Quantcast
Channel: PTS - Berita
Viewing all 1410 articles
Browse latest View live

Pernah Dengar Tentang Raja Bersiong dari Negeri Kedah?

$
0
0
--

Cerita yang disampaikan kepada kita tentang Raja Bersiung adalah tentang Raja yang suka makan bersama darah manusia. Dalam setiap makanannya wajib diletakkan titik-titik darah supaya beliau berselera untuk menjamu makanan.

Raja Bersiung ialah nama gelaran bagi seorang Raja negeri Kedah yang berpusat di Lembah Bujang. Negeri Kedah pada masa ini adalah sebahagian dari Kerajaan Sriwijaya. Dikatakan nama sebenar baginda ialah Raja Ong Maha Perita Deria. Baginda merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa.

Dalam kisah rakyat yang tersampai kepada kita juga, beliau seorang Raja yang zalim dan ditakuti rakyat. Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negeri, akan ditangkap dan dipenjarakan atau dibunuh oleh pengawal atau panglima Raja Bersiong.

Adakah benar Raja Bersiung bersemayam di Bukit Choras, Guar di Kedah.

Muhd Nur Iman Ramli yang menulis buku Fail Sulit Presiden Amerika, Dracula vs Al-Fateh dan Presiden Trump Penjahanam Amerika, kini kembali dengan buku beliau yang ke-4 iaitu Raja Bersiong.

raja bersiong

Kami menjemput semua yang ingin mengetahui fakta-fakta berkenaan Raja Bersiong, ke acara Bicara Buku Raja Bersiong di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpu 2017. Pada 1 Mei 2017, pukul 11:00 pagi di Pavilion PTS, Dewan Tun Razak 4, tingkat 4, PWTC.

editor


Novel Anarkis Bawa Latar Peperangan Di Bosnia dan Konsep Militer

$
0
0
--

Novel ANARKIS dan Anarkis Bangkit yang ditulis oleh Tuan Khairul Nizam Khairani dan diterbitkan oleh Penerbit X telah mengangkat novel yang mengambil latar ketika peperangan di Bosnia yang berlaku pada tahun 1992-1995.

anarkis

Khairul Nizam Khairani memberitahu di acara Bicara Buku pada petang tadi di Pavilion PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 yang diadakan di PWTC.

Dalam acara itu beliau memberitahu, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu sebenarnya ketika peperangan di Bosnia berlaku, Malaysia adalah satu-satunya negara yang menghantar askar dan polis untuk bekerjasama membantu rakyat Bosnia.

penerbi x

Peperangan Bosnia yang bermula pada 6 April 1992 itu berlaku atas sebab peperangan etnik, agama dan kaum. Bukanlah seperti yang sering diberitahu iaitu Bosnia lawan Serbia. Tetapi sebenarnya antara Bosnia dan Herzegovina (Selatan Bosnia).

Sarjan Awai Anak Gamung adalah salah seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia yang ditugaskan di Bosnia di bawah misi IFOR. Kerana terlalu mengikut perasaan, Sarjan Awai telah bertindak di luar batasan dengan membunuh seorang jeneral pasukan tentera Serbia, Jeneral Revan Tanovic. Akibat diburu rasa bersalah atas tindakannya yang melampaui batas, Sarjan Awai telah meringkuk di dalam penjara di Croatia selamat lima tahun sebelum Angkatan Tentera Malaysia berjaya menemuinya dan membawanya pulang ke Malaysia. Namun dosa lampaunya masih terus memburu apabila kerajaan Britain menghantar wakilnya ke Malaysia iaitu Sir Anthony Morse dan ejen MI5, Andrew Doyle untuk menyiasat kematian salah seorang anggota skuad elit SAS British yang dipecayai maut akibat tindakan Sarjan Awai di Bosnia. - Sinopsis Novel ANARKIS

demi dara

Dato Abdul Rahim Awang, penulis novel Demi Dara dan Jin-Tina yang turut menjadi panelis di acara Bicara Buku tersebut menambah, Filem Black Hawk Down dari Hollywood juga tersilap memaparkan sejarah peperangan di Somalia.

Kata beliau, askar dalam filem itu sepatutnya adalah askar-askar dari Malaysia. Tambahnya lagi, banyak konflik dunia yang mempunyai penglibatan tentera Malaysia yang ramai orang tidak tahu.

Novel kedua Dato Abdul Rahim Awang, Demi Dara mula dijual di PBAKL 2017 sejak semalam. Ini adalah novel kedua beliau selepas 9 tahun menyepi dalam dunia penulisan dan industri buku negara. Novel pertama beliau bersama Penerbit-X adalah Jin-Tina yang diterbitkan di PBAKL 2016 tahun lalu di MAEPS Serdang.

Tidak Perlu Sewa Kereta lagi, Kini Anda Boleh Ronda Langkawi Dengan Menggunakan UBER

$
0
0
--

Bagi mereka yang datang ke Langkawi untuk bercuti dan malas untuk memandu, kini anda boleh menggunakan perkhidmatan UBER atau GRAB CAR untuk kemana-mana sahaja di Langkawi. Tidak perlu lagi untuk menyewa kereta.

Perkhidmatan UBER di langkawi baru sahaja bermula pada awal April lalu. Ini suatu berita baik kepada mereka yang sering bertandang ke Langkawi. Bagi anda yang datang bercuti secara berkumpulan, menggunakan UBER sebenarnya lebih jimat daripada menyewa kereta.

uber apps

Walaupun anda menginap di Kuah, pusat bandar Langkawi dan ingin mendapatkan ‘nightlife’ di Pantai Cenang. Harga sehala dari Kuah ke Cenang, lebih kurang RM 23 - RM25. Jika dibahagikan kepada lima orang, ianya jimat.

Jika anda seorang ‘backpacker solo’ tidak digalakkan untuk mengambil UBER. Lebih jimat untuk menyewa mana-mana skuter atau motosikal di sekitar Cenang. Jangan risau, berlambak yang membuat servis sewa motor dan skuter.

Selalunya mereka yang datang ke Langkawi secara ‘backpacker’ akan memilih untuk menginap di mana-mana sekitar Cenang kerana banyak pilihan hostel yang murah-murah. Tak kurang juga hotel-hotel mewah yang ada di sekitar. Ikut citarasa masing-masing.

cenang

Tapi, satu sahaja yang teruk di Cenang, iaitu harga makan minumnya. Sangat mahal jika dibandingkan dengan harga makan di Kuah, Padang Matsirat atau di beberapa kawasan lagi. Sebab utamanya kerana Cenang adalah kawasan fokus pelancong luar.

Golongan berkeluarga mungkin lebih memilih Kuah berbanding Cenang kerana Kuah lebih pilihan kedai makan yang murah dan sedap. Banyak juga kedai untuk membeli belah coklat dan segala barang dapur.

UBER lebih mudah dan lebih cepat untuk dapat di kawasan Cenang berbanding Kuah atau di beberapa tempat lain. Mungkin kerana Cenang lebih menjadi pusat tumpuan berbanding beberapa tempat lain.

eagle

Dalam peringkat awal UBER beroperasi di Langkawi, mereka banyak menawarkan insentif yang bagus kepada pemandu-pemandu UBER sebagai usaha dan promosi untuk menambah lebih banyak pemandu dan lebih kerap memandu.

Bermula pukul 8 hingga 10 pagi, untuk semua pemandu UBER yang memandu pada waktu ini akan diberikan maksimum keuntungan RM81. Maksudnya jika pemandu hanya berjaya dapat RM51, maka UBER akan membayar lagi RM 30 kepada pemandu.

Tetapi jika pemandu sudah berjaya mendapat keuntungan lebih RM81, UBER tidak akan membayar apa-apa. Manakala pada pukul 1 hingga 4 petang, maksimum keuntungan adalah RM150.

Kepada anda yang berminat untuk memulakan perkhidmatan UBER dan mendapat duit sampingan. Anda boleh membaca dan merujuk buku ini. Klik di sini untuk membeli buku ini.

uber

Anda Tidak Boleh Terlepas Untuk Menonton Filem Gifted di Panggung Wayang Sekarang!

$
0
0
--

Gifted mula ditayang di seluruh panggung wayang Malaysia bermula 27 April 2017 lalu. Kisah Mary yang mempunyai bakat istimewa dalam matematik, dilakonkan oleh Mckenna Grace. Beliau dijaga oleh pak ciknya, Frank (lakonan Chris Evans) di sebuah kampung kecil berdekatan Tampa, Florida.

Paling dramatis dan meninggalkan kesan, ketika perebutan hak penjagaan keatas Mary antara Frank dan Ibunya. Frank tidak mahu Mary terjerumus seperti Ibu Mary yang sudah mati dan tidak mendapatkan pilihan hidup yang bebas. Tetapi Ibu Frank, nenek kepada Mary mahu yang sebaliknya.

mary

Kisah ini memberi tamparan kepada semua penonton tentang isu-isu pendidkan, keluarga dan bagaimana kanak-kanak harus dibesarkan. Pendidikan tidak harus menjadi sesuatu yang memberi tekanan untuk sesiapa sahaja dan kanak-kanak (yang bijak sekalipun) perlu mempunyai kawan sebaya mereka dan menjalani kehidupan seperti anak-anak biasa yang lain untuk bermain.

nenek

Gifted membawa plot yang sangat mudah untuk difahami tetapi mengangkat isi yang berat untuk disampaikan. Bagi saya Marc Webb (pengarah filem) berjaya untuk menyampaikan apa yang dihasratkan. Ramai pembuat filem bersetuju bahawa fielm tidak semestinya mempunyai ‘messages’. Bagi mereka bercerita adalah perkara yang lebih penting dan ini kerja pengarah untuk menjayakan agar cerita disampaikan dengan sebaik mungkin.

director

Ini beberapa komen yang boleh kami kongsikan di sini;

twit

tweet

tweet

3 Aktiviti Ini Wajib Anda Lakukan di Langkawi

$
0
0
--

Sebut sahaja Langkawi, kita akan terbayangkan pemandangan laut yang cantik, gunung ganang dan bukit bukau. Langkawi disebutkan juga sebagai ‘Permata Kedah’. Kalau anda ke Pantai Cenang, ada terpampang besar tertulis “Langkawi Permata Kedah”.

langkawi permata kdah

Langkawi sering dikaitkan namanya dari Langkasuka. Ada beberapa sumber sejarah yang mengesahkannya seperti satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M). Hal ini ada benarnya. Kita tidak boleh menolak bahawa dahulu ada satu dinasti yang digelar Langkasuka. Malah Kedah sendiri pernah mempunyai kerajaan paling tua iaitu pada Era Kedah Tua.

Nama Langkawi yang berasal dari dua sebutan iaitu ‘Helang’ dan ‘Kawi’ juga boleh diterima. Kedah sebenarnya sebuah negeri yang kaya sejarah dan kaya sumber alam. Boleh dikatakan, jika mahu mendekati alam (nature look) anda perlu memilih Kedah sebagai destinasinya.

Malah sejarah Raja Bersiong juga dikaitkan dengan Kedah. Anda boleh membaca sejarah Raja Bersiong di dalam buku ini. Buku ini baru sahaja diterbitkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 baru-baru ini.

Raja bersiong

Baiklah, kita letak tepi dulu pasal sejarah, jom kita lihat apakah 3 aktiviti yang wajib anda buat bila sampai di Langkawi.

1. Cable Car

Pemandangan Langkawi dan Laut Andaman dari puncak Gunung Mat Chincang sangatlah mempesonakan. Seperti anda berada pada alam lain yang berbeza. Untuk sampai di puncak anda hanya boleh menaiki Cable Car dengan harga RM40 untuk rakyat Malaysia dewasa.

cable car

Harga ini termasuk sekali dalam pakej lawatan ke Muzium 3D, Sky Trex dan Sky Dome. Dari bandar Kuah Langkawi untuk sampai ke Cable Car, ia mengambil masa lebih kurang 30 minit.

2. Magrove Tour

kilim geopark

Magrove Tour adalah lawatan yang membelah laut dan melalui beberapa pulau untuk merasai dan melihat keindahan alam yang masih terjaga. Ia dipanggil Kilim Geoforest Park. Ia akan melalui Pulau Dangli, Hutan Paya Bakau, Gua Kelawar, Ladang Ikan, Kilim Geopark, Kawasan Helang dan menyusuri gua buaya.

3. Island Hoping

Kepada yang minat snorkling atau scuba, Langkawi adalah antara tempat pilihan antara yang terbaik, selain dari Pulau Perhentian di Terengganu dan Beberapa Pulau di Sabah. Anda patut untuk mencubanya sekali jika tidak pernah membuat Island hoping.

scuba

Masih banyak aktiviti yang boleh anda buat di Langkawi yang ‘sunat-sunat’, tapi 3 aktiviti ini adalah aktiviti wajib yang anda patut buat bila sampai di Langkawi.

Tepuk-Tepuk, Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu, Baling Ular, Tidak Membina Jati Diri - Matltuhfi

$
0
0
--

Matltuhfi dalam buku terbarunya Alegori Rumah Api, ada menulis satu bab mengenai Kem Jati Diri. Beliau mengkritik kem-kem jati diri yang membawa permainan seperti Menyanyi Negaraku sambil tarik tali bendera yang tak wujud, bercakap dengan batu, bawa bola pingpong dalam sudu dan tarian haka.

Kata Matluthfi, Permainan-permainan picisan seperti ini sering ditempek-tempek dengan pengajaran hidup. Beliau tidak dapat menerima kenapa masih ada orang yang mempertahankan benda-benda bodoh sebegini.

buku mat

Tambah beliau lagi, jati diri dibentuk melalui pembacaan, renungan, perbincangan dan perdebatan bukannya dengan perkara picisan seperti itu. Perkara-perkara seperti debat dan perbincangan adalah yang real, yang benar-benar mengubah diri seseorang.

Kes yang paling terbaru adalah kes membaling ular kepada murid-murid perempuan sekolah rendah. Kes ini memberikan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Masing-masing ada pandangan dan hujah sendiri. Tetapi ini hujah Matltuhfi,

“Sejak bila mencampak ular boleh membentuk jati diri orang? Kali terakhir, berlaku kepada ahli-ahli sihir belaan Firaun yang sedang berhadapan dengan Nabi Musa a.s. Itu pun ular mukjizat, bukan ular biasa-biasa."

mat

Alegori Rumah Api adalah buku ke-empat Matltuhfi yang memuatkan 38 buah tulisan multigenre – cerpen, artikel,alegori, esei dan coretan pengalaman. Kebanyakannya ditulis sepanjang tahun 2016 dan selebihnya pada tahun 2017. Buku ini dilancarkan di PWTC baru-baru ini sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.

iklan produk

Tun-M Pernah Sumbat Anwar ke Penjara, Kini Jadi Hero Bebaskan Anwar. Doa Fadzil Noor Makbul?

$
0
0
--

Sabtu lalu, Tun-M yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun, menandatangani petisyen untuk membebaskan Anwar Ibrahim  ketika hadir pada Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ke-12.

Ramai yang menyifatkan tindakan Tun-M menandatangani petisyen bagi pembebasan Anwar, yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan meliwat, sebagai lebih bermotifkan kepentingan politik semata-mata.

anwar - tun

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ramai yang menganggap bekas perdana menteri itu 'menganiaya' timbalannya ketika beliau berkuasa.

"Kini apabila beliau berada di luar kekuasaan dan pembasuhan dosa ini mahu dilakukan, maka beliau mengambil langkah untuk tandatangan petisyen berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kembara Media Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Kita juga mungkin masih ingat, Allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor mendoakan supaya umur Tun-M dipanjangkan oleh Allah supaya Tun-M dengan sendirinya dapat melihat kerosakan yang telah dilakukannya sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Apa pun yang Tun-M sedang lakukan sekarang nuansanya tetap bersifat politik. Kenyataan ini tidak dapat kita elakkan kerana keterlibatan Tun-M dengan Parti BERSATU.

MENARIK: Komen Orang Ramai Tentang Buku Tun-M

buku tun M

Tetapi ada sesuatu yang sangat menarik mengenai cara pandang Tun-M dan kerja-kerja politik antarabangsa yang telah beliau lakukan semasa hayat 22 tahun pemerintahannya, ini kita tidak boleh tolak.

Dalam buku Tun-M: Inilah Perjuangannya, beliau ada menitipkan sesuatu yang penting untuk kita,

"Kalau kita tak sedar lagi tak tahulah. Kita buat Wilayah Iskandar, nak bagi orang Singapura semua masuk kat situ? Orang Melayu berapa ramai yang boleh duduk di sana? Kalau orang Cina dari Singapura datang nak beli tanah yang berