam akan kita lihat sepanjang usaha mereka mengejar cinta hati masing-masing.

Tidak cukup dengan menjawab kuiz cinta dalam sebuah majalah kecantikan, mereka cuba mempraktikkan panduan dalam buku Resepi Mencari Cinta yang dijumpai di perpustakaan.

Secara luaran, Amrina tidak kisah langsung dengan kuiz cinta ataupun buku Resepi Mencari Cinta.

Namun dalam diam, dia cuba-cuba melakukannya ketika kawan-kawan lain tidak memberi perhatian.

Amrina bijak menyembunyikan perasaan terhadap Zul Irfan tanpa diketahui Noreen dan Syakila.

Bagaimanapun, rahsia terbongkar selepas Amrina secara tidak sedar membela Zul Irfan apabila mendengar gosip tidak baik terhadap kekasih idamannya.

Kemudian, bermulalah misi yang dirancang Noreen dan Syakila terhadap Amrina sebagai usaha memikat hati Zul Irfan.

Malangnya, lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

Paling memalukan adalah insiden makan kertas semasa sesi pembelajaran.

Adakah Amrina akan serik mengejar cinta? Mungkinkah semua perasaan akan kekal rahsia? Berjayakan jejaka idaman ditakluki hatinya? Temui jawapannya dalam Cinta Secret Admirer!

Semua Ayah adalah Superhero!

$
0
0
--

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Mutiara kata yang menggambarkan betapa pentingnya kedua-dua ibu bapa.

Seorang anak sentiasa menghargai ibu bapa mereka. Begitu juga dengan penulis-penulis Tunas Super.

Mereka kembali dengan Storymorie Certot #3 Ayahku Superhero. Antologi cerita kontot kali ini menampilkan sembilan penulis cilik daripada pelbagai negeri.

Masing-masing berkongsi pelbagai kisah penuh emosi dan pengajaran bagi tatapan pembaca. Dorongan imaginasi menjadikan kisah-kisah ini seakan berlaku di alam realiti.

Jalan cerita diolah dengan baik serta penggunaan gaya bahasa yang mudah dan santai, antologi ini amat bagus sebagai bahan bacaan kanak-kanak sekolah rendah.

Ia sekaligus menjadi daya penarik kepada kanak-kanak lain bagi memupuk minat membaca dan cuba menceburi bidang penulisan.

Antologi ini juga sesuai bagi meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak, sesuai dengan tahap pemikiran mereka. Ini kerana ada sesetengah antologi bermain dengan imaginasi yang tidak kurang hebatnya.

Memandangkan cuti sekolah sudah tiba, saya amat menggalakkan ibu bapa menghadiahkan karya-karya terbaik penulis-penulis Tunas Super sebagai bahan bacaan musim cuti.

Sebagai makluman, penulis-penulis Tunas Super lahir daripada program Penulis Tunas Super yang mengetengahkan bakat menulis dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Sejak 2013 sehingga kini, Tunas Super melahirkan 27 penulis cilik dengan 37 buah novel.

Dalam masa yang sama, pertandingan Certot Penulis Tunas Super Storymorie turut diadakan bagi membuka peluang kepada pelajar sekolah rendah berkarya. Ia juga menjadi platform untuk mencari penulis Tunas Super seterusnya.

Selamat membaca dan selamat berkarya, penulis muda!

Apakah yang Membuatkan Rakyat Turki begitu Sayang kepada Erdogan?

$
0
0
--

Pada tahun 1997, Kudeta tentera telah berjaya menguasai dan menggubal beberapa dasar baharu. Antaranya adalah dasar pendidikan, dimana semua anak-anak diwajibkan persekolahan selama lapan tahun berbanding lima tahun menurut undang-undang sebelumnya.

Sebelum ini, ibu bapa bebas menghantar anak-anak menyambung pengajian di peringkat menengah ke sekolah kebangsaan, vokasional ataupun agama termasuk sekolah İmam Hatip yang asalnya ditubuhkan bagi melahirkan imam dan pendakwah di masjid.

masjiddi turki

Sejak perubahan ini dibuat, ibu bapa sukar menghantar anak-anak ke sekolah agama.

Peperiksaan penilaian untuk kemasukan ke universiti juga diperketat bagi menyukarkan pelajar lulusan İmam Hatip mengikuti pengajian selain agama di universiti.

Tindakan ini berjaya mengurangkan kemasukan pelajar ke sekolah İmam Hatip dengan kadar dua peratus berbanding sebelas peratus pelajar sebelum dasar baru ini diperkenalkan.

Begitu juga, dengan kadar kemasukan ke universiti daripada lulusan İmam Hatip yang menurun secara drastik, iaitui 25 peratus berbanding 75 peratus orang pelajar sebelum ini.

Keadaan berubah apabila Erdoğan mula mengambil alih pemerintahan. Pada tahun kemenangannya iaitu 2002, seramai 65 000 orang pelajar mengikuti pengajian di sekolah İmam Hatip dan bilangannya meningkat kepada 658 000 orang pada tahun 2013.

imam hatip

Dilaporkan pada tahun 2015, bilangannya sudah mencecah sejuta orang. Perubahan ini berlaku apabila semua pelajar diwajibkan mengambil peperiksaan untuk masuk ke sekolah menengah,

kecuali bagi memasuki sekolah İmam Hatip. Sesiapa yang tidak melepasi peperiksaan berkenaan, tiada pilihan lain kecuali menyambung pengajian ke sekolah İmam Hatip.

Erdoğan bukan sahaja berjaya meningkatkan bilangan pelajar ke sekolah agama, bahkan memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Moral dan Budaya Beragama di semua sekolah yang mewajibkan hafazan beberapa ayat Al-Quran dan doa-doa.

MENARIK: Erdogan VS Gulen: Siapa Benar dan Siapa Salah?

MENARIK: Buku Erdogan Bongkar Siapa Sebenarnya Gulen

Hal ini diperjuangkan atas nama hak asasi, kenegaraan dan demokrasi.

erdogan

Kursus elektif juga diperkenalkan di sekolah-sekolah untuk pelajar sendiri memilih untuk mengikuti mana-mana mata pelajaran yang ditawarkan. Mata pelajaran Sirah Nabawi dan Pengajian Al-Quran adalah tawaran kursus elektif yang disediakan.

Semua tindakan ini tidak dibuat sewenang-wenangnya, namun secara berstrategi menurut undang-undang dalam usaha mengembalikan jati diri umat Islam Turki. Erdogan pernah berkata,

“Kami mahukan anak muda yang beragama, Apakah kamu mengharapkan parti konservatif demokrat AK Parti ini membesarkan generasi anak muda tanpa agama? Itu mungkin urusan kamu, misi kamu tetapi bukan kami. Kami akan membesarkan generasi anak muda konservatif dan demokrat yang mempunyai prinsip dan nilai teguh bangsa ini.”

Hal ini sebenarnya, membuat rakyat semakin tunduk berterima kasih kepada Erdogan kerana membawa mereka kembali kepada fitrah asal bangsa Turki yang sudah terbangun selama lebih 600 tahun di bawah kepimpinan khalifah Islam Uthmaniyah.

Nota Editor: Ahmad Azam Ab Rahman adalah penulis buku Erdogan Bukan Pejuang Islam. Buku ini ditulis bersama-sama Tuan Najmuddin Mohd Nawi dan Tuan Muhammad Suhail Ahmad. Ahmad Azzam adalah Presiden WADAH, beberapa organisasi antarabangsa seperti FGN dan UNIW.

Bagi Anak Minum Susu Lembu - Anak Dapat DNA Lembu: Fakta atau Auta?

$
0
0
--

“Kalau kita bagi susu lembu, maka DNA lembu akan masuk ke dalam badan bayi. Jadi ia akan mempengaruhi akhlak bayi. Mungkin bayi akan membesar menjadi orang yang pemarah sebab lembu ini cepat marah.”

Tahun lepas, 2015, kecoh seketika apabila seorang personaliti agama wanita mengatakan hal sedemikian. Ada yang menyokong, tetapi lebih ramai yang menentang.

babi

Malah, sejumlah artikel dikeluarkan bagi menerangkan perihal sebenar berkenaan isu ini.

Sebenarnya, memang ada beberapa isu dan kajian berkaitan lembu dan manusia.

Tahun 1985, dunia mengalami wabak yang dikenali sebagai Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE) atau Penyakit Lembu Gila. Kesan daripada itu, lembu kurang mengeluarkan susu, menggeletar, dan ketakutan.

