Quantcast
Channel: PTS - Berita
Viewing all 1410 articles
Browse latest View live

Penemuan Bukti Kewujudan Lubang Hitam Supermasif di Amerika oleh Pelajar PhD dari Malaysia

$
0
0
--

Di Mesyuarat American Astronomical Society yang diadakah di Grapevine, Texas awal hari ini telah menemui kewujudan bukti lubang hitam supermasif.

Salah seorang penyelidik dan ahli astronomi adalah pelajar PhD yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, Nur Adlyka Ainul Annuar.

nur

(Nur Adlyka - dua dari kiri di Mesyuarat American Astronomical Society yang diadakah di Grapevine, Texas awal hari ini. Gambar oleh NST)

Beliau sedang mengikuti pengajiannya di Centre of Extragalactic Astronomy, Durham University, United Kingdom.

Beliau melakukan penyelidikan ini melalui Agensi Angkasa Amerika (NASA) dengan menggunakan X-ray teleskop NASA dipanggil NuSTAR (Nuklear Spektroskopi Telescope Array).

NuSTAR dapat mengesan tenaga X-ray yang tinggi dari lubang hitam supermasif yang dapat menembusi melalui lapisan gas dan debu yang tebal.

Kajian mereka mendapati galaksi mempunyai kolum gas yang tebal tersembunyi di pusat lubang hitam.

Perkara ini dibentangkan oleh mereka ketika menyampaikan topik "Black Holes, Green Galaxies, Old Stars & NuSTARs" di mesyuarat awal hari ini.

gambar hiasan

(gambar hiasan)

Adlyka berkata "Ini lubang hitam yang agak berhampiran dengan Bima Sakti, tetapi sebelum ini mereka tersembunyi dari pandangan kami.”

Tambah beliau lagi,

"Mereka seperti raksasa yang bersembunyi di bawah katil anda. penemuan ini memberi persoalan kepada kita bagaimana banyak lubang hitam supermasif yang lain masih belum boleh dikesan, walaupun dalam alam semesta yang berdekatan kami."

 

"Mencari ‘binatang’ yang tersembunyi ini agak penting untuk meningkatkan pemahaman kita mengenai pertumbuhan lubang hitam supermasif, dan bagaimana mereka berkembang bersama dengan galaksi mereka."

Mengikut kajian, lubang hitam supermasif mempunyai saiz yang sekurang-kurangnya satu juta kali lebih besar daripada matahari.

Adlyka, yang berasal dari Muar Johor, juga memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Fizik dan Astrofizik dari University of Sheffield, United Kingdom. PhD beliau dalam Astrofizik dijangka siap pada akhir bulan Julai 2017.

Sumber: NST


Puteri Urduja dari Kuala Krai, Kelantan dicatat oleh Ibnu Battuta?

$
0
0
--

Wikipedia memberitahu Urduja adalah seorang puteri dan pahlawan yang menjadi legenda (sekitar 1350-1400 AD) yang diiktiraf sebagai heroin dari Pangasinan, Filipina.

filiphino

Nama Urduja adalah sebutan dari bahasa Sanskrit, dan variasi dari nama “Udaya”, yang bermaksud “timbul” atau “matahari terbit”, atau nama “Urja”, yang bermaksud “nafas”.

Urduja disebut didalam catatan perjalanan Ibnu Battuta (1304 – mungkin 1368 atau 1377 M), seorang pengembara Muslim dari Maghribi.

ibnu battuta

Klik di sini untuk membeli buku Ibnu Battuta

Baca Catatan Penuh Ibnu Battuta Mengenai Urduja di sini

Penyelidikan moden yang dilakukan oleh sejarawan William Henry Scott membuat kesimpulan berkenaan catatan Ibnu Battuta yang bercerita tentang Urduja adalah sebuah fiksyen dan tanah Tawalisi juga adalah rekaan dan palsu.

Namun Jose Rizal menyatakan bahawa tanah Tawalisi terletak di bahagian utara Filipina, berdasarkan sangkaannya mengenai masa dan jarak perjalanan Ibnu Battuta mengambil untuk belayar ke China dari Tawalisi.

 

Ibnu battuta

Klik di sini untuk membeli buku Ibnu Battuta dari Ross E. Dunn

Namun perbahasan akhir mengenai diri Urduja belum ditamatkan lagi secara sempurna walaupun di wikipedia, ditulis Urduja adalah puteri kebanggaan warga Filipina sehingga Puteri Urduja dimuatkan di dalam buku teks sekolah sebagai seorang dalam senarai list of great Filipinos.

Malah Filipina berusaha menanam ‘Urduja’ berasal dari sana sehingga di wilayah Pangasinan di gedung pengadilan di Lingayen dinamakan “Urduja House” dan sebuah patung Puteri Urduja berdiri di Ratus Kepulauan Taman Negara di sana.

pengasinan

Di Kuala Krai, Kelantan dibangunkan Galeri Kuala Krai pada 03 November 2014 yang dirasmikan oleh Tengku Mahkota Kelantan: Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra D.K., S.P.M.K.

galeri kuala krai

Galeri Kuala Krai mempersembahkan Puteri Urduja adalah pemerintah Kuala Krai ketika kedatangan Ibnu Battuta. Kaylukari yang dicatat oleh Ibnu Battuta dinisbahkan kepada Kuala Krai.

Selain itu, galeri ini juga mempersembahkan penemuan tapak pemerintahan Urduja di Gunung Cinta Wangsa melalui kajian arkeologi yang dilakukan oleh beberapa individu aktivis sejarah.

Hadiah Puteri Urduja kepada Ibnu Batuta perlu menjadi perkara terperinci yang perlu dikaji untuk meneliti tempat sebenar dimanakah terletaknya Kaylukari, Tawalisi iaitu Beras, kerbau, halia, lada, lemon, mangga, dan garam.

urduja

Sememangnnya, perbincangan dan kajian terhadap Urduja pemerintah Kuala Krai, Kelantan masih kurang dipopularkan secara meluas.

Semoga tulisan pembukaan yang kecil ini dapat dipanjangkan dan dipopularkan pada masa depan agar kajian terhadap Urduja di Kelantan menjadi perhatian orang ramai.

Sumber: Ceritakan Kelantan

Kenapa Matluthfi Menulis Kisah 25 Filsuf Barat?

$
0
0
--

Buku ketiga Matluthfi, Kisah 25 Filsuf Barat masih lagi panas dipasaran. Diterbitkan oleh Puteh Press pada akhir Disember 2016. Kenapa buku ketiga Matluthfi ini sangat berlainan daripada buku pertama dan kedua?

Soalan ini ditanyakan kepada matluthfi di acara Secret Talk with Puteh Press All-Star yang diadakan di MARKAS Kota Damansara pada 2 Januari 2017 yang lalu.

secret talk

Acara tersebut dianggap acara sambutan tahun baru paling menyimpang dari kebanyakan sambutan yang lain. Haha

“Semakin kita membesar, semakin kita merasakan sesuatu. Rasa seperti kehidupan ini bukan tempat yang main-main. Semakin membesar semakin kita rasa nak berbincang hal-hal yang besaq. Sebab itulah munculnya buku ketiga yang seperti hangpa pegang sekarang”

Itu adalah jawapan Matltuhfi kepada soalan yang ditanyakan. Buku pertama beliau Catatan Matluthfi dan Momen2 Matluthfi sudah terjual lebih 200 ribu naskhah.

buku mat

Sememangnya angka tersebut tidak hairan kerana Matltuhfi begitu popular di laman youtube

Video terbaru beliau, GPS dengan Suara Ahli Politik sudah ditonton 400 ribu views selepas 3 minggu dimuatnaik di laman youtube.

yotube mat

Buku ketiga Matluthfi ini mengumpulkan 25 ahli falsafah dari Barat. Bermula dari Socrates, Plato, Sofis sehinggalah kepada Camus dan Foucault yang ke 25.

Kisah 25 Filsuf Barat

Klik di sini untuk membeli buku Kisah 25 Filsuf Barat 

Katanya, buku ini asalnya daripada nota-nota kuliah dari syarahan universiti yang beliau hadiri atau dari atas talian. Selepas pulang dari Australia beliau mula mengumpul dan memberikan kepada editor untuk diterbitkan menjadi sebuah buku.

Tambah Matltuhfi lagi,

Buku ini sesuai untuk mereka yang baru bermula untuk mengenali ahli-ahli falsafah dari Barat yang terkemuka. Mereka tidak perlu membelek buku-buku falsafah yang tebal dan mengambil masa yang lama untuk mengenali mereka. Dengan buku ini hang boleh kenai dengan cepat dan laju.

Dalam pendahuluan buku ketiga ini, Matluthfi menulis: "Usahlah risau, buku ini tidak akan menyesatkan kau. Buku ini tidak mengandungi kesimpulan apa sangat pun. Kau baca, kau tahu, kau tidur.

Paling teruk pun kau mengigau, itu sahaja."

Wizra, Novel Kedua Selepas Aristokra. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

$
0
0
--

Saya bersyukur kerana sekali lagi diberi kesempatan untuk mengikuti kesinambungan Kronika Nashan menerusi Wizra, buku kedua didalam kronika tersebut.

Kepada mereka yang mungkin masih belum mengetahui, Kronika Nashan merupakan buah tangan ‘comeback’ daripada Ahmad Patria Abdullah, penulis fantasi dan sains fiksyen tanah air nombor satu yang sebelum ini lebih dikenali menerusi buku-buku didalam siri fantasi Saga Artakusiad.  

Kronika ini turut berkongsi geografi penceritaan yang sama dengan Saga Artakusiad iaitu di alam benua Imagina dan didalam Wizra ini, dua karya terulung Ahmad Patria ini dipertemukan dengan lebih dramatik lagi.

Secara asasnya, Wizra menyambung naratif didalam Aristokra (buku pertama Kronika Nashan) tentang kisah Melyn sebagai Aristokra Nashan, dan juga menyambung sorotan Perang Nashan yang sedang berlangsung.

wizra

Namun seperti Aristokra, penulis menggunakan teknik imbas kembali yang berlapis-lapis untuk mengembangkan penceritaan kronika ini, dan ketika inilah elemen-elemen penting Saga Artakusiad muncul kembali,menerjah kenangan silam, membawa saya kembali ke zaman kanak-kanak ketika pertama kali membaca buku Permata Aurorius di perpustakaan sekolah.

Bermula dengan pertemuan diantara  Melyn dan Merkia mengenai suatu elemen penting yang mungkin merubah keputusan Perang Nashan, naratif Wizra perlahan-lahan menarik saya kembali ke Aurora, bagaikan ke sebuah  prekuel kepada Permata Aurorius.

Sedikit demi sedikit, judul buku kedua ini mula mengambil tempatnya dimana naratif tentang wizra-wizra di alam Imagina dirungkaikan dengan teliti oleh penulis. Dan tunjang kepada elemen ini adalah kisah hidup Nazril, karmawizra kepada kelana Armorikus.

Secara jujurnya, saya merasakan Wizra bagaikan dinukil khas untuk menggamit nostalgia peminat setia Saga Artakusiad seperti saya ini.

Ahmad Patria

(Ahmad Patria, penulis Wizra ketika pelancaran novel Aristokra di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016, tahun lalu di MAEPS, Serddang)

Penulis pernah menyatakan di dalam kumpulan Whatsappnya (dimana saya turut menyertainya), bahawa Kronika Nashan adalah satu peluang yang amat sesuai baginya untuk mendefinisikan semula Saga Artakusiad. Dan inilah yang benar-benar berlaku  didalam Wizra.

Izinkan saya untuk memberi sedikit klu disini. Kehidupan Nazril sebagai karmawizra, misteri kedatangan Artakus ke Aurora, punca kejatuhan pemerintahan beraja Aurora yang terakhir, sedikit bayangan tentang perseteruan diantara Merkia dan Musuh dan peranan Merkia yang sentiasa menjadi  ‘tangan ajaib’ di sebalik cetusan peristiwa-peristiwa tersebut seharusnya sudah cukup untuk membuatkan mana-mana pembaca tegar Saga Artakusiad berasa teruja untuk memiliki buku ini.

Ahmad patria

(Pembaca karya Ahmad Patria menjulang novel Aristokra ketika pelancarannya pada tahun lalu di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 di MAEPS, Serdang)

Namun begitu, Wizra tidak membiarkan elemen terpenting Kronika Nashan ditenggelamkan dengan kehadiran elemen-elemen daripada Saga Artakusiad.

Penulis bijak mengingatkan kembali bahawa naratif terbesar didalam Wizra masih merujuk kepada Melyn yang sedang cuba mempertahankan kedaulatan negaranya daripada ancaman musuh. Malahan, jika dibandingkan dengan Aristokra, Wizra memaparkan ciri-ciri kepintaran dan kebijaksanaan Melyn sebagai Aristokra Nashan dengan lebih terperinci dan ini dapat dilihat menerusi cara Melyn menangani soal-soal pentadbiran, hal-ehwal diplomasi dan kewangan Nashan.

Melyn ternyata mewarisi kehebatan aristokra-aristokra Nashan yang mendahuluinya, walaupun sudah lingkungan seratus tahun kerajaan Nashan wujud semenjak era Aristokra Shilrung.

novel aristokra

(Novel Aristokra, novel pertama dalam siri Kronika Nashan. Klik di sini untuk membeli)

Wizra juga mengambil kesempatan untuk meluaskan skop dan topografi naratif wilayah Kushan yang selama ini agak terselindung dan bermisteri.

Penulis telah merungkaikan ruang kejiranan Nashan meliputi lebih banyak lagi kota nusa teras di wilayah Kushan, serta turut menggambarkan hubungan diplomatik, ekonomi dan sosial Nashan dengan kota-kota lain di dalam Kushan.

Adunan penceritaan adalah merupakan salah satu kekuatan utama Wizra. Penulis telah memasukkan pelbagai elemen (yang bagi saya adalah amat banyak) untuk menggerakkan naratif, namun kesemuanya mempunyai sebab yang munasabah untuk berada didalam Wizra.

Walaupun initipati cerita amat sarat dengan elemen-elemen Saga Artakusiad, namun setiap elemen tersebut mempunyai perkaitan yang rapat dengan tuntutan takdir yang telah dan bakal menimpa Nashan. Saya berasa kagum kerana diakhir cerita, kesemuanya tetap membawa saya kembali ke Nashan untuk pengembaraan yang seterusnya (barangkali di buku yang ketiga).

Ini adalah salah satu kepakaran Ahmad Patria didalam menggarap jalan cerita yang cukup mega seperti Kronika Nashan.

Wizra adalah sebuah naskhah yang masih mengekalkan semua kualiti yang wujud pada buku yang terdahulu: jalan cerita yang memikat, bahasa yang indah, kefahaman yang mendiami pelbagai lapisan serta sarat dengan pengisian ilmu, hakikat perjuangan diri dan pengajaran yang berguna untuk kehidupan manusia.

Pada saya, satu mesej penting yang saya perolehi daripada jalan cerita Wizra adalah natijah kehidupan manusia yang sentiasa ada jatuh dan bangunnya.  

Sebuah perjalanan hidup yang dimiliki oleh seorang individu yang hebat tidak semestinya mempunyai sejarah atau latar belakang yang sentiasa gemilang.

Wizra mampu menggambarkan saat-saat kejatuhan nilai seorang manusia dengan begitu realistik, kemudian perlahan-lahan membangunkan kembali  jiwa yang telah sedar akan kesilapannya, bangkit untuk meneruskan saki-baki kehidupan dengan lebih bermakna.

Menurut kata penulis didalam perbincangan kumpulan Whatsapp, Wizra merupakan titik pertembungan diantara karya-karya beliau yang terdahulu (dengan Saga Artakusiad sebagai karya terbesarnya) dengan Kronika Nashan dan kemudian  berpisah kembali untuk meneruskan perjalanan naratif masing-masing.

pts

(Kenangan penulis, Ahmad Patria bersama tim belakang tabir di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016, MAEPS Serdang)

Segala karya beliau seperti cerpen-cerpen Amuk, Epsilon, Maisara, Pedang Damocles (sekadar menyebut beberapa nama) kini telah didefinisikan semula dan menyertai Saga Artakusiad serta Kronika Nashan didalam satu dunia fantasi yang sama dan saling berkaitan.

Peminat boleh membayangkan sendiri akan potensi naratif yang boleh terhasil akibat pertembungan bermagnitud sedemikian rupa.

Mungkin ulasan ini kelihatan lebih condong menitikberatkan aspek-aspek fantasi dan sains fiksyen, tetapi bagi saya itulah yang menarik minat saya untuk sentiasa membaca karya-karya Ahmad Patria.

Namun saya harus menegaskan bahawa fantasi dan fiksyen yang beliau ciptakan bukanlah suatu permainan minda yang kosong dan hampa tetapi sebenarnya berakar umbi daripada soal-soal kerohanian dan hubungan manusia dengan Pencipta alam semesta (setidaknya itulah yang saya dapat tuai daripadanya).

Aristokra

(Peminat Ahmad Patria beratur panjang menunggu giliran untuk mendapatkan autograf di PBAKL 2016, tahun lalu. Sesi autograf ini berlangsung selama 3 jam)

Pembaca bebas untuk memilih sendiri setakat mana peringkat hiburan dan kefahaman yang ingin diperolehi, sesuai untuk semua peringkat umur, budaya dan agama, akademik mahupun santai.

Bagi saya, secara peribadi , Wizra adalah naskhah susulan yang amat sentimental daripada aspek nostalgia dan bermaruah daripada aspek pengisiannya.

novel wizra

Wizra adalah sekuel yang seharusnya dimiliki oleh semua yang dahagakan genre fantasi berkualiti tinggi dan meliputi ruang lingkup penceritaan yang panjang dan bersifat universal.

Sekalung tahniah buat saudara Ahmad Patria kerana berjaya menghasilkan Wizra dan membuatkan saya teruja untuk menantikan naskhah susulannya pula selepas ini.

Presiden Amerika, Trump Seorang Pandatang Bukan Rakyat Asli Amerika

$
0
0
--

Dalam buku terbaru terbitan PTS, Presiden Trump Penjahanam Amerika? Penulis memuatkan sesuatu yang mengejutkan.

Dalam banyak ucapan Trump yang menentang pendatang ke Amerika sehingga bercadang untuk membina tembok antara Amerika dan Mexico seperti tembok di Israel-Palestin, tanpa sedar sebenarnya beliau juga adalah seorang pendatang. Bukan warga asli Amerika.

tr

Penulis buku, Nazri Kadir memberitahu, keturunan ibunya berasal dari Scotland yang kemudiannya berhijrah ke Transylvania pada tahun 1935. Ayahnya orang Jerman yang berpindah ke Amerika pada tahun 1885. Ini berdasarkan penghijrahan datuknya, Frederich Trump yang berhijrah ke Amerika pada usia 16 tahun.

trump

Selain Nazri Kadir, buku Presiden Trump Penjahanam Amerika? adalah hasil gabungan bersama beliau, Muhd Nur Iman Ramli dan Syarafuddin Sulaiman. (Klik di sini untuk membeli)

Terjunam Trump kedalam bidang perniagaan adalah bermula dari ayah beliau. Fred bermula sebagai pemaju hartanah dan menjadi kaya dengan membina dan menyediakan rumah sewa di Brooklyn, Queens dan Staten Island. Beliau menumpukan projek perumahan murah dan sederhana.

Sepanjang kempen Perang Dunia ke-2 beliau menumpukan projek membina rumah untuk anggota tentera laut dan pekerja dermaga dari FHA. pada tahun 1947-1949 Fred berjaya membangunkan Share Haven, sebuah projek kompleks apartment yang terdiri daripada 1314 unit apartment di atas tanah seluas 14 ekar yang terletak sekitar Brooklyn.

trump father

(Gambar, The Daily Beast)

Trump banyak belajar ilmu bisnes hartanah daripada ayah beliau, Fred. Pada awal penglibatan Trump dalam bisnes ayahnya, beliau ingin memindahkan perniagaan yang berpusat di Brooklyn ke Manhattan tetapi idea ini ditentang oleh ayahnya. Banyak konflik dalaman yang berlaku antara beliau dan ayahnya.

Akhirnya Trump yang pernah kita letak sebagai ‘orang contoh’ untuk kita memulakan karier bisnes sudah menjadi Presiden Amerika. #TrumpMakeAmerikaGreatAgain

Cita-cita Penegakan Hak Asasi Manusia oleh Nabi Musa

$
0
0
--

Betul kata Ali-Syari’ati ketika mengulas soalan ‘apa kerja nabi?’.

“Demikian nabi-nabi Ibrahimiah. Mereka berasal dari rakyat jelata, berkhutbah di kalangan rakyat jelata, dan para pengikut pertama mereka juga berasal dari kelompok rakyat jelata. Ibrahim menentang Namrud. Musa lahir dari rakyat biasa, menentang istana dan membela orang-orang Israel yang ditindas. Para pengikut Nuh di ejek sebagai `aradzil (orang-orang yang gembel).

Malah kerja Nabi Muhammad pada awalnya diikuti dari kelompok-kelompok miskin. Para pembesar Quraisy menghina mereka sebagai sufaha (orang-orang yang bodoh, hina, jelek dan miskin).

Nabi Musa lahir dari keluarga yang biasa, dialirkan kedalam sungai sehingga diambil oleh Isteri Firaun sebagai anak. Di asuh, diberi makan dan dibesarkan.

Kami ilhamkan keada Ibu Musa, “Susukan dia dan apabila kamu bimbang kepadanya, jangan sampai anakmu dibunuh. Jatuhkan dia ke sungai selepas kamu meletakkan dia di dalam peti yang dapat terapung. Dan jangan kamu bimbang dia akan tenggelam ataupun mati. Jangan bersedih hati kerana pemergiannya. Sesungguhnya kami akan menggembalikannya kepada kamu dan menjadikan seorang daripada para rasul kamu.”  - Surah Al-Qasas, ayat 7

Peringatan yang besar untuk kita fikirkan dari kisah Nabi Musa adalah tentang penegakan hak asasi manusia. Membela yang lemah dan memberikan hak kepada yang berhak.

musa

(Klik di sini untuk membeli)

Seruan kerasulan dan berdakwah kepada Firaun adalah seruan penglibatan Musa kedalam politik untuk melawan tirani, menolak korupsi dan penegakan undang-undang untuk kaum yang lemah.

Pergilah kepada Firaun bagi menyampaikan risalah Allah. Sesungguhnya dia melampaui batas. - Surah Taha, ayat 24.

Pengkelasan sosial, miskin terus miskin dan kaya terus kaya yang dilakukan oleh Firaun menjadi perkara penting penentangan Musa keatas Firaun.

Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya terpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka. - Surah Al-Qasas, ayat 4

firaun

(Klik di sini untuk membeli)

Iktibar besar dari kerja nabi ini satu sahaja. Iaitu membela yang lemah. Kisah-kisah dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad mengajar kepada kita manusia perlu menjadi manusia dan jangan berlebihan.

Berbalik kepada soalan Ali-Syari’ati, apa kerja nabi? Iaitulah menegakkan hak asasi manusia dan membela yang lemah serta membangun diri menjadi golongan inteligensia. Itulah kaum intelek dan cendekiawan.

Syed Hussein Alatas dalam bukunya, Intelektual Masyarakat Membangun menuliskan kepada kita,

“Intelektual merupakan orang yang mengabdikan diri untuk memikirkan idea dan masalah bukan kebendaan dengan menggunakan kemampuan akliahnya.”

Membaca Perlu Menjadi Gaya Hidup Rakyat Malaysia - YB Datuk Ahmad Maslan

$
0
0
--

Selangor: Kedai Buku Bergerak PTS atau lebih dikenali dengan Booktruck PTS telah dirasmikan oleh YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di PTS Media Group, Batu Caves, Selangor semalam, 19 Januari 2017.

boktruck

YB Datuk Ahmad Maslan ketika memberikan ucapan semalam memberitahu idea seperti Booktruck PTS adalah satu idea yang kreatif yang telah dilaksanakan demi memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk mendapatkan akses kepada buku.

Beliau berharap membaca ini menjadi gaya hidup rakyat Malaysia dan peluang ini perlulah diciptakan bermula melalui Booktruck PTS.

booktruck

Booktruck PTS sudah bermula sejak tahun lalu, 2016. Program Kembara Buku Bersama Booktruck PTS adalah satu gaya tarikan terbaru bagi menarik minat pelajar. Tagline Booktruck PTS adalah “Kami membawakan keselesaan membeli di kedai buku kepada anda.”

Selain menjual buku, kunjungan Booktruck PTS turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel penulisan asas 1, bengkel asas melukis komik, aktiviti mewarna dan melukis dan program bertemu penulis.

booktruck ke sekolah

Selaras dengan misi utama penubuhan PTS, iaitu memandaikan bangsa, PTS membawa pelbagai medium kepada pembaca untuk lebih mudah mendapatkan sumber bahan bacaan.

Jika ada pihak sekolah atau mana-mana organisasi yang berminat untuk menjemput Booktruck PTS, anda dialu-alukan menghubungi pegawai yang bertanggungjawab di talian 016-6611754 atau 03-61880316 atau boleh juga email kepada gengbuku@pts.com.my

Bookcafe.com.my antara TOP 10 SMEs BY LOCAL GMV terima lawatan YB Datuk Ahmad Maslan

$
0
0
--

Selangor: Industri e-Commerce di Malaysia bukan lagi sebuah industri yang kecil. Industri ini memberi banyak pilihan kepada rakyat Malaysia untuk membeli barang secara online dengan lebih mudah dan cepat.

Bookcafe.com.my adalah anak syarikat PTS Media Group yang menawarkan lebih 5000 tajuk buku dari 150 penerbit buku tempatan dan luar negara dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Buku-buku di Bookcafe juga boleh dibeli menggunakan mata wang Singapura Dollar dan Ringgit Brunei bagi peminat buku dari kedua-dua negara ini.

Lawatan rasmi oleh Yang Berhormat Datuk Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia ke Bookcafe semalam bertujuan untuk melihat sendiri realiti pengurusan penjualan buku secara online melalui industri e-Commerce yang dijalankan oleh Bookcafe.com.my.

bookcafe

Turut hadir dalam lawatan rasmi semalam adalah Tuan Rizal Naini (Timbalan Ketua Eksekutif 1, SME Corp) dan Puan Mimi Razidah Abdul Razak (Pengarah Komunikasi Strategik, SME Corp).

SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) adalah sebuah Agensi Penyelarasan Pusat di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia yang merangka dasar keseluruhan dan strategi untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan menyelaras pelaksanaan program pembangunan PKS di semua Kementerian berkaitan dan Agensi.

lawatan

Dalam sesi lawatan rasmi YB Datuk Ahmad Maslan semalam, Tuan Hairul Faizal Adli, CEO Bookcafe memberitahu jualan industri e-commerce di Bookcafe  telah meningkat sebanyak 200%.

Pada tahun 2015 keuntungan jualan di Bookcafe adalah sebanyak 1 juta manakala pada tahun 2016 sebanyak 2.7 juta.

Bookcafe telah tersenarai sebagai TOP 10 SMEs BY LOCAL GMV sempena #MYCyberSALE yang diadakan pada 26-30 September 2016 tahun lalu.

hairul

#MYCyberSALE adalah acara Jualan Online Malaysia yang terbesar yang mengumpulkan e-tailers popular Malaysia yang menjual pada tempoh yang sama.

Dalam tempoh 3 hari berlangsungnya acara #MYCyberSALE pada tahun lalu, Bookcafe berjaya pulih sebanyak 50%.

bokcafe

Tuan Hairul memberitahu dalam Buku UNBOXING ECOMMERCE ENTREPRENEURS,

With this 3-days SOP (Standard Operating rocedure), we manage to recover 50% of the abandoned cart dan orders. Not only this helps to close more sale, more importantly, we get to know why customers do not complete the order so that we can always improve.

buku

#MYCyberSALE dianjurkan oleh Malaysia Ekonomi Digital Corporation (MDEC) dan disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Cyber Security Malaysia dan SME Corp. Malaysia, Kementerian kesihatan dan MATRADE.

mycyber sale


Presiden Amerika, Trump Seorang Pendatang Bukan Rakyat Asli Amerika

$
0
0
--

Dalam buku terbaru terbitan PTS, Presiden Trump Penjahanam Amerika? Penulis memuatkan sesuatu yang mengejutkan.

Dalam banyak ucapan Trump yang menentang pendatang ke Amerika sehingga bercadang untuk membina tembok antara Amerika dan Mexico seperti tembok di Israel-Palestin, tanpa sedar sebenarnya beliau juga adalah seorang pendatang. Bukan warga asli Amerika.

tr

Penulis buku, Nazri Kadir memberitahu, keturunan ibunya berasal dari Scotland yang kemudiannya berhijrah ke Transylvania pada tahun 1935. Ayahnya orang Jerman yang berpindah ke Amerika pada tahun 1885. Ini berdasarkan penghijrahan datuknya, Frederich Trump yang berhijrah ke Amerika pada usia 16 tahun.

trump

Selain Nazri Kadir, buku Presiden Trump Penjahanam Amerika? adalah hasil gabungan bersama beliau, Muhd Nur Iman Ramli dan Syarafuddin Sulaiman. (Klik di sini untuk membeli)

Terjunam Trump kedalam bidang perniagaan adalah bermula dari ayah beliau. Fred bermula sebagai pemaju hartanah dan menjadi kaya dengan membina dan menyediakan rumah sewa di Brooklyn, Queens dan Staten Island. Beliau menumpukan projek perumahan murah dan sederhana.

Sepanjang kempen Perang Dunia ke-2 beliau menumpukan projek membina rumah untuk anggota tentera laut dan pekerja dermaga dari FHA. pada tahun 1947-1949 Fred berjaya membangunkan Share Haven, sebuah projek kompleks apartment yang terdiri daripada 1314 unit apartment di atas tanah seluas 14 ekar yang terletak sekitar Brooklyn.

trump father

(Gambar, The Daily Beast)

Trump banyak belajar ilmu bisnes hartanah daripada ayah beliau, Fred. Pada awal penglibatan Trump dalam bisnes ayahnya, beliau ingin memindahkan perniagaan yang berpusat di Brooklyn ke Manhattan tetapi idea ini ditentang oleh ayahnya. Banyak konflik dalaman yang berlaku antara beliau dan ayahnya.

Akhirnya Trump yang pernah kita letak sebagai ‘orang contoh’ untuk kita memulakan karier bisnes sudah menjadi Presiden Amerika. #TrumpMakeAmerikaGreatAgain

Bookcafe.com.my antara TOP 10 SMEs BY LOCAL GMV terima lawatan YB Datuk Ahmad Maslan

$
0
0
--

Selangor: Industri e-Commerce di Malaysia bukan lagi sebuah industri yang kecil. Industri ini memberi banyak pilihan kepada rakyat Malaysia untuk membeli barang secara online dengan lebih mudah dan cepat.

Bookcafe.com.my adalah anak syarikat PTS Media Group yang menawarkan lebih 5000 tajuk buku dari 150 penerbit buku tempatan dan luar negara dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Buku-buku di Bookcafe juga boleh dibeli menggunakan mata wang Singapura Dollar dan Ringgit Brunei bagi peminat buku dari kedua-dua negara ini.

Lawatan rasmi oleh Yang Berhormat Datuk Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia ke Bookcafe semalam bertujuan untuk melihat sendiri realiti pengurusan penjualan buku secara online melalui industri e-Commerce yang dijalankan oleh Bookcafe.com.my.

bookcafe

Turut hadir dalam lawatan rasmi semalam adalah Tuan Rizal Naini (Timbalan Ketua Eksekutif 1, SME Corp) dan Puan Mimi Razidah Abdul Razak (Pengarah Komunikasi Strategik, SME Corp).

SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) adalah sebuah Agensi Penyelarasan Pusat di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia yang merangka dasar keseluruhan dan strategi untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan menyelaras pelaksanaan program pembangunan PKS di semua Kementerian berkaitan dan Agensi.

lawatan

Dalam sesi lawatan rasmi YB Datuk Ahmad Maslan semalam, Tuan Hairul Faizal Adli, CEO Bookcafe memberitahu jualan industri e-commerce di Bookcafe  telah meningkat sebanyak 200%.

Pada tahun 2015 jumlah jualan di Bookcafe adalah sebanyak 1 juta manakala pada tahun 2016 sebanyak 2.7 juta.

Bookcafe telah tersenarai sebagai TOP 10 SMEs BY LOCAL GMV sempena #MYCyberSALE yang diadakan pada 26-30 September 2016 tahun lalu.

hairul

#MYCyberSALE adalah acara Jualan Online Malaysia yang terbesar yang mengumpulkan e-tailers popular Malaysia yang menjual pada tempoh yang sama.

Dalam tempoh 3 hari berlangsungnya acara #MYCyberSALE pada tahun lalu, Bookcafe berjaya pulih sebanyak 50%.

bokcafe

Tuan Hairul memberitahu dalam Buku UNBOXING ECOMMERCE ENTREPRENEURS,

With this 3-days SOP (Standard Operating rocedure), we manage to recover 50% of the abandoned cart dan orders. Not only this helps to close more sale, more importantly, we get to know why customers do not complete the order so that we can always improve.

buku

#MYCyberSALE dianjurkan oleh Malaysia Ekonomi Digital Corporation (MDEC) dan disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Cyber Security Malaysia dan SME Corp. Malaysia, Kementerian kesihatan dan MATRADE.

mycyber sale

Penulis Novel SIMULASI Berjaya Angkat Tema Kemanusiaan dan Kritikan Sosial

$
0
0
--

Naratif novel ini agak perlahan sebelum masuk kepada elemen penting yang menjadi tonggak cerita. Pembaca akan dibuai dengan drama kehidupan distopia rakyat Malaysia menjelang tahun 2032.

12 tahun selepas berlalunya Wawasan 2020 dan 18 tahun sebelum Transformasi 2050 dijangka menjadi realiti. Penulis bijak mengaitkan perihal yang berlaku hari ini seperti skandal 1MDB dan juga kesan pembinaan MRT kepada warga kota.

simulasi

Penulis membayangkan Malaysia semakin pesat membangun tetapi kualiti hidup rakyat merudum dan tekanan masyarakat memuncak, tidak sepadan dengan pembangunan.

Dunia penuh dengan manusia-manusia yang bersemangat individualistik. Latar zaman banyak diterangkan oleh penulis supaya pembaca dapat memahami konteks masyarakat.

alone

Bab-bab awal novel ini merungkai siapakah Syukri, Fateha dan Nora yang menjadi watak utama dalam novel ini. Pengalaman membaca bab-bab awal tidak terasa seperti membaca novel sci fi bergenre thriller, tetapi seolah membaca naskah drama konflik kekeluargaan.

Permulaan yang agak perlahan dan mendatar tetapi memberi ruang kepada perkembangan watak-watak dalam novel. Sedikit sebanyak mampu memberi gambaran realiti dan kisah latar serta falsafah watak-watak yang wujud.

Kemudian pembaca diperkenal dengan watak The Machina yang merupakan mekanisme kepada simulasi realiti dan juga menjadikan para android menjadi lebih manusia. Mirip kepada peranan Agent Smith dalam trilogy The Matrix dimana dia boleh mengawal keadaan dalam simulasi tetapi dalam dunia realiti tidak berkuasa.

as

Disini penulis ingin membawa pembaca khayal bersama dalam simulasi realiti sehingga terkeliru; sebenarnya ada berapa banyak simulasi? Yang mana satu bukan simulasi dan yang mana satu realiti sebenar.

Penceritaan agak kompleks ibarat sekotak puzzle yang berselerak, perlu dibaca dan dicantum keseluruhan novel barulah gambaran sebenar boleh dinikmati.

Asas kepada novel ini adalah simulasi sebagaimana yang tertera sebagai tajuk buku dan pembaca akan melayari dunia simulasi yang disulam dengan pelbagai konflik.

Novel ini perlu dibaca dengan teliti supaya tidak ada point yang kita  terlepas dan tidak terbabas merentas garis masa serta tidak terkeliru dengan penceritaan yang meliputi beberapa simulasi yang mempunyai naratif cerita yang berlainan.

Beberapa simulasi berlaku serentak dan watak-watak yang sama memainkan peranan dan cerita yang berbeza disetiap simulasi.

Penulis juga bijak membawakan tema kemanusiaan dalam naskah ini.

Persoalan tentang manusiawi yang timbul secara tak langsung mengajak pembaca turut memikirkannya.  Hakikatnya, persoalan-persoalan yang dibawa dalam novel ini relevan dengan kehidupan kita seharian.

Sedikit sebanyak mampu mendekatkan pembaca dengan realiti dalam novel.

reading

Pasti kita pernah terfikir, adakah dengan mengambil hak kemanusiaan sebahagian kecil manusia demi kemaslahatan umat manusia sejagat itu satu tindakan yang ‘manusiawi’? Ataupun kita lebih berperikemanusiaan apabila sanggup membiarkan umat sejagat terkorban semata-mata demi hak-hak sebahagian kecil kelompok manusia terjaga.

Persoalan seringkas; bahagia dalam penipuan atau derita dalam kebenaran juga diputar dan menjadi elemen penting dalam novel ini.

corporate

Kemajuan berkenaan Artificial Intelligent(AI) turut diselit sebagai peneraju dalam konflik-konflik yang mendatang. Pertarungan antara mencipta dan yang dicipta. AI cuba melawan manusia yang mencipta atau dengan istilahnya ‘rebel’.

Sebenarnya sejak beribu tahun lagi konflik yang dicipta melawan yang mencipta berlaku dalam sejarah peradaban manusia sebagaimana Firaun mengaku dialah Tuhan.

Kemajuan sains dan teknologi kadangkala menghanyutkan manusia dan seolah merasakan diri telah melangkaui kuasa Tuhan, hakikatnya selamanya tidak mampu menyaingi karya yang Maha Mencipta. Konflik yang dicipta merasa diri Tuhan turut disadur dalam naratif penceritaan.

 Bagi yang mahukan sesuatu yang baru dan segar, novel ini mungkin tidak dapat memenuhi nafsu serakah bibliophile anda kerana tema, konflik dan pergelutan yang dirangkum dalam novel ini wujud dalam lambakan novel sci fi thriller dan juga mirip kepada adunan beberapa filem sci fi.

Namun, pembaca dijanjikan dengan naratif yang tidak cliché, menarik dan pembaca akan sentiasa tertunggu tunggu apa yang akan berlaku seterusnya.

penulis

(Penulis SIMULASI, Lokman Hakim di tengah)

MENARIK: Tahun 2032 Sebuah Realiti atau Sekadar Simulasi

Klik di sini untuk membeli novel Simulasi

 Tidak keterlaluan rasanya untuk mengatakan novel ini merupakan adunan banyak filem-filem sci fi terkenal seperti The Matrix, Blade Runner ataupun konsep anime Sword Art Online(berkenaan simulasi) mahupun filem thriller Inception arahan Christopher Nolan(simulasi mimpi, deep sleep etc).

nolan

Konsep dan juga teori tentang simulasi, realiti-fantasi, pembendungan populasi, humanoid-android dirangkum dalam sebuah novel. Pembaca yang menginginkan unsur-unsur sebegitu boleh mendapatkan naratif yang diharapkan dalam karya Lokman Hakim ini.

Semoga review tanpa spoiler ini membantu bakal para pembaca. Selamat membaca!

5 Mitos Tentang Perubatan Yang Sebenarnya Salah

$
0
0
--

1. Supplement lebih bagus daripada ubat hospital

Terdapat banyak kekeliruan dalam masyarakat apabila di luar sana ada ubat yang berjaya menyembuhkan demam, batuk, ataupun selesma, maka mereka fikir penyakit sudah sembuh, tetapi sebenarnya tidak begitu.

Ada beza UBAT dan SUPPLEMENT

Yang membuatkan saya marah, apabila ubat berbentuk SUPPLEMENT ini dibesar-besarkan khasiatnya, membohongi rakyat mengatakan ubat mereka mampu merawat banyak penyakit, tanpa mekanisme kerja ubat yang jelas, dos yang jelas dan berselindung dengan nama herba.

capsule

Lebih parah agama diperdagangkan!

“Tapi doktor, ubat ini sunnah nabi!”

“Habis tu, takkan makan ubat moden ni ikut sunnah syaitan?”

2. Saya tak makan ubat tahan sakit tu doktor. Takut rosak buah pinggang

Ibu akhir 30-an datang ke klinik mengadu sakit lutut kiri sudah seminggu, sakit lutut terhentak ke tanah sewaktu bermain badminton. Sudah berjumpa doktor, diberi ubat tahan sakit tetapi tidak dimakan.

Banyak kekeliruan masyarakat tentang ubat perubatan moden. Ramai yang fikir, makan sahaja ubat perubatan moden pasti buah pinggang rosak. Saya fikir salah faham ini perlu diperbetulkan segera.

pill

Ubat tahan sakit (NSAID) boleh mengurangkan kadar pengaliran darah ke ginjal dan menyebabkan kerosakan ginjal sekiranya ubat yang dimakan dalam tempoh terlalu lama ataupun makan melebihi dos yang ditetapkan.

3. Mandi malam akan menyebabkan paru-paru berair

Paru-paru berair atau dalam bahasa santifik disebut efusi pleura (pleural effusion) tidak berlaku akibat dari mandi pada waktu malam. Efusi pleura terjadi antaranya:

  1. Jantung gagal berfungi (congestive heart failure)

  2. Komplikasi radang paru-paru (pneumonia)

  3. Kanser paru (lung malingnancy)

  4. Sumbatan pada salur darah paru (pulmonary embolism)

  5. Penyakit hati (cirrhosis)

  6. Trauma paru

Tidak ada kajian yang menunjukkan paru-paru berair terjadi akibat mandi malam.

bath

4. Saya tak mahu doktor ambil air tulang belakang! Nanti lumpuh

Lumbar puncture adalah satu prosedur yang dilakukan untuk mengambil air tulang belakang (cerebrospinal fluid). Prosedur dilakukan dalam keadaan steril. Jarum akan dicucuk pada ruang antara tulang lumbar (L) selalunya di kawasan L3-L4 kerana saraf tunjang yang berstruktur solid berakhir pada L1.

Titisan air akan diambil dan dimasukkan ke dalam botol dan dihantar ke makmal. Air yang diambil cuma sedikit, dan air akan diganti semula dalam waktu dua hari.

sa

Prosedur ini SELAMAT, tidak ada yang perlu dibimbangkan. Mereka yang melakukan prosedur ini terdiri daripada pengawal TERLATIH dan dilakukan dengan sangat berhati-hati.

Mengambil air tulang belakang ini penting kerana mampu memberi maklumat kepada doktor untuk tahu tentang pesakit jika mempunyai jangkitan pada bahagian selaput otak atau tidak.

5. Makan sebiji panadol akan kekal dalam badan selama 5 tahun

Panadol dikatakan akan berada di dalam badan kita selama 5 tahun dan keracunan panadol menyebabkan kerosakan ginjal. Ini menjadi punca ketakutan masyarakat kepada ubat moden kerana khuatir kandungan ubat yang akan berada di dalam badan.

pill 2

Panadol (Paracetamol) adalah ubat yang bertindak sebagai antipiretik (penurun demam) dan mempunyai sedikit kesan analgesik (tahan sakit). Sebenarnya penguraian panadol berlaku di hati bukan di ginjal.

Kerosakan hati akan berlaku apabila panadol diambil secara berlebihan dan berpanjangan tanpa pengawasan. Malah tempoh 5 tahun adalah sangat menyimpang, kerana panadol akan kekal dalam masa beberapa jam sahaja.

buku

*5 Mitos ini diambil dari buku Dr. Khairul Hafidz iaitu PENA & PICAGARI  yang baru sahaja diterbitkan oleh Puteh Press. Buku ini membongkar mitos perubatan yang diterima oleh kebanyakan rakyat Malaysia tetapi sebenarnya SALAH. Beliau juga berkongsi pengalaman beliau sepanjang menguruskan pesakit (cerita disebalik) yang ramai orang belum tahu. Whatsapp 011-55467212 untuk membeli buku ini.

Dr

(Dr. Khairul Hafidz - Kanan. Gambar: www.era.fm)

Buku ini Hanya Patut Dibeli oleh Mereka yang Serius Untuk Mengubah Kehidupan

$
0
0
--

“Kita tidak berbangga dengan apa yang kita lakukan, kita menyalahkan diri dengan apa yang kita tidak lakukan”

Frasa yang saya saya petik dari buku bestseller New York Times, First Things First (Stephen R. Covey) ini cukup memberikan kita tamparan yang maha dasyat.

Kita hidup dan kita bernafas, makan tidur, cari duit, berbelanja, bayar hutang dan akhirnya pusing pada rutin-rutin yang sama. Sampai satu saat dalam kehidupan kita mulai lelah dalam berjalan dan rasakan kenapa kehidupan begini yang kita jalani?

Kehidupan kaku, rasa bagai robot yang diatur. Selepas siapkan satu tugasan maka datang pula tugasan lain dan kadang tugasan-tugasan baru menimbus terus kita dengan kesibukan tanpa sempat menyiapkan tugasan terdahulu.

robot

Perit bila kita mula sedar, kita tidak lagi mengawal hidup kita. Sebaliknya kita rasakan hidup kita dikawal oleh semua perkara lain. Kita hanyalah ibarat sebatang kayu kecil yang mengikut deras arus sungai besar.

Segalanya ditetapkan oleh arus hingga hari demi hari kita makin rapuh dan tak berdaya lagi menjalani kehidupan setelah puas menghentam batu-batu yang menghalang arus deras ini.

10 tahun dahulu, mungkin kita pasang begitu banyak cita-cita, impian untuk dicapai, kita positif merasakan hidup kita akan lebih baik dan seperti yang dirancang.

Kini segalanya berubah, masa kita bersama keluarga dirompak dengan kesibukan bekerja, masa kita untuk bermasyarakat dicuri oleh kepenatan badan yang dahagakan rehat sebentar sebelum bermula hari baru dengan rutin yang sama.

Jika ketika kanak-kanak dahulu kita sering berangan untuk menjadi superhero yang mampu menyelamatkan dunia, kini kita hanya banyak mengeluh melihat kurangnya masa untuk menyumbang sesuatu buat masyarakat.

superhero

Kita sedar ruang kosong dalam diri ini makin membesar, namun kita keliru apakah kaedah boleh diambil untuk perbaiki keadaan ini. Dimana silapnya dan bagaimana ia dapat diperbetulkan?

Untuk itu, buku ini hadir tepat pada masanya. Bagi penggemar tulisan Stephen R. Covey pasti tidak asing dengan kaedah buku ini disampaikan. Tiada jalan pintas untuk berjaya! Ya inilah cara Stephen!

Hidup tidak semudah dengan menghafal sejenis rahsia atau kunci untuk cepat bahagia dan rahsia itu boleh digunapakai dalam semua keadaan dan masa.

Karya Stephen sering membawa kita bermula dari asas yang paling dalam dan mengubah dari situ.

stephen

Hidup ibarat bercucuk tanam di ladang, ia merupakan proses. Untuk menuai hasil yang baik kita wajib menjadi peladang yang baik. Adalah satu angan kosong lagi bodoh bila kita tidak semai benih dengan elok, tidak menjaga sepanjang tumbesaran pokok tiba-tiba hanya mahu menyiram pokok sehari dua terakhir sebelum tuai dengan harapan tuaian kita menjadi!

Kita ketawakan keadaan ini, kita tahu peladang yang baik harus bermula dari awal, maka mengapa kita terus mencari bahan-bahan tulisan ringkas untuk ubah hidup secepat mungkin ibarat mee segera? Ia mustahil bukan?

Buku ini hanya patut dibeli oleh mereka yang serius untuk mengubah kehidupan.

Mereka yang berani dan bersedia untuk memperbaiki hubungan dan tidak melihat hidup ini sekadar menunggu gaji di hujung bulan semata-mata. Buku ini untuk mereka yang tidak mahu lemas selamanya dalam arus kehidupan dan yakin kita berhak untuk mendapatkan hidup yang lebih baik.

stephen

Buku ini bagi mereka yang mempunyai semangat “agi idup agi ngelaban” iaitu orang-orang yang sudi berjuang untuk terus bangkit dalam setiap masalah dan yakin pada diri bahawa selagi wisel penamat belum dibunyikan, selagi itu perlawanan masih berlangsung!

Bagaimana Jika Robot Mengambil Alih Tugas Manusia?

$
0
0
--

Pertembungan antara mesin dan manusia, daging dan besi ataupun tulen dan artifisial biasa diperdengarkan dan ditulis dalam fiksyen genre sci fi thriller.

Namun penulis Lokman Hakim membawakan konflik; bagaimana jika tiada lagi garis halus yang menjadi pemisah antara keduanya?

eksistensi

Konflik inilah yang dibawakan di dalam novel sci fi thriller ini, EKSISTENSI. Pembaca akan mengikuti naratif yang membuka persoalan demi persoalan berkenaan apakah ertinya menjadi manusia, apakah cyborg diberi perasaan dan jiwa seperti manusia dan adakah mereka layak dipanggil manusia?

robot

Pembaca turut akan dibawa menelaah siapakah manusia? Siapakah Menusa? Siapakah Cyborg? Kisah dystopia neo-noir futuristik ini mengisahkan manusia sekitar Lembah Klang ketika itu seolah telah menemui ‘fountain of youth’.

Anggota badan yang rosak boleh digantikan dengan anggota prostetik dan artifisial. Organ yang rosak boleh digantikan. Cyborg pula diberikan tubuh hampir sama dengan manusia dan diprogramkan berjiwa seolah-olah manusia.

Sepanjang pembacaan, pembaca akan diulit cetusan idea; merobotkan manusia, memanusiakan robot.

 Menarik sekali apabila penulis membawakan realiti yang hampir sama dengan hari ini. Manusia bekerja tanpa jiwa, hidup tanpa hati. Ibarat manusia kini, hilang kemanusiaannya.

manusia hitam

Umat manusia hanya fokus mencari kekayaan dunia, patuh dengan sistem yang korup tanpa sebarang bantahan dan persoalan serta berlaku jurang kekayaan yang besar dalam masyarakat.

Yang kaya terus kaya dan yang miskin kekal miskin lalu dijadikan teladan buat yang kaya bahawa miskin itu hina.

Oleh kerana manusia hilang jiwanya, bekerja ibarat robot akhirnya manusia pula perlu dijaga oleh cyborg supaya manusia pulih menjadi manusia. Ironi.

Apabila membaca novel ini, teringat pula satu filem yang membawakan tema yang hampir sama iaitut filem I ROBOT yang dibintangi oleh Will Smith. Menceritakan tentang manusia meletakkan pergantungan kepada cyborg untuk urusan harian,

irobot

Dunia perubatan maju dengan alat gantian tubuh prostetik dan evolusi cyborg yang mempunyai jiwa seperti manusia.

Pertembungan mesin yang diprogramkan dan cyborg berjiwa manusia menjadikan manusia tersepit ditengah-tengah. Tak keterlaluan rasanya mengatakan tema ini hampir sama dibawakan oleh novel Eksistensi ini.

Satu lagi filem yang membawa konsep yang hampir sama adalah filem Bicentennial Men yang dilakonkan oleh arwah Robin Williams. Filem ini diinspirasikan daripada idea Isaac Asimov.

robot

Cyborg yang berevolusi  daripada sebuah mesin yang diprogramkan lalu menjadi seperti manusia yang mempunyai perasaan, nafsu dan kehendak peribadi.  Akhirnya membawa kekeliruan, apakah cyborg boleh menjadi manusia dan diiktiraf sebagai manusia?

Jika kemajuan teknologi terlalu kehadapan dalam bidang ini, apakah manusia boleh menandingi cyborg? Apakah manusia akan pupus kerana fitrahnya kaum yang lemah akan pupus ditelan kaum yang lebih kuat?

Persoalan-persoalan ini akan membelenggu pembaca sehingga ke helaian akhir novel ini.

Namun, untuk membaca novel ini, pembaca perlu fokus kerana terdapat banyak watak yang diketengahkan. Sesekali akan terkeliru siapakah watak utama, siapakah antagonis dan lain-lain.

Mungkin wujud sedikit keserabutan dan kekeliruan tetapi masih tidak menganggu mood pembacaan sepenuhnya. Rasanya penulis lebih menumpukan kepada konsep cerita dan konflik dystopia yang berlaku.

Rantaian naratif yang berselang seli memerlukan pembacaan yang teliti supaya tidak terlepas beberapa rincian dan kesinambungan yang penting.

Ada juga watak yang dikembangkan dengan baik dan ada juga watak yang tergantung begitu saja. Perkembangan karakter sebahagiannya baik seperti Faril dan Rumia selaku tonggak cerita, namun ada juga beberapa watak kritikal dalam novel ini yang tidak seberapa jelas dikisahkan.

Tidak dinafikan ada lompong dalam plot dan sisi yang perlu dikembangkan. Tetapi dengan sedikit kekurangan ini tidak menjadikan novel ini tidak bagus.

Novel ini relevan dan rasanya perlu kekal sebagai salah satu pilihan pembaca novel sci fi. Konflik, tema dan isi novel ini sangat menarik untuk dibaca buat peminat sci fi thriller.

Babak seperti pertarungan dalam filem Terminator II dapat ditemui dalam naskah ini.  Mendebarkan dan penuh aksi.

terminator

Bagi yang mengikuti naskah tulisan Lokman Hakim pasti akan menanti plot twist yang sentiasa dihadirkan dalam tulisan beliau. Tidak ubah seperti direktur M Night Shaymalam yang begitu menggemari meletakkan plot twist dalam filem-filem arahannya.

Peminat sci fi perlu meletakkan naskah ini sebagai salah satu bacaan wajib untuk genre ini, lebih-lebih lagi novel sci fi thriller tempatan.

novel

Klik di sini untuk membeli buku ini atau Whatsapp 011-55467212

MENARIK: Karya Lokman Hakim - SIMULASI - Berjaya angkat Tema Kemanusiaan dan Kritikan Sosial

Secara dasarnya, berdasarkan pembacaan jika ditanya berapakah rating 1 hingga 10, saya berikan 7/10 untuk naskah sci fi thriller ini. Semoga review tanpa spoiler ini membantu. Selamat membaca!

12 Februari 2017, 68 Tahun As-Syahid Imam Hassan Al-Banna Meninggalkan Kita

$
0
0
--

Apabila kita mencari orang-orang yang telah membuat tajdid dan reformis, Hassan Al-Banna adalah salah seorang tokoh yang boleh kita kagumi. Gerak kerja tajdidnya di Mesir sekitar tahun 1930-1940 telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada seluruh umat Islam.

Tokoh reformis ini membuat tajdid melalui gerakan Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan beliau dan teman-teman pada tahun 1928. Ketika itu beliau baru sahaja berusia 23 tahun. Umur yang masih mudah tetapi mempunyai pemikiran yang sangat tajam dan semangat yang berani.

buku hassan

Klik di sini untuk membeli

Tak hanya dalam kegiatan dakwah dan pembaikan dalam segenap lapisan masyarakat, gerakan Ikhwan Muslimin yang diasaskan beliau ini juga melibatkan diri dalam kegiatan politik dan pilihanraya. Mereka menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.

Pada tahun 1948, Ikhwan Muslimin diharamkan di Mesir oleh regim pemerintah yang diketuai oleh al-Nukrasa Basa pada ketika itu. Gerakan Ikhwan dituduh mencuba untuk melakukan pemberontakan dan menggulingkan kerajaan yang sedia ada.

banna

(Gambar) Penyokong Hamas membawa potret pengasas Ikhwanul Muslimin, Sheikh Hassan al-Banna semasa perhimpunan meraikan ulang tahun ke-25 penubuhan Hamas pada 14 Disember 2012 di bandar Tebing Barat Tulkarem.

Tentu sahaja ini adalah alasan semata-mata untuk mengurangkan pengaruh gerakan Ikhwan di Mesir pada ketika itu yang sudah mengumpulkan ahli yang ramai. Kedua untuk melemahkan gerakan Islam selepas kejatuhan kerajaan Khalifah di Turki dan ketiga mengenai perebutan kuasa politik.

Perjalanan gerakan Ikhwan Muslimin yang dipimpim oleh Hassan Al-Banna selama 20 tahun menjadi perhatian di seluruh dunia. 12 Februari 1949 beliau dibunuh (ditembak) ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin di Mesir.

setiausaha

(Gambar) Fareed Abd Al Khaleq, 97, adalah setiausaha peribadi kepada Hassan Al Banna

12 Februari 2017 genap 68 tahun pemergian As-Syahid Imam Hassan Al-Banna meninggalkan kita. Cukupkah sekadar apabila tiba tarikh 12 februari kita mengembalikan romantisme terhadap beliau tanpa menyambung gerak kerja beliau yang sudah menginspirasi ramai orang?

buku hassan al-banna

Klik di sini untuk membeli 

Menyambung gerak kerja beliau tidak bermaksud harus ke Mesir dan menyertai gerakan Ikhwan. Lebih besar dari itu adalah melakukan pembaikan dalam masyarakat.

Peninggalannya begitu besar dan beerti dalam kehidupan kita hari ini agar menjadi seorang manusia yang bersifat tajdid dan membuat reformasi dalam masyarakat. Melawan pemerintahan korupsi dan membuat amal kebajikan.


UK Sebuah Negara Islam? Ini Pandangan Dr. Nik Salida Selepas Tinggal Di Sana Untuk Menyiapkan PhD

$
0
0
--

Apa yang sering dipersebutkan kepada kita mengenai negara Islam adalah dengan melaksanakan sistem perundangan Islam. Sering kali kita terlupa yang lebih utama daripada itu dari sudut pandang seorang rakyat adalah untuk memberi makan kepada keluarga dan diri sendiri.

Dr. Nik Salida

Dr. Nik Salida berkongsi pengalaman beliau menyiapkan PhD di United Kingdom (UK) di dalam buku terbarunya PhD Mama. Artikel ini disalin dari salah satu bab yang terdapat di dalam buku tersebut.

phd Mama

Klik di sini untuk membeli buku ini

Untuk tujuan welfare state, Gaji para penjawat awam di sana tidak dibayar penuh. Antara 20% hingga 40% daripada gaji mereka akan dikenakan cukai. Contohnya gaji 1000 GBP, kerajaan akan ambil 200 GBP sebagai cukai dan hanya 800 GBP yang mereka terima

Semakin kaya orang itu, semakin banyak pula cukai yang dikenakan

Bagi orang miskin pula yang berada pada paras gaji minimum, pendapatan mereka tidak akan dipotong. Walaupun gaji tidak dipotong, orang berpendapatan minimum ini tetap dapat menggunakan banyak kemudahan percuma di sana. Ia seperti sistem wakaf dan zakaf dalam dunia islam.

Walaupun UK ada GST dan nilainya tinggi, tetapi barang-barang asasnya tidak dikenakan GST, dan juga sangat murah.

Contohnya, gandum 1.5 kilogram hanya berharga 30 pence bersamaan RM1.50. Jadi, walau miskin macam mama pun keluarga itu, mereka tetap boleh makan.

Susu segar juga termasuk dalam barangan asas. Susu 2 botol besar di UK, hanya berharga 1.50 pound sterling. Sedangan di Malaysia ia berharga RM 12.00.

Susu segar tadi akan dihantar setiap hari di hadapan pintu rumah penduduk. Jadi, boleh dikatakan kami tidak minum sangat air masak. Minum susu terus.

Anak-anak saya pula balik Malaysia sahaja, terus mahu kekalkan cara hidup begitu, minum susu segar. Apabila sampai ke tempat beli-belah, lihat harganya, anak saya kata, “Mahalnya.”

UK

Orang yang paling beruntung di UK, mungkin pelajar seperti saya. Gaji saya tidak dipotong, elaun saya tidak dipotong, dan saya layak menikmati banyak kemudahan percuma di sana. Jadi apabila ada orang kata kos sara hidup di UK sangat tinggi, ia antara betul dan salah.

MENARIK: 5 Perkara yang dilakukan oleh Dr. Nik Salida sehingga beliau berjaya menyiapkan PhD di UK

Untuk sesetengah barang memang harganya mahal, tetapi banyak lagi barang berharga murah seperti bahan-bahan asas seperti gula, gandum, roti, ikan, makanan dalam tin dan seumpamanya.

Malah beras pun dikira sebagai bahan asas kerana dikira makanan asasi orang Arab dan Pakistan. Walaupun kita tukar kepada mata wang Malaysia sekalipun, harga barang di UK tetap lebih murah berbanding harga di Malaysia. Apatah lagi sekiranya memang guna nilai pound sterling.

Selama tiga tahun di sana, saya hanya makan beras Basmati. 10 kilogram hanya RM50 sekiranya ditukar kepada ringgit Malaysia. Beras Basmati seperti yang diketahui kurang kanji dan membuatkan kita cepat kenyang. Sampai satu tahap, saya sudah rasa janggal untuk makan beras yang lembik-lembik.

Sebagai orang Kelantan pula, budu memang tidak boleh jauh daripada saya. Mujur di UK ada banyak tempat menjual budu. Cuma rasanya sedikit berbeza. Saya beli budu sana dan proses kembali. Tembahkan gula dan serai supaya jadi seperti budu di Malaysia. Akhirnya memang sedap juga hasilnya.

big bang

UK adalah welfare state atau Negara Kebajikan. Itu antara sebab mereka menawarkan banyak perkara percuma kepada rakyatnya. Itu memang perkara yang menjadi idaman setiap rakyat di Malaysia. Tetapi untuk memenuhi tujuan welfare state, mereka memerlukan sumber ekonomi yang mantap. Perkara ini yang ramai rakyat Malaysia terlepas pandang.

*Dr. Nik Salida bertugas sebagai Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau juga adalah Timbalan Pengarah, Pusat Permata Insan USIM, serta Ketua Kluster dan Felo Penyelidik  INFAD.

Anda mempunyai artikel yang menarik? email ke marketing@pts.com.my

Membaca Tanpa Amal Ibarat Sampah?

$
0
0
--

Kaji selidik yang dilakukan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 dan 2005 menunjukkan rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku setahun secara purata. Yang mana hanya melibatkan buku-buku sensasi, santai & fiksyen.

Maklumat tinjauan yang diperolehi dari Jepun dan Perancis,  rakyat mereka membaca 10 buah buku, manakala Amerika dan Kanada telah membaca sebanyak 17 buah buku. Rata-rata buku ilmiah.

buku 2

Maka tidak hairanlah buku-buku ilmiah di Malaysia kurang mendapat perhatian dari kebanyakan penerbit melainkan lebih banyak lambakan buku-buku sensasi, artis, (seperti permasalahan terhadap buku Fattah Amin dan Hafiz Hamidun), khurafat (mastika) yang sering menjadi bahan bacaan orang kita di Malaysia.

HAMKA mengatakan bahawa masyarakat pada zaman beliau, ramai yang suka membaca tapi tidak ramai yang suka membayar, sehinggalah majalah Khatibul Ummah keluaran beliau tidak dapat bertahan lama.

Ustaz Hasrizal pula menempelak kepada mereka yang merasakan diri mereka inklusif kerana rajin membaca buku (ilmiah) berbanding orang lain,

"Membaca saja tanpa amal ibarat sampah, mungkin penyapu sampah atau kerani yang biasa-biasa itu mungkin membaca apa yang kamu baca, maka apa bezanya kamu dan dia?"

Kesimpulannya, membaca atau tidak membaca, yang membezakan keduanya adalah amal. Budaya membaca harus ditanam dalam diri sendiri terlebih dahulu.

buku

*Azree Munir adalah ahli jawatankuasa Purtubuhan ISRA.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi PTS

Anda Mempunyai artikel yang menarik? Hantar ke marketing@pts.com.my

‘Istirahatlah Kata-Kata’ Adalah Filem Inspirasi dari Puisi dan Hidup Wiji Thukul

$
0
0
--

Siapa yang tidak pernah membaca puisi-puisi dari Wiji Thukul, beliau termasuk antara orang-orang yang rugi.

Wiji Thukul dilahirkan pada 26 Ogos 1963 di Kampung Sorongenen, Solo. Majoriti pendudukannya adalah mereka yang bekerja sebagai pemandu beca dan pekerja buruh. Beliau mula menulis puisi sejak di SD lagi dan berjinak-jinak dalam dunia teater ketika di SMP.

anggi

Pengarah filem muda, Yosep Anggi Noen (34) menjadikan filem Istirahatlah Kata-Kata (atau bertajuk Solo, Solitude untuk versi tayangan di luar negara) sebagai memoir dari Wiji Thukul yang hilang tanpa jejak pada tahun 1998 saat Rejim Suharto mengundurkan diri dari kerusi Presiden atas desakan rakyat.

filem

Anggi memberitahu,

Dalam  konteks yang lebih luas ini cara kita mengenal sejarah iaitu melalui filem. Kemerdekaan dan demokrasi tidak akan datang secara tiba-tiba. Ia dipenuhi dengan pengorbanan dan kehilangan

wiji thukul

Marrisa Anita, pengacara rancangan 1 Indonesia yang disiarkan di NET. yang melakonkan watak sebagai Sipon, isteri kepada Wiji Thukul juga memberitahu yang filem ini wajib ditonton oleh generasi muda saat ini untuk mengenal sejarah yang lampau.

Kisah Wiji Thukul di film ini bisa menjadi jendela masuk untuk kita melihat apa yang terjadi di Indonesia tahun 1998.

Ketika rusuhan yang berlaku di Jakarta pada tahun 1996, Wiji Thukul dan beberapa aktivis lain dianggap bertanggungjawab. Beliau terpaksa melarikan diri ke Pontianak, Kalimantan, dan hidup dalam persembunyian selama lapan bulan.

Kadang-kadang beliau bertemu dengan orang yang sama sekali tidak dikenalinya. Di sana, beliau harus mengubah identitnya beberapa kali, tetapi tetap aktif menulis puisi dan cerita pendek dengan nama pena. Sementara itu, di Solo, Jawa Tengah, istrinya, Sipon, hidup dengan dua anak mereka di bawah pengawasan ketat.

Puisi Wiji Thukul: Aku Masih Utuh dan Kata-Kata Belum Binasa

Aku bukan artis pembuat berita

Tetapi aku memang selalu khabar buruk buat penguasa

Puisiku bukan puisi

Tetapi kata-kata gelap

Yang bekeringat dan berdesarkan

Mencari jalan

Ia tak mati-mati

Meski bola mataku diganti

Ia tak mati-mati

Meski bercerai dengan rumah

Ditusuk-tusuk sepi

Ia tak mati-mati

Telah kubayar apa yang dia minta

Umur-tenaga-luka

Kata-kata itu selalu menagih

Padaku ia selalu berkata

Kau masih hidup

Aku memang masih utuh

Dan kata-kata belum binasa.

Allah Dekat Dengan Kita, Berdoa Tidak Perlu Melalui Syeikh atau Sayyid - Buya HAMKA

$
0
0
--

Isu Valet Doa menjadi perbualan hangat, iaitu sebuah perniagaan yang menawarkan perkhidmatan membaca doa di tanah suci mekah. Perkhidmatan ini mempunyai banyak pakej pilihan, seperti doa di depan Kaabah, di Masjid Al-Haram, Multazam, Hijir Ismail, Maqam Ibrahim dan Hajar Aswad.

valet doa

Harga untuk mengirim doa supaya dibacakan di tanah suci Mekah ini bermula serendah RM 250 dan boleh mencecah sehingga RM5000.

Allah tidak pernah meletakkan perantaraan untuk bercakap dengan-Nya. Asal saja kita meminta kepada Allah, tentu Allah akan mendengarkan kita. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186

 

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Firman Allah ini sudah membuka mata dan jalan kefahaman kita tentang berdoa kepada Allah.

tafsir al-azhar

Klik di sini untuk membeli Tafsir Al-Azhar Jilid 1

Hamka dalam menafsirkan ayat ini di dalam Tafsir Al-Azhar memberitahu, kita tidak memerlukan wasilah atau perantaraan manusia untuk langsung berdoa kepada Allah.

Lantaran dia dekat, tidaklah perlu memakai orang perantaraan atau wasilah - Hamka

Mari kita lihat semula apakah sebab ayat ini diturunkan dan menjelaskan kepada kita semua bagaimana seharuskan kita berdoa.

Menurut riwayat dari Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim, Abusy Syekh dan Ibnu Mardawaihi yang mereka terima dari riwayat ash-Shalt bin Hakim, iaitu seorang sahabat Anshar yang menerima dari neneknya bahwa seorang laki-laki pernah bertanya kepada Rasulullah saw,

“Ya, Rasulullah. Apakah Allah kita itu dekat dari kita sehingga dapat kita seru dengan suara lembut ataukah Dia jauh sehingga kita seru Dia dengan suara keras?” mendengar pertanyaan itu, Nabi pun terdiam.

Lalu turunlah ayat ini yang menerangkan bahwa Allah itu amat dekat kepada kita.

hamka

Klik di sini untuk membeli buku ini

Hamka menulis lagi tafsirnya dari ayat 187 surah Al-Baqarah ini,

Allah telah menutup pintu yang lain. Allah menyuruh kita langsung kepada-Nya. Allah telah menjelaskan di sini, kepada-Ku saja, supaya permohonanmu terkabul - Hamka

Sedang dalam ayat 187 surah Al-Baqarah ini tiada pun tertulis doa akan dikabulkan Allah jika ia melalui perantaraan Syeikh Anu atau Sayyid Fulan!

Semoga berpuluh jabatan agama yang wujud di Malaysia ini mampu menggunakan kuasa yang ada untuk membendung perkhidmatan semacam Valet Doa ini yang terang terangan berlaku di facebook.

Tak kan tugas jabatan agama menghendap orang buat maksiat di hotel saja kan?

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi PTS. Anda Mempunyai artikel yang menarik? Hantar ke marketing@pts.com.my

Mesti Anda Terkejut Sebenarnya HAMKA Pernah Berniat Untuk Membunuh Diri. Kenapa?

$
0
0
--

Mungkin tidak terfikir oleh seorang Muslim bahawa Ulama Besar akan membunuh diri tetapi inilah yang hampir dilakukan oleh Buya Hamka yang bukan sahaja tersohor sebagai pengarang dan pujangga dengan buku-buku dan novel yang hebat tetapi juga sebagai ahli falsafah Islam.

Beliau hampir melakukan ini semasa tahanan polis Indonesia  ketika konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia. Buya Hamka disyaki sebagai ejen Malaysia.

Dalam masa yang sama anasir-anasir Indonesia di Malaysia yang menyokong konfrantasi telah di tahan di bawah ISA. (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

Dari cerita yang saya dengar sendiri dari tahanan politik kedua belah pihak, baik di Indonesia atau di Malaysia, cara interrogation polis ini sama sahaja. Tak tahulah mungkin sekarang lebih moden tekniknya atau lebih sophisticated.

Sejak sebelum merdeka, Pak Hamka telah mendekati hati sanubari orang Melayu Malaya dengan novel-novelnya seperti di Bawah Lindungan Kaabah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

di bawah lindugan kaabah

Klik di sini untuk membeli Di Bawah Lindungan Ka'abah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Kedua novel ini yang diangkat menjadi filem setelah kematiannya masih mampu menggegarkan perasaan rindu kasih suci abadi di kalangan penonton yang telah melampaui zaman tradisi dengan berbagai kekangan  adat budaya dan agama.

Selepas merdeka, barulah rakyat Malaysia lebih mengenalinya sebagai seorang ulama yang memukau dengan syarahannya di RTM dan juga buku-buku agama dan tafsir Al-Qurannya, Tafsir Al-Azhar.

tafsir al-azhar

Klik di sini untuk membeli

Bagaimanapun banyak yang tidak tahu bahawa Pak Hamka telah di tahan selama 27 bulan dari tahun 1964 semasa konfrantasi Indonesia kerana dituduh menjadi ejen Malaysia dan beliau hampir membunuh diri kerana penghinaan yang dilakukan terhadapnya oleh Polis Indonesia dalam masa interogation.

Beliau tidak dapat menerima tuduhan menjadi sebagai pengkhianat bangsa dan catitan ringkas mengenai tahanan ini di bawah tajuk "Cetusan Hatiku" terdapat sebagai tambahan kepada bukunya Tasauf Moden yang secara ringkas menceritakan bagaimana beliau mengatasi hasutan syaitan untuknya membunuh diri.

asawuf moden

Klik disini untuk membuat pembelian buku Tasawuf Moden

Buku Tasauf Moden adalah kompilasi dari tulisannya dalam majalah "Pedoman Masyarakat" yang dipimpinnya ketika di Medan dan diterbitkan dalam bentuk buku bagi pertama kalinya pada tahun kelahiran saya 1939.

Pak Hamka menceritakan bahwa beliau di tahan pada 12 Ramadhan 1385 bertepatan dengan 27 Januari 1964 dan dibawa ke Sukabumi dengan pemeriksaan (interrogation) yang tidak henti-henti, siang malam, pagi petang oleh pihak polis kecuali diwaktu sembahyang saja dengan menghadapi 1001 macam pertanyaan selama 15 hari 15 malam.

Kata Pak Hamka,

Disana sudah ditetapkan terlebih dahulu bahawa saya mesti bersalah. Meskipun kesalahan itu tidak ada, mesti diadakan sendiri. Kalau belum mengaku berbuat salah, jangan harap akan boleh tidur

Menurutnya disinilah pertama kali beliau mendengar  satu ucapan yang belum pernah didengarnya selama hidupnya. "Saudara pengkhianat,menjual negara kepada Malaysia"

Kelam pandangan Pak Hamka mendengar ucapan itu kerana dia adalah anak dari seorang Alim Besar yang dimanjakan oleh masyarakat dan "ucapan yang saya dengar  sejak kecil adalah ucapan kasih," katanya

Pak Hamka menyedari tujuan  polis untuk membangkitkan kemarahannya dan beliau tahu akibatnya jika melawan walaupun sudah berdiri kerana marah tetapi beliau sebaliknya  bersetuju  untuk membuat  suatu pengakuan untuk ditandatanganinya tetapi anggota polis itu mengulangi tuduhan "Memang saudara pengkhianat" dan pergi dari situ dengan menghempaskan pintu.

Di saat seperti itu,setelah beliau tinggal seorang dibilik tahanan, Pak Hamka menceritakan datanglah tetamu yang tidak diundang yang membisikkan kedalam hatinya  bahawa ada pisau kecil dalam simpanannya yang boleh digunakan untuk memotong urat nadinya yang boleh mematikannnya dengan segera.

Hampir satu jam Pak Hamka berperang hebat dalam batinnya, antara hasutan iblis dan iman yang telah berpuluh tahun memupuknya tetapi Alhamdulillah akhirnya imannya yang  menang.

Pak Hamka terfikir kalau membunuh diri kerana tidak tahan dengan penderitaan batin, pihak polis akan menyebarkan berita mengatakan dia berbuat demikian kerana mereka telah berjaya mendapat  bukti bahawa dia sebagai pengkhianat negara.

Maka hancurlah nama besar dan kemuliaan diri yang dibina sejak berpuluh tahun dengan modal penderitaan, keringat dan air matanya.

Dan orang akan berkata kembali kepadanya tentang Tasauf Moden, Pak Hamka  menyeru orang agar bersabar, tabah dan teguh hati bila menderita sesuatu percubaan.

Kata orang lagi,

Orang yang membaca bukunya itu selamat kerana nasihatnya Pak Hamka, sedang dirinya sendiri memilih jalan yang sesat. Pembaca bukunya masuk syurga kerana bimbingannya dan dia di akhir hayatnya memilih ke neraka

Atas kesedaran ini Pak Hamka membaca kembali bukunya itu Tasauf Moden disamping membaca Al-Quran.

Seorang kawan yang melawatnya bertanya, "Eh Pak Hamka sedang membaca karangan Pak Hamka sendiri?

Jawabnya, memang Hamka sedang memberikan nasihat kepada dirinya sendiri sesudah selalu memberi nasihat kepada orang lain. Dia hendak mencari ketenangan jiwa dengan buku in.

Saya juga telah berulang kali membaca buku ini.

Sebagai manusia kita akan menghadapi masa-masa yang menekan perasaan dengan sedih, rindu, muram, sepi, marah  dan sebagainya dan ketika itu saya kembali kepada Tasauf Moden kerana ia memberikan kesegaran jiwa dengan kata-kata yang bertenaga atas tafsiran kefahaman agama yang luas dan tidak doa semata.

Sumber: zamkata.blogspot.my

Viewing all 1410 articles
Browse latest View live