Manusia mula terdedah kepada penyakit ini selepas menjadikan ia sebagai bahan makanan. BSE versi manusia ini dikenali sebagai variant Creutzfeldt-Jacob Disease (vCJD). Penyakit ini pernah menyerang 600 orang di Britain dalam masa satu tahun.

Namun sebenarnya, lembu adalah mangsa.

Lembu mengalami perubahan negatif selepas diberi makan ofal iaitu produk sampingan berupa organ dalaman haiwan-haiwan yang diyakini tercemar dengan prion scrapie. Dan tidak mustahil bahan ini bercampur dengan tisu babi yang tercemar.

babi 3

Ini kerana ada rekod ‘yang digelapkan’ berkenaan Porcine Spongiform Encephalopathy (PSE) atau Penyakit Babi Gila. United States Department of Agriculture (USDA) merekodkan kes pertama PSE berlaku di New York pada tahun 1979.

Kajian Dr. Masuo Doi dari Januari 1979 hingga Mac 1980 memperlihatkan perubahan ketara dalam kalangan babi yang disyaki PSE.

Mereka kelihatan gemuruh, menggeletar, takut kepada sentuhan, dan akhirnya mengalami kegagalan fungsi saraf sehingga lumpuh dan kerap menderam akibat halusinasi.

Penemuan lain mendapati, cacing jenis T. saginata dalam lembu menyerang bahagian usus pemakannya bagi menyempurnakan kitaran hidup. Bagaimanapun, ia boleh dibunuh dengan penggunaan ubat.

Berbeza dengan T. Solium dalam babi, ia kekal dan bergerak bebas ke seluruh tubuh manusia melalui saluran darah pemakannya untuk terus kekal hidup.

Jadi, adakah anda memilih makanan yang benar-benar sihat untuk bayi anda?

babi 4

Nota Editor: Fakta dalam artikel ini diambil dari buku Kenapa Babi Tidak Halal? yang ditulis oleh Samhani Ismail. Beliau adalah calon PhD Neurosains Kognitif, Universiti Sains Malaysia. 

Adakah HAMKA Menulis Novel Islami?

$
0
0
--

HAMKA ketika menulis Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck 77 tahun dahulu, tidak pernah mendakwa novel yang ditulis oleh beliau itu sebuah novel islami.

Hari ini novel Islami sudah menjadi salah satu genre dalam industri perbukuan.

promo hamka

Klik di sini untuk membeli buku-buku HAMKA yang murah!

Malah sebelum munculnya novel Islami ini, Sastera sudah disanggah dengan perkataan baharu iaitu Persuratan. Kebanyakan yang berminat untuk menggunakan term persuratan ini,

Mereka mengagak ianya lebih bernuansa Islami kerana persuratan lahir dari kata dasar ‘surat’ yang dipinjam dari bahasa Arab.

Persoalannya, adakah Islam itu berdiri atas bahasa Arab sahaja? Kita perlu menyanggah apa yang sering disebutkan oleh ustaz ustazah kepada kita tentang syurga.

Iaitu, di syurga nanti kita semua fasih bertutur dalam bahasa Arab dan Tuhan juga bercakap dengan kita dalam bahasa Arab.

quran

Seolah-olah kita memperkecilkan kuasa Tuhan yang telah mencipta pelbagai bahasa. Perlukah kita masuk ke ruang perbincangan novel islami atau tidak jika kandungan novel yang dikatakan islami itu hanyalah pada pakaiannya sahaja?

Inilah bahaya apabila berlakunya silap faham keatas makna ‘patuh syariah.”

Adakah HAMKA menulis Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck itu dengan memakai makna sebuah novel islami yang penuh moral etika dan menjaga hukum syariat?

...Termenung Hayati sebentar. Tiba-tiba dibukanya selendang yang melilit kepalanya, dicabutnya beberapa helai rambutnya, diberikannya kepada Zainuddin, “Inilah, terimalah! Selamat jalan… - hlm 80

Apa yang penting bagi HAMKA bukanlah persoalan teks itu mematuhi syariat ataupun tidak tetapi lebih dari itu,

HAMKA pentingkan kritikan yang membina untuk umat agar manusia dipandang setaraf tanpa pangkat, darjat dan keturunan.

Mahu pilih persuratan atau kesusasteraan bukanlah masalah yang penting untuk dibahaskan, yang penting tulisan itu mampu menjadi suara kepada golongan yang tertindas.

Novel Islami hari ini tidak lain sekadar sebuah novel cinta yang hanya di ‘islamisasikan’ keatas pakaiannya sahaja.

HAMKA menulis Tuan Direktur itu jauh sekali dari norma ‘novel Islami’ yang kita faham hari.

tuan direktur

Novel ini ditulis untuk mengkritik faham Kapitalisme dan memaparkan kelas sosial manusia di bandar besar seperti Surabaya.

MENARIK: Inspirasi dari Buku Cerita HAMKA

MENARIK: Tafsir Al-Azhar Karangan HAMKA yang Lahir dari Penjara

Sinipis-nipis Tuan Direktur ia tetap mempunyai makna yang begitu besar.

Engkau hendak membuka perusahaan, Fauzi? Boleh, tetapi tegakkan cita-cita lebih dahulu sebelum berusaha. Misalnya, berusaha kerana hendak membela kaum buruh dan kaum nganggur. Kalau cita-cita itu engkau tegakkan, engkau menjadi budak dari cita-citamu, bukan jadi budak dari wangmu.  - hlm 122

Petikan seterusnya ini juga diambil dari novel Tuan Direktur,

Pada kali-kali itulah nyata terbentang bahawa manusia tidak berdaya untuk menyembunyikan aib atau cela masyarakat. Di pinggir kali itu lalu dengan cepatnya auto yang mahal, sedang beberapa orang tidak tentu rumah tangganya, mandi di bawah dengan tidak memakai kain sehelai benang jua. Beberapa perempuan melintas di atas jambatan dengan pakaiannya yang indah, di bawah beberapa perempuan lagi sedang menyudahkan kain cucian yang dicucinya dengan diupah. - hlm 2

Gambaran novel Islami yang kita difahami hari ini adalah, tiada adegan bersentuhan, wanita sentiasa memakai tudung, lelaki memakai ketayap/kopiah, dan meluahkan beberapa dalil al-Quran, paling penting menambah perasa dengan ayat-ayat cinta yang manis-manis.

“Assalamualaikum Cinta - Walaikumussalam Rindu” sudah membuatkan semua perempuan hijabi cair dan lelaki syabab tanpa ragu-ragu ingin menghalalkan hubungan.

Melawan pemerintah yang zalim, menyanggah kebiasaan masyarakat, membantu yang lemah dan membebaskan golongan yang tertindas adalah wajah sastera yang tidak islam atau bukan novel Islami.

“Penyair haruslah berjiwa ‘bebas dan aktif’. Bebas dalam mencari kebenaran dan aktif mempertanyakan kembali kebenaran yang pernah diyakininya.” - Wiji Thukul

Suku puak Penan di Sarawak yang tidak terbela, Temiar yang ditindas, kalau tidak boleh lagi diharap kepada suku puak politik untuk membela, sasterawan yang perlu bekerja keras membela.

simposium

Klik di sini untuk mendaftar

Sultan Muhammad V Sebagai Yang Di-Pertuan Agung ke-15

$
0
0
--

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, 14 Okt lepas, bagi tempoh lima tahun bermula semalam.

Sultan Muhammad ke-V

Sultan Muhammad V, 47, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 semalam.

Upacara di balairung seri hari ini bermula dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh kedua-dua Seri Paduka Baginda.

Mesyuarat Khas itu dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Memulakan istiadat, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad tampil menyembahkan Surat Sumpah Jawatan kepada Sultan Muhammad V yang kemudiannya melafazkan Sumpah Jawatan sebelum menandatanganinya.

Surat Sumpah jawatan itu kemudiannya ditandatangani oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, sebagai saksi.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kemudian menyembahkan pula Surat Sumpah Jawatan kepada Sultan Nazrin yang kemudiannya melafazkan sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sebelum menandatanganinya.

Surat Sumpah Jawatan baginda turut ditandatangani oleh Sultan Mizan dan Tuanku Syed Sirajuddin sebagai saksi.

Selesai istiadat itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kemudian memaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-244 (Khas) ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak.

Acara di balairung seri kemudiannya diteruskan dengan istiadat menandatangani perisytiharan memegang jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya.

Yang Di-Pertuan Agong

Memulakan istiadat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diapit Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Md Tajri Alwi dan penolongnya Azuan Effendy Zairakithnaini menghadap dan menyembahkan Surat-surat Perisytiharan memegang jawatan untuk ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Najib kemudian membaca perisytiharan bahawa Sultan Muhammad V telah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 manakala Sultan Nazrin pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.Upacara penuh istiadat yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Semua sembilan Raja-Raja Melayu atau wakil-wakil baginda serta tiga Yang Dipertua Negeri hadir pada upacara berkenaan, kecuali Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang diwakili Speaker Dewan Undangan Sarawak Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri, menteri-menteri Kabinet, anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta pegawai tinggi kerajaan.

Setelah selesai upacara di balairung seri, Najib mengetuai upacara menghadap diikuti menteri-menteri Kabinet serta orang kenamaan. - BERNAMA


Gagasan Besar HAMKA Dalam Tafsir Al-Azhar Perlu Dibangunkan

$
0
0
--

Tafsir Al-Azhar Juzuk-30 yang dikarang oleh HAMKA berjaya dilancarkan di Simposium HAMKA yang diadakan pada 17 Disember 2016 beberapa hari lalu.

Pelancaran Tafsir Al-Azhar Juzuk 30 disempurnakan oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan bersama Prof. Madya Dr. Mat Rofa.

Prof. Abdullah

HAMKA atau nama sebenarnya Abdul Malik Karim Amrullah (Prof.) adalah ulama yang bukan sahaja mampu bergiat dalam bidang keagamaan, falsafah dan politik sahaja.

Malah kesusasteraan juga, inilah yang menjadikan beliau sedikit berbeza berbanding ulama-ulama Melayu yang lain.

Tafsir Al-Azhar dihasilkan oleh HAMKA ketika berada di dalam penjara ketika zaman pemerintahan Seokarno. Tafsir yang sudah ditulis pada zaman yang sudah moden pada ketika itu begitu terkehadapan.

Beliau adalah ulama Melayu pertama pada ketika itu yang berjaya menulis sebuah tafsir Al-Quran yang lengkap.

Tafsri al-azhar juzuk 30

Ketika menyampaikan ucapan aluan, Prof. Emeritus Abdullah Hassan menginbau kembali kenangan beliau ketika menetap di Gunung Semanggol dahulu.

Katanya HAMKA sering diundang di sana dan disebut-sebut sebagai 'pujangga',

Dalam ucapannya juga, Prof. Abdullah berkongsi cerita HAMKA ketika kecil yang bergitu berminat dengan buku-buku cerita sehingga datang ayahnya, beliau cepat-cepat menutup buku cerita dengan kitab-kitab ketika pengajian.

Teori Interteks dari Barat memberitahu, kita tidak akan pernah mengungkapkan sebarang ayat atau cerita baru melainkan setelah kita membaca.

Apabila kita melihat kepada teori ini, barulah kita memahami kerana bacaan buku-buku cerita ketika zaman remaja HAMKA maka beliau dapat mengungkapkan kembali dalam versinya, Dibawah Lindungan Kaabah, Merantu ke Deli dan novel-novelnya yang lain.

Tafsir Al-Azhar Juzuk 30 ini adalah tafsir kedua yang diterbitkan oleh PTS Media Group Sdn. Bhd. Pertama kalinya diterbitkan Tafsir Al-Azhar Juzuk 1,2, & 3 dalam satu jilid.

Selepas ini, PTS akan menerbitkan Tafsir Al-Azhar yang bermula dengan Juzuk -30 ini dengan saiz yang lebih mudah dibawa, tidak berat dan harganya mampu milik.

Dengan harapan gagasan HAMKA yang terkandung didalam Tafsir Al-Azhar ini boleh tersebar dan dibangunkan.

Dr. mat rofa

Mengakhiri ucapannya di Majlis Pelancaran itu, Prof. Abdullah berharap agar usaha PTS menerbitkan semula karya-karya Buya HAMKA ini dapat memberi inspirasi kepada semua orang yang membacanya dan terus bercita-cita menjadi orang besar.

Besar disini saya maksudnya, besar jiwanya, besar cita-citanya, besar budinya, besar falsafahanya dan besar usahanya untuk mencapai apa yang dimahukan dalam hidupnya dan menjadi manusia yang banyak memberi manfaat kepada ramai orang.

Buku Yahudi, Kristian, Hindu & Buddha Berasal Daripada Islam? Tarik Perhatian Orang Ramai

$
0
0
--

Buku Yahudi, Kristian, Hindu & Buddha Berasal Daripada Islam? Mendapat perhatian orang ramai dan dari kalangan pengamal media yang dikatakan mampu mengancam ketenteraman dan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.

Buku ini juga dikatakan telah berniat untuk menyeleweng fakta sebenar dan kesucian agama Hindu dengan memaparkan fakta yang salah dan tidak pernah dibuktikan.

Penulis, Saudara Ahmad Iqram Mohamad Noor telah menulis satu bab di dalam buku ini yang melibatkan agama hindu, iaitu Agama Hindu Berasal Daripada Islam yang menjadi kontroversi sekarang.

Pihak yang tidak bersetuju dengan penerbitan buku ini telah menolak fakta mengenai

orang-orang Aryan yang masuk ke India sehingga lahirnya panggilan Hindu dari lembah Indus telah membawa dakwah dan ajaran Nabi Ibrahim.

Mereka juga menolak agama Hindu yang ada pada hari ini telah diselewengkan.

MENARIK: Bid'ah Perkara Dalam Agama Yang Paling Bahaya dan Sebab Kenapa Wujud Pelbagai Agama

MENARIK: Soalan Lelaki Ini Kepada Pensyarah di Universiti Membuatkan Beliau Mengkaji Pelbagai Agama

india

Ada juga sebahagian pihak yang menentang hujah yang dikemukan oleh penulis, iaitu

Guru Nanak, pengasas Agama Sikh pernah menunaikan haji di Mekah.

sikh

Buku Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha Berasal Daripada Islam? yang baru sahaja diterbitkan pada bulan lepas sudah mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.

Buku ini bukan berbentuk perbandingan agama seperti mana yang kebiasaan ditulis oleh golongan comparative religions tetapi buku ini lebih bersifat membincangkan fakta tentang hubungan ‘kerasulan’ yang diutuskan kepada setiap kaum.

buku

MENARIK: Agama Mana Agama Paling Tua?

MENARIK: Beli di Bookcafe.com.my untuk lebih cepat, jimat dan selamat

Malah, buku ini juga tidak membincangkan perihal keseluruhan agama-agama seperti soal hukum, ibadah, dan ritual agama, tetapi hanya membincangkan soal dasar agama terutama dalam konsep akidah dan pensejarahan yang mempengaruhi agama-agama.

Selain agama Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha, agama-agama lain juga turut disentuh antaranya, Agama Yahudi, Agama Buddha, Agama Sabean, Agama Sikh dan Agama Baha’i.

Adakah Kita Sedang Bergerak Menuju Perang Dunia Ketiga?

$
0
0
--

5 kes pembunuhan yang berlaku semalam memberikan satu kejutan untuk seluruh dunia. 2 kes pembunuhan di Ankara, satu di Zurich, satu di Berlin dan satu di Moscow memberikan satu persoalan awal kepada beberapa pemerhatian geopolitik,

Adakah kita sedang menuju ke permulaan Perang Dunia Ketiga?

perang

Di Ankara, seorang anggota polis menembak mati Duta Rusia ke Turki, Andrie Karlov. Satu lagi kes di Ankara seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di hadapan pintu masuk kedutaan Amerika Syarikat.

Di Zurich, tiga cedra ditembak seorang lelaki di sebuah surau di kawasan perumahan Aussersihl. Manakala di Berlin, sebuah trak yang dipandu oleh seorang pelarian Pakistan merempuh sebuah pasar Krismas sehingga mengorbankan 12 nyawa dan 50 orang yang tercedera. Terakhir di Moscow, seorang diplomat Rusia mati ditembak.

bunuh

Yang perlu ditanya sekarang,

Siapa mereka?

Dari sisi barat mungkin sebahagian besar melihat pembunuhan ini dilakukan oleh pengganas dari kalangan mereka yang beragama Islam.

Dari sisi kita yang muslim ini mungkin kita katakan, apa yang dilakukan oleh pembunuh-pembunuh ini bukan daripada apa yang disuruh oleh Allah atau mungkin juga akan ada sebahagian kecil yang berfikir perkara ini adalah perancangan barat.

Apa yang menjerat mereka sehingga melakukan demikian atas nama Tuhan Allah? atau adakah mereka ini dari kumpulan ISIS yang terwujud dari perang saudara di Syria?

Jufitri Joha dalam makalah yang dimuatkan di dalam buku ISIS terbitan PTS Media Group Sdn. Bhd, memetik dari makalah Responding to the Islamic’s State Foreign Fighters: Retribution or Rehabilitation menyebut terdapat sekitar 12,000 pejuang ISIS, termasuk rakyat Britian. Bayangkan apabila perang tamat dan mereka pulang ke negara masing-masing dengan ideologi ISIS, sudah tentu ia mengancam kententeraman awam.

MENARIK: 5 Sebab Kenapa Ramai Orang Tertarik Menyertai ISIS?

MENARIK: 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai ISIS

isis

Beliau juga tidak menolak faktor pembulian Barat terhadap dunia Islam, menjadi sebab lahirnya kumpulan ISIS. Hal ini juga diakibatkan dari kelemahan Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) dan kegagalan negara-negara Arab bagi menamatkan penderitaan rakyat Palestin, Syria dan Iraq.

isis

MENARIK: Apa Yang ISIS Lakukan Tetapi Nabi Muhammad SAW Tidak Lakukan?

Klik di sini untuk dapatkan buku ISIS

Berbalik kepada persoalan, adakah kita sedang bergerak menuju ke perang dunia ke-3?

Jikalau kita membuat perbandingan situasi dan keadaan, mungkin ada beberapa yang agak sama.

Archduke Franz Ferdinand dan isteri dari Austria-Hungry terbunuh di Sarajevo, Bosnia menjadi peristiwa penting yang diingi sehingga hari ini.

Peristiwa pembunuhan ini  menjadi titik permulaan perang dunia pertama yang berakhir pada 11 November 1918.

Jesus, Nabi Isa & Merry Christmas (Bhg 1)

$
0
0
--

Begitulah setiap tahun, kita masih terpinga-pinga dengan perdebatan yang sama. Menjelang 25 Disember 2016 umat Islam masih membicarakan dan mempertanyakan semula apa hukum ucap ‘Merry Christmas’ kepada teman-teman agama Kristian yang meraikannya.

3 hari lalu, tersebarnya fatwa yang dikeluarkan oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan umat Islam mengucapkan Merry Christmas.

Tidak salah untuk orang Islam memberi ucapan Selamat Hari Krismas atau “Merry Christmas” kepada orang Kristian atas dasar memupuk persaudaraan dan muhibah.

dr. zulkifli

Setelah kami amati dan tekuni isu ini dengan berhemah, di samping membincangkan dengan pakar serta kembali kepada rujukan yang muktabar, maka kami berpendapat hukum mengucapkan Merry Christmas adalah harus.

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga adalah penulis buku, Safinatun Najah: Fikah Mazhab Syafie, Hebatnya Kuasa Hafazan, Demi Masa dan Kuasa Iqra bersama PTS.

Apa lagi yang belum kita ketahui mengenai Agama Kristian?

Perkataan Kristian bermaksud ‘orang yang dimandi’ iaitu orang yang disapu dengan minyak suci atau dibaptis dengan air suci. Apabila seseorang itu dibaptis, maka diakui sah sebagai pengikut Christ.

baptis

Di dalam Al-Quran, agama Kristian disebut dengan nama ‘Nasrani’, diambil dari sebuah perkampungan di Jerusalem (Palestin). Tempat Nabi Isa as dibesarkkan. Kawasan itu bernama Nazareth.

Di dalam Al-Quran, Jesus disebut dengan nama Isa. Nabi Isa dilahirkan di Palestin yang dikuasai oleh Kerajaan Rom pada ketika itu. Beliau berketurunan Yahudi yang dilahirkan oleh Maryam (juga berketurunan seorang Yahudi).

jesus

Sejarah dalam agama Kristian mencatatkan Jesus dilahirkan pada 25 Disember. Inilah asal usul perayaan Hari Krismas, iaitu untuk meraikan kelahiran Jesus.

Seperti mana umat Islam menyambut kelahiran Nabi Muhammad saw (Maulidur Rasul) setiap tahun pada 12 Rabiul awal (mengikut kalendar Islam).

Saudara Iqram Mohamad Noor memberikan persepsi yang berbeza mengenai tarikh kelahiran Jesus dalam bukunya, Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha Berasal Daripada Islam?

book

Pendapat yang kukuh mengenai tarikh kelahiran Jesus adalah antara tahun 8 hingga 4 SM.

Tulis beliau lagi, menjadi perselisihan pendapat dari kalangan para ilmuan Kristian kerana pada akhir Disember adalah musim sejuk, tetapi dalam Injil Lukas bab 2 ayat 8 menceritakan pada hari kelahiran Jesus, terdapat penggembala kambing yang menggembala ternakannya pada waktu malam.

Di Palestin juga cuaca dingin dan salji turun pada bulam Dismeber. Tidak mungkin ada penggembala yang keluar pada waktu malam sekiranya pada musim salji. Ini menunjukkan,

Jesus tidak dilahirkan pada akhir bulan Disember.

Tulis Iqram lagi, perbincangan ini tidaklah begitu penting dalam kehidupan penganut agama Kristian, kerana kebanyakan dari mereka sudah maklum dengan pentarikhan tersebut.

Perayaan Krismas itu sudah dipandang sebagai perayaan tahunan untuk bertukar-tukar hadiah dan mengeratkan kembali perhubungan kekeluargaan, sanak saudara dan teman-teman.

merry chirstmas

Ada sesuatu yang menarik perhatian kita, dalam Markus, 12:29;

Jawab Yesus, “Hukum yang utama adalah, dengarlah wahai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu Esa.

Bagaimana Terhasilnya Buku ‘Rihlah Ibnu Battuta’?

$
0
0
--

Segalanya berada di hujung jari. Betul atau tidak, anda boleh meneka sendiri.

Jika diamati secara saksama, kita dapat merasakan pertarungan hebat antara kemampuan manusia dan masa yang berlalu. Begitulah kehebatan teknologi yang semakin berkembang dari semasa ke semasa.

Contoh mudah adalah pengenalan dunia di luar ruang lingkup kehidupan. Misalnya, jika kita berada di Malaysia, dengan bantuan teknologi kini, kita seolah dapat ‘mengembara’ ke bumi China dan ‘menikmati’ keindahan Negeri Tirai Bambu itu.

china

Bagaimanapun, pencapaian ini tidak mungkin dikecapi andai manusia melupakan sejarah. Tidakkah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ada bertitah;

“Mereka yang lupa akan sejarah, akan didera dengan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali dan tidak belajar daripada sejarah merupakan sebesar-besar sejarah pengajaran.”

Begitulah peranan sejarah dalam perkembangan dunia. Satu daripada ribuan bahan sejarah yang menyumbang ke arah itu adalah catatan pengembaraan.

Bercakap soal mengembara, sejarah ada mencatatkan tentang seorang tokoh penting yang menjadi rujukan utama berkenaan dunia Timur pada abad ke-13 dan awal abad ke-14.

Beliau adalah Abu ‘Abdullah Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim al-Lawati bin Battuta

atau lebih dikenali sebagai Ibnu Battuta.

Perjalanan kembara beliau secara rasmi bermula usai menunaikan ibadah haji di Mekah.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Ibnu Battuta terus menerima pelawaan seorang jemaah dari Tabriz untuk melawat Parsi.

Sepanjang perjalanan, beliau merasai sendiri kesan daripada peninggalan sejarah kerajaan Mongol ratusan tahun.

Sepanjang 30 tahun mengembara, Ibnu Battuta berhasil mengunjungi beberapa kerajaan ternama seperti India, Maldives, Sri Lanka, Selat Melaka, dan China, sebelum pulang semula ke Fez.

Kepulangan Ibnu Battuta menarik perhatian Sultan ‘Abu Inan untuk bertemu beliau. Baginda berkenan agar Ibnu Battuta sudi membukukan pengalaman beliau dengan bantuan Ibnu Juzayy, sasterawan dari Andalusia.

Tahun 1355 kemudiannya menjadi saksi utama catatan karya agung pengembaraan sepanjang zaman; Rihlah Ibnu Battuta.

Kisah Ibnu Battuta mendapat perhatian dari kalangan ramai pengkaji dan penulis. Tidak terkecuali, Al-Ghazali penulis novel sejarah yang popular dari PTS telah menghasilkan sebuah novel pengembaraan Ibnu Battuta.

buku

Temasuk juga Ross E. Dunn, ahli sejarah dari Amerika. telah menulis, The Advanture of Ibnu Battuta: A Muslim Travels of The 14th Century yang telah diterjemahkan kedalam bahasa Melayu oleh PTS dengan judulnya, Jejak Ibnu Battuta. Beliau juga merupakan Profesor Emeritus di San Diego State University.

buku2

Kandungan Komik Yang Bagus Mampu Bertahan di Pasaran

$
0
0
--

Apabila ditanya mengenai masa depan pasaran komik di Malaysia untuk tahun 2017, Ben memberitahu, kandungan komik yang bagus mampu bertahan di pasaran.

Saya percaya kepada komik yang mempunyai konten (kandungan) yang bagus. Komik-komik sebegini akan dibeli dan dibaca oleh peminat komik. Ibu bapa juga tidak akan melarang anak-anak mereka dari membaca komik sebegini, malah akan menggalakkan lagi anak-anak mereka membaca komik seperti yang sudah dihasilkan oleh komik-M.

Tambah beliau lagi, orang sudah mula berubah pandangan terhadap komik. Melalui terbitan komik-komik melalui Komik-M, orang ramai sudah mula memberikan reaksi yang positif kerana adanya komik yang kreatif dalam masa yang sama mempunyai nilai-nilai moral dan berpendidikan.

Ben memberikan pandangan beliau mengenai pasaran komik ini di acara Meet & Greet bersama beliau, Nazry Salam dan Afiq Salam yang diadakan di Kedai Buku BORDERS, IOI City Mall, Putrajaya pada 10 Disember yang lalu.

ben

Ben, nama besar yang tidak asing lagi dalam arena komik tempatan. Beliau mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi artis komik pertama di dunia yang dua kali dinobatkan sebagai pemenang silver award dalam International Manga Award anjuran Japan Foundation.

Kali pertama Ben memenanginya adalah pada tahun 2007. Kemudian, pada 2015, sekali lagi karya beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa menerusi siri komik Atan terbitan Komik-M.

komik ben

Sehingga kini, Ben masih aktif berkarya di persada komik tanah air. Antara karya beliau bersama Komik-M adalah SS10 (Super Safee 10), Atan, Reda dan beberapa komik pendek antologi terbitan Komik-M.

Komik-M sudah mula memenuhi permintaan pasaran di seluruh Malaysia. Komik-M sudah boleh dibeli di rangkaian Kedai Buku BORDERS.

Buku Yahudi, Kristian, Hindu & Buddha Berasal Daripada Islam? Tarik Perhatian Orang Ramai

$
0
0
--

Buku Yahudi, Kristian, Hindu & Buddha Berasal Daripada Islam? Mendapat perhatian orang ramai dan dari kalangan pengamal media yang dikatakan mampu mengancam ketenteraman dan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.

Buku ini juga dikatakan telah berniat untuk menyeleweng fakta sebenar dan kesucian agama Hindu dengan memaparkan fakta yang salah dan tidak pernah dibuktikan.

Penulis, Saudara Ahmad Iqram Mohamad Noor telah menulis satu bab di dalam buku ini yang melibatkan agama hindu, iaitu Agama Hindu Berasal Daripada Islam yang menjadi kontroversi sekarang.

Pihak yang tidak bersetuju dengan penerbitan buku ini telah menolak fakta mengenai

orang-orang Aryan yang masuk ke India sehingga lahirnya panggilan Hindu dari lembah Indus telah membawa dakwah dan ajaran Nabi Ibrahim.

Mereka juga menolak agama Hindu yang ada pada hari ini telah diselewengkan.

MENARIK: Bid'ah Perkara Dalam Agama Yang Paling Bahaya dan Sebab Kenapa Wujud Pelbagai Agama

MENARIK: Soalan Lelaki Ini Kepada Pensyarah di Universiti Membuatkan Beliau Mengkaji Pelbagai Agama

india

Ada juga sebahagian pihak yang menentang hujah yang dikemukan oleh penulis, iaitu

Guru Nanak, pengasas Agama Sikh pernah menunaikan haji di Mekah.

sikh

Buku Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha Berasal Daripada Islam? yang baru sahaja diterbitkan pada bulan lepas sudah mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.

Buku ini bukan berbentuk perbandingan agama seperti mana yang kebiasaan ditulis oleh golongan comparative religions tetapi buku ini lebih bersifat membincangkan fakta tentang hubungan ‘kerasulan’ yang diutuskan kepada setiap kaum.

buku

MENARIK: Agama Mana Agama Paling Tua?

MENARIK: Beli di Bookcafe.com.my untuk lebih cepat, jimat dan selamat

Malah, buku ini juga tidak membincangkan perihal keseluruhan agama-agama seperti soal hukum, ibadah, dan ritual agama, tetapi hanya membincangkan soal dasar agama terutama dalam konsep akidah dan pensejarahan yang mempengaruhi agama-agama.

Selain agama Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha, agama-agama lain juga turut disentuh antaranya, Agama Yahudi, Agama Buddha, Agama Sabean, Agama Sikh dan Agama Baha’i.


Warkah 2017 Buat Aktivis Mahasiswa

$
0
0
--

Apa khabar Malaysia 2016? Bagaimana prestasi kita tahun ini sebelum meraikan kehadiran tahun 2017? Sudah memasang azam atau belum?

Dalam tidak sedar, Malaysia berbaki tiga tahun sahaja lagi sebelum mencapai Wawasan 2020. Satu prinsip gagasan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dibentang 26 tahun dahulu.

mahathir

(gambar globalpeaceaward.com)

Sayang sekali, kekacauan politik dalaman dan luaran menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Jika kita meneliti senario seperti ini, tidak mustahil Wawasan 2020 bakal musnah di tangan penciptanya sendiri.

Apabila kita berbicara soal politik, segenap lapisan masyarakat tidak mahu terlepas daripada menyuarakan pendapat masing-masing.

Kebelakangan ini (atau sebenarnya sudah lama?), penglibatan golongan muda terutama mahasiswa ‘turun padang’ untuk bersuara menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa.

Ada yang menyatakan sokongan, dan tidak kurang mereka yang mencemuh tindakan ini.

Satu ketika dahulu, suara mahasiswa pernah disekat melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Akta ini dicipta tidak lain, hanya bertujuan memastikan mahasiswa memberi fokus kepada pendidikan.

Bagaimanapun, ia disifatkan tidak lagi relevan dengan konteks masa kini.

Golongan aktivis mahasiswa ini wajar dikagumi kerana berani turun ke lapangan masyarakat. Jelas disini, mereka peka dengan isu-isu yang boleh menimbulkan kekacauan dalam masyarakat,

Kemudian meneliti permasalahan yang berkaitan dengan isu berkenaan, dan akhirnya bertindak menyuarakan pendapat mereka.

Sayangnya, kebanyakan laporan media tertumpu kepada penglibatan mahasiswa dalam menyuarakan pendapat berkaitan politik.

Tidak dinafikan, politik adalah isu paling panas dalam kalangan rakyat Malaysia, dan suara mahasiswa adalah suara rakyat paling lantang diutarakan.

Namun jangan lupa, kita perlu bijak mendepani isu yang sering berubah dari semasa ke semasa.

Seorang mahasiswa perlu mengenali kekuatan komuniti dan memikirkan cara terbaik untuk membetulkan keadaan.

mahasiswa

(gambar Malaysiakini)

Tidak semua perkara perlu demonstrasi atau acara himpun, cukup sekadar terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan perlahan-lahan cuba membuka minda golongan marhaen secara berhemah.

Membuka lembaran 2017, ayuh sama-sama kita hayati ungkapan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussien Onn;

“Tuan-tuan hendaklah sentiasa berwaspada terhadap ancaman-ancaman yang hendak merosakkan ketenteraman dan kedaulatan negara. Di samping itu, tuan-tuan juga hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan negara dan memberi perkhidmatan pada masa-masa kecemasan apabila dikehendaki oleh negara kita.”

5 Perkara Yang Dilakukan oleh Dr. Nik Salida Sehingga Beliau Memperolehi PhD

$
0
0
--

*Nota Editor: Artikel ini diambil dari buku PhD Mama, yang ditulis oleh Dr. Nik Salida & Bahruddin Bekri

Bergelar seorang ibu tidak menjadi penghalang untuk saya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Lagi pula, ia adalah syarat universiti tempat saya berkhidmat sebagai pensyarah.

Tiga tahun bermandi keringat demi segulung ijazah, akhirnya membuahkan hasil. Kini, saya terpanggil untuk berkongsi secara ringkas beberapa pengalaman yang mungkin boleh dijadikan panduan sebelum anda melanjutkan pelajaran ke luar negara.

1. Pilih universiti berdasarkan kepakaran

Selaku pensyarah, saya perlu melanjutkan pelajaran bagi menaiktaraf ilmu pengetahuan demi kepentingan pelajar dan pendidikan universiti.

Saya memilih untuk melanjutkan pelajaran di England kerana universiti mereka mempunyai kepakaran terbaik dalam bidang pendidikan.

Saya mula mengisi permohonan ke beberapa universiti di sana dan universiti terawal yang menjawab permohonan saya adalah Keele University.

 keele univerity

Memang ia bukan universiti terkenal, tetapi kepakaran dalam dunia akademik amat masyhur.

Kita memilih universiti bukan kerana populariti, tetapi kerana kepakaran yang mereka miliki.

2. Hargai pengorbanan insan tersayang

Saya sangat berterima kasih atas pengorbanan ahli keluarga saya, terutama suami. Ketika itu, suami saya seorang peguam, anak sulung saya berusia lapan tahun, dan anak kedua empat tahun.

Demi memastikan keselamatan saya dalam mencapai cita-cita, suami sanggup bercuti tanpa gaji. Subhanallah, pengorbanan cukup besar bagi saya!

Bukan mudah untuk dia tinggalkan syarikat yang sudah dianggap sebagai ‘anak’.

Pengorbanan anak-anak mungkin tidak ketara, tetapi untuk suami tercinta, pengorbanan beliau sangat besar. Saya amat berterima kasih atas pengorbanan mereka.

3. Toleransi dalam institusi keluarga

Satu perkara yang sering saya fikirkan adalah tentang anak-anak. Sekiranya di Malaysia, dalam kesibukan kami, ada seorang pembantu rumah terbaik dalam hal menguruskan mereka.

Sekali lagi, suami saya secara sukarela menawarkan diri menjadi pembantu di rumah. Lagipun, dia memang datang ke sini untuk menjaga kami dan tiada rancangan untuk bekerja.

Lalu rutin harian kami bermula apabila suami menghantar anak-anak ke sekolah.

Sebagai seorang ibu, sesibuk mana pun dia, pasti anak-anak menjadi keutamaan. Alhamdulillah, Allah kurniakan seorang suami yang memahami keadaan ini.

4. Disiplin diri

Hanya semester pertama memerlukan saya untuk menghadiri kuliah. Semester seterusnya, saya memilih untuk belajar di rumah.

Kadangkala saya terfikir, bolehkah saya habiskan belajar dalam masa tiga tahun? Dengan keluarga, dengan anak lagi.

Melihat pengorbanan keluarga, saya harus merangka strategi supaya cita-cita saya tidak putus di tengah jalan. Mujur saya sudah dilatih untuk berdisiplin sejak kecil.

Saya buat peraturan, mesti belajar 10 jam sehari. Wajib! Jikalau tidak genap 10 jam, saya tidak akan tidur.

Walaupun begitu, saya masih mampu menyusun masa kualiti bersama suami, anak-anak, dan juga untuk diri sendiri. Hampir setahun, baru saya betul-betul dapat menyesuaikan diri.

5. Ingat kembali kepada permintaan kita

Sebelum saya melanjutkan pelajaran, saya sempat ke Mekah bagi menunaikan umrah. Di hadapan Kaabah, saya bermohon agar dapat menyiapkan PhD dalam masa yang diperuntukkan.

Saya sentiasa mengingatkan diri tentang permohonan ini apabila sesi pembelajaran bermula. Mengapa? Kerana apabila kita sudah berdoa dan meminta, Allah memang hendak beri, hanya tunggu masa.

Andai kita lalai, terlupa, dan tidak hargai, maka kita tidak dapat apa yang kita minta.

Ramai bertanya;

“Macam mana duduk di luar negara, Dr.?”

Soalan yang sekali imbas tampak mudah, tetapi jawapannya tidak pernah mudah.

Ingat, jalan cerita kita berbeza. Nasihat saya untuk semua, kenali matlamat kita, kekuatan diri, dan keadaan keluarga. Insyaallah, anda mampu menghadapi kerenah belajar di luar negara.

14 Buku Terbaik Sepanjang 2016 (Fiksyen & Non-Fiksyen)

$
0
0
--

Senarai 14 buku terbaik ini hanya untuk buku-buku yang diterbitkan sepanjang tahun 2016 sahaja. Kriteria yang dipilih berdasarkan kandungan yang diangkat oleh setiap penulis. Selain itu kami juga melihat kepada undian di media sosial @bukupts yang diadakan beberapa hari sebelum melangkah ke tahun 2017.

1. Falsafah Hidup

 falsafah hidup

Falsafah Hidup antara karya fenomena HAMKA. Tahun 2016 adalah tahun #PTSmengenangHAMKA. Selain Falsafah Hidup, Tasawuf Moden, Lembaga Budi, Lembaga Hidup, Peribadi dan Lembaga Hikmat juga diterbitkan pada tahun ini.

Antara karya ini, kami memilih Falsafah Hidup kerana gagasan yang HAMKA cuba bangunkan begitu besar dan penting. Kata HAMKA, Falsafah tidak akan berhenti, selama manusia masih berfikir, selama manusia masih bertanya, selama batin manusia masih merasa adanya rahsia itu.

2. Islam Tanpa Keekstreman

 Islam tanpa keekstreman

Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan diterjemahkan kepada bahasa Melayu oleh Islamic Renaissance Front (IRF). Buku ini ditulis oleh Mustafa Akyol. Beliau adalah penulis dan wartawan dari Turki yang mengandaikan dirinya seorang 'Classical Liberal'.

3. Yahudi, Kristian, Hindu & Buddha Berasal Daripada Islam?

 yahudi

Buku ini mempunyai kesinambungan dari buku Kau Sembah Apa, terbitan Puteh Press. Tetapi buku ini mempuyai kandungan yang berbeza jika dibandingkan dengan buku Kau Sembah Apa. Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha berasal daripada Islam? lebih memaparkan fakta-fakta untuk mengemukakan pendapat hubung kait setiap nabi yang diutuskan oleh Allah terdapat dalam setiap agama di dunia.

Menutup tahun 2016, kedua-dua buku ini mendapat tentangan yang hebat dari kalangan penganut agama Hindu dan Sikh.

4. Menyanggah Belenggu

 menyanggah belenggu

Menyanggah Belenggu mengangkat isu-isu dari pengajian Melayu dan wacana lokal. Tema-tema yang diangkat dalam ruang lingkup orientalisme, feudalisme, humanisme dan multikulturalisme. Penentangan Dr. Azhar Ibrahim terhadap gagasan neo-liberalisme tetap jelas dalam buku ini, seperti yang ditulis oleh beliau dalam tulisan beliau sebelum ini. Menyanggah Belenggu diterbitkan oleh Gerak Budaya.

5. Baiduri Segala Permaisuri

 Baiduri segala

Sehingga hari ini, Srikandi masih misteri. Apa yang boleh ditatap hanyalah naratif penceritaannya terhadap sejarah dan susur galur kita. Buku ini diterbitkan oleh Terfaktab Media.

6. Mentaliti Jamban

 mentaliti jamban

Buku ini adalah buku kedua Khairul Abdullah selepas buku travel guide, I'm A Backpacker Europe. Mentaliti Jamban adalah buku yang mengkritik sosial masyarakat kita. Buku ini diterbitkan oleh KOMRAD.

Walaupun ia bukanlah kritik falsafah lawan falsafah, tetapi nilai-nilai kecil yang diangkat dalam Mentaliti Jamban adalah sesuatu yang sangat penting kalau kita masih bercita-cita nak jadi negara maju (4 tahun lagi nak sampai 2020)

7. Kisah 25 Filsuf Barat

 kisah 25 filsuf barat

Matluthfi datang lagi dengan kemunculan buku ketiga. Tajuk bukunya berat dan sangat menyimpang dari buku pertama dan kedua beliau iaitu Catatan Matluthfi dan Momen2 Matluthfi yang diterbitkan oleh Puteh Press.

Kali ini, Kisah 25 Filsuf Barat. Kandungannya sangat bagus bagi mereka yang mahu berjinak-jinak dengan falsafah. Gagasan falsafah yang besar telah dipermudahkan melalui penyampaian Matluthfi yang lebih mudah difahami. *tak haram baca falsafah barat*

8. Semusim Di Barzakh

 semusim

Selepas Tarbiah Sentap berjaya dengan buku pertama, kedua dan ketiga, mereka sudah menjadi salah satu penerbit di Malaysia yang bersaing untuk menjual kandungan yang bagus.

Semusim di Barzakh adalah salah satu buku yang bagus untuk tahun 2016. Buku ini mendapat undian antara yang tertinggi dalam undian yang PTS adakan beberapa hari lalu sebelum kita melangkah ke 2017.

9. Hikayat Budak PhD

 hikayat budak phd

Hikayat Budak PhD diterbitkan oleh Kopi Press. Bagi mereka yang tidak membeli buku ini tentu sudah membaca kisah Dr. Syahr yang viral di media sosial apabila gambar beliau yang membawa cokmar di Majlis Konvokesyen di The University of Adelaide.

10. Ayat-Ayat Cinta 2

 ayat2 cinta 2

Selepas 9 tahun setia menunggu pengakhiran kisah cinta Fahri, akhirnya Ayat-Ayat Cinta 2 sampai di Malaysia bermula tahun 2016 (walaupun ia diterbitkan di Indonesia pada penghujung 2015)  Makanya ia boleh tersenarai dalam 15 buku terbaik sepanjang 2016.

Fahri meneruskan kehidupan di Edinburgh. Habiburrahman El Shirazy mengembangkan lagi kehangatan kasih sayang dalam Islam dan toleransi dalam beragama.

11. Aristokra

 aristokra

Aristokra menjadi novel paling hangat sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016. Sesi autograf bersama Ahmad Patria di PBAKL mengambil masa selama 3 jam. Beliau popular bermula dari siri Saga Artakusiad yang mempunyai 8 siri kesemuanya.

Aristokra adalah novel pertama dalam siri Kronika Nashan. Siri kedua Kronika Nashan akan diterbitkan tidak lama lagi, Lodra. Boleh dikatakan beliau antara pemula novel fantasi di Malaysia.

Fadli Akiti, pengkritik sastera Malaysia memuji Aristokra sebagai novel fantasi yang 'luar biasa'. Sehingga ia mempunyai bahasa yang sendiri!

12. Republik Sungai Golok

 republik sungai golok

Wacana Pattani sudah agak lama menyepi. Kemunculan Isma Ae Mohamad melalui novel Republik Sungai Golok sedikit sebanyak membantu wacana mengenai Pattani diangkat kembali.

Kisah yang menyentuh perasaan dalam dan begitu menginspirasikan. Kanak-kanak adalah watak-watak utama dalam novel ini. Inspirasi watak kanak-kanak ini seperti kita membaca Laskar Pelangi, begitu. Diterbitkan oleh Dubook Press.

13. Imaginasi

 imaginasi

Garapan terbaru novelis thriller Ramlee Awang Murshid bertemakan cinta. Kisah tentang tiga lelaki, tiga perempuan, tiga cinta, dan tiga kata. Cerita cinta mereka bukan klise. Perwatakan dan jalan cerita yang bersifat suram dan gelap, ia boleh dikatakan bersifat dark comedy. Adakah Imaginasi sebuah novel psikologi? Diterbitkan oleh Alaf-21

14. Transgenesis

 transgenesis

Kulit baru dan penerbit baru, sangat membantu karya Transgenesis ini untuk hidup semula. Novel sains fiksyen ini mempunyai naratif yang sangat menarik.

Diterbitkan oleh Penerbit-X. Transgenesis mengangkat isu pelanggaran etika dalam penyelidikan ahli saintis yang dahagakan nikmat dunia.

Isu-isu kemanusiaan sangat jarang diangkat dalam mana-mana karya. Membacanya seperti kita menonton filem sains fiksyen dari Hollywood.

Taj Mahal Dibina Oleh Shah Jahan?

$
0
0
--

Taj Mahal dikatakan dalam banyak sejarah telah dibina oleh Shah Jahan sebagai makam isterinya Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika melahirkan anak yang ke-14 iaitu pada 17 Jun 1631. Shah Jahan adalah seorang yang beragama Islam.

Gelaran Mumtaz Mahal (atau nama sebenar beliau,  Arjumand Banu Begum) bermaksud “hiasan kesayangan di istana” diberikan oleh Shah Jahan. Beliau adalah isteri ketiga.

Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल) yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India. Taj Mahal adalah contoh terbaik Senibina Mughal Awal dengan menggabungkan senibina Parsi, Turki dan India.

taj mahal

Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yang merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.

Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi.

Shah Jahan pada waktu itu adalah pemerintah kerajaan Mughal yang kelima bermula 1628 hingga 1658. Beliau berkahwin dengan Mumtaz pada tahun 1607, beliau adalah cucu kepada seorang bangsawan Parsi yang berusia 14 tahun pada ketika itu.

mumtaz, shah jahan

(kredit gambar, https://rajivawijesinha.wordpress.com)

Zaman pemerintahan beliau adalah zaman kerajaan Mughal begitu rancak membangunkan bangunan-bangunan yang indah. Mughal mempunyai tukang yang mahir dari dalam negara dan juga dari luar. 

Selain pembinaan agung Taj Mahal, beliau jugalah yang membina Tembok Merah (Qila Mubarak), Masjid Mutiara,  istana-istana, masjid di Delhi dan Lahore serta bangunan-bangunan di dalam tembok Lahore (sekarang Pakistan).

Masjid lahore

(Masjid Badshahi di Lahore. Tinggalan Shah Jahan dengan seni bina Mughal lama)

Pembinaan Taj Mahal ini dikatakan dibina oleh 20,000 tukang dan pekerja.

Kisah arkitek dipancung dan pekerja di potong tangan masih lagi menjadi misteri dan berlegar-legar dalam bentuk yang tidak berfakta.

Pada 2000-2002, sekumpulan penganut Hindu mendakwa tapak asas bangunan Tal Mahal adalah kuil Hindu. Purushottam Nagesh Oak meminta agar tapak Taj Mahal dilakukan kerja-kerja arkeologi. Mahkamah Agung India menolak petisyen P. N. Oak.

taj mahal

Pada 2005, Amar Nath Mishra membawa petisyen yang sama ke Mahkamah Tinggi Allahabad, India (akhirnya ditolak juga). Beliau mendakwa Raja Hindu bernama King Parmar Dev membina Taj Mahal pada 1196 masihi.

Mereka mendakwa Taj Mahal berasal dari istilah 'Tejo-Mahalaya' iaitu nama lain bagi dewa Shiva.

Untuk membaca mengenai Taj Mahal, kami mencadangkan anda membaca novel terbaru dari Abdul Latip Talib, ‘Shah Jahan: Pembina Taj Mahal’ yang baru sahaja diterbitkan pada Januari 2017.

Klik di sini untuk membeli buku

buku shah jahan

India Tercatat Sebagai “The Golden Sparrow of the World” Dalam Catatan Ibnu Battuta

$
0
0
--

Semasa zaman pertengahan, India dipanggil 'Golden Sparrow Dunia' dan dilihat sebagai 'hadiah utama'. Mark Twain menulis,

"Sesungguhnya ini adalah India; tanah impian dan cinta, kekayaan yang hebat dan kemiskinan yang hebat, keindahan dan kain, dan istana "

Mark Twain nama pena kepada Samuel Langhorne Clemens, adalah penulis satira, penulis novel dan pensyarah dari Amerika. Perkara ini sangat menarik untuk diperhatikan kerana pengembara muslim yang hebat, Ibnu Battuta juga pernah berpendapat yang sama beberapa abad lebih awal daripada Mark Twain.

Siapakah Ibnu Batuta?

Ibnu Battuta adalah seorang ahli undang-undang yang profesional pada abad ke-14 yang berasal dari Tangier, Maghribi. Ketika beliau berusia 20 tahun, beliau telah berniat untuk melaksanakan ibadah haji ke Mekah pada tahun 1325 Masihi.

gambar hiasa

(Gambar hiasan, sumber: www.humlog.net)

Rasa ingin tahu tentang dunia luar menyebabkan perjalanan pertamanya itu membawa beliau meneruskan lagi perjalanan sehingga 27 tahun kedepan yang meliputi 75,000 batu (berbanding dengan Marco Polo, 15,000 batu)

Penggembaraannya dipenuhi dengan penceritaan masyarakat setempat. Ia adalah bacaan penggembaraan yang besar kerana beliau memberikan penerangan yang tepat tentang kehidupan orang tempatan di satu-satu tempat yang beliau singgah.

peta perjalanan ibnu battuta

(Sumber: mvslim.com)

Ibnu Battua dikenali sebagai seorang pengembara dunia yang hebat

Ibn Battuta sampai di sungai Sindh di pinggir India pada September 1333, lapan tahun selepas dia bertolak dari Maghribi. Dalam tempoh ini beliau telah mengerjakan Hajj di Mekah sebanyak tiga kali.

Beliau juga sudah melawat Uthmaniyyah (di Antalya) di zaman Turki moden dan sudah sampai ke tembok Constantinople (modal empayar Byzantine - sekarang Istanbul).

Antalya

(Antalya, Turki)

Perjalanannya terkandas di pergunungan bersalji ketika dalam perjalanan menuju ke laut hitam dan hampir terkorban dalam ribut ketika melintasinya.

Kemudian dia menempuh jalan sutera di Asia Tengah 'Silk Road' (iaitu jalan yang menghubungkan Xian di China dengan Mediterranean Timur. Laluan ini telah dibina ketika empayar Rom di eropah. ‘Silk road’ diambil sempena laluan itu digunakan untuk membawa sutera ke barat dari China).

Xian, China

Kemudian beliau dan penggembaraannya melintasi padang pasir dan melawat bandar-bandar Mongol di Bukhara, Samarkand dan Balkh sehingga beliau sampai di Kabul pada zaman moden Afghanistan.

masjid di ukhara

(Masjid di Bukhara -  sekarang di Uzbekistan)

masjid

(Samarkand - sekarang di Uzbekistan)

Beliau dirompak oleh orang-orang Afghan di lebuh raya dan terpaksa berjuang mencari jalan keluar dari sana melalui gunung di Hindukush (pergunungan di sempadan Pakistan-Afghanistan sekarang) akhirnya sampai di Punjab.

gunung

(Gnung di Hindukush)

Punjab digelar sebagai tanah lima sungai di India. Pada masa itu India telah diperintah oleh Sultan Muhammad dari dinasti Tughlaq, salah satu daripada pelbagai dinasti Muslim yang memerintah benua kecil India selama kira-kira seribu tahun sebelum British menjajah pada abad ke-19.

punjab

(Golden Temple bagi kaum agama Sikh di Punjab, India sekarang)

Perjalanan dari Multan ke Delhi

Sungai Sindh (juga dikenali sebagai Indus), yang mengalir jauh melalui Pakistan hari ini adalah sumber kehidupan tamadun Lembah Indus, kontemporari Mesir purba dan Mesopotamia.

Ibnu Battuta menandakan ia sebagai sempadan empayar India di sebelah barat utara. Di sini dia pergi melalui beberapa bentuk kawalan imigresen. Butiran peribadinya telah dihantar ke ibu Delhi, sementara dia menunggu di Multan.

sungai indus

(Lembah Indus)

Tamadun India memang agak maju pada masa itu. Ibnu Battuta telah tergamam dengan kecekapan perkhidmatan pos.

Kata beliau, Kiriman pos melalui berjalan kaki. Pada setiap pertiga batu terdapat pejabat pos, di mana lelaki yang duduk sedang mengikat barang untuk dipos dan bersedia untuk bergerak menghantar. Penghantar kiriman mengambil surat dan bungkusan (yang diletak di dalam balang) kemudian berjalan dengan sekuat tenaga dengan memegang loceng. Apabila mendengar bunyi loceng, seorang lelaki dalam pejabat pos seterusnya bersedia untuk bertemu dengannya, mengambil surat di tangannya dan berjalan ke stesen seterusnya supaya surat itu sampaikan ke destinasinya.

Dengan cara ini surat sampai ke Delhi dalam lima hari, yang biasanya diperlukan 50 hari, satu pencapaian yang luar biasa. Beliau bertemu dengan wali terkenal Rukn-ud-din atau lebih dikenali sebagai Shah Rukn-e-Alam di Multan.

Setibanya di Delhi, ibu negara India, beliau melihat Delhi sebagai sebuah bandar raya yang menggabungkan kedua-dua keindahan dan kekuatan yang terbesar bukan sahaja di India tetapi dalam semua timur.

Dinding yang memagari kota itu tidak selari, dengan mempunyai 28 pintu, banyak menara dan gudang-gudang gandum yang besar dibina di dalamnya.

delhi

(Delhi, India)

Kebebasan Ritual Agama Hindu di India Ketika Pemerintahan Islam (Mengenai Sati, Yogi dan Sari)

Dalam perjalanan dari Multan ke Delhi, Ibnu Battuta menyaksikan tradisi Hindu Sati, di mana isteri yang menjadi balu dibakar dirinya bersama-sama dengan badan suaminya. Beliau berkata, ketua-ketua Islam membenarkan kebebasan beragama dan budaya kepada rakyat.

Beliau kagum melihat Yogi India yang cemerlang dalam ilmu-ilmu mantera yoga (yang telah bertukar menjadi senaman fizikal yang mudah sekarang). Beliau berkata "Salah seorang daripada mereka kekal untuk beberapa bulan tanpa makanan dan minuman ... mereka memberikan maklumat tentang perkara-perkara yang ghaib. Dalam satu acara dia melihat seorang yogi terapung-apung di udara dan hampir pengsan ketakutan.

Pakaian tradisional India adalah Sari.

Dia berkata: "Wanita memaki pakaian longgar, satu hujung yang mereka mengikat pusingan pinggang mereka dan selendang di atas kepala dan bahu mereka. Mereka memakai cincin emas pada hidungnya.”

sari

Sultan Muhammad Tughlaq Delhi yang Adil

Delhi menjadi tuan rumah yang sangat murah hati, membolehkan Ibnu Battuta kekal di sana selama sembilan tahun bertindak sebagai ahli undang-undang dan penasihat kepada Sultan Muhammad Tughlaq, maharaja India. Beliau mengumpulkan banyak kekayaan semasa tinggal di sana.

Ibnu Battuta berkata "Sultan memberikan kepada kita pencen, memberi saya dua belas ribu dinar setahun, dan menambah dua kampung kepada tiga yang telah diperintahkan untuk saya."

Dia menerangkan Sultan adalah sorang yang sangat murah hati tetapi mempunyai undang-undang yang berat terhadap penjenayah kerana beliau "suka memberi hadiah dan juga menumpahkan darah. Pintunya sentiasa terbuka untuk orang miskin yang ingin menjadi kaya dan dari orang yang masih hidup (penjenayah) yang akan dilaksanakan hukuman keatasnya."

buku

(Buku Jejak Ibnu Battuta, tulisan Ross E. Dunn. Klik di sini untuk membeli)

Sultan mempunyai tabiat berguru dengan para ulama, guru dan artis dan menghantar hadiah mewah kepada mereka. Ibnu Battuta telah menambah lebih daripada 15 akaun Sultan yang membawa keluar batu-batu berharga, wang, kampung-kampung dan dalam satu kes seluruh bandar.

ibnu battuta buku

(Novel Ibnu Battuta, tulisan Al-Ghazali. Klik di sini untuk membeli)

Begitu juga dia menceritakan lebih daripada sepuluh contoh orang mendapat hukuman di bawah arahan Sultan termasuk satu kejadian yang berakhir dengan 350 tentera (yang lari dari Tentera pada masa perang) dilaksanakan hukuman dalam masa satu jam.

Beliau rasa keadilan begitu ketat sekali di sana apabila hakim mendapati Sultan bersalah memukul seorang budak yang tidak bersalah. Kanak-kanak itu dibenarkan untuk memukul semula Sultan di mahkamah terbuka dengan tongkat.

Ibnu Battuta berkata, "Budak lelaki itu memegang batang dan memukul maharaja 21 sebatan sehingga topi yang dipakai oleh Sultan terjatuh"

Sumber: mvuslim.com

Viewing all 1410 articles
Browse latest View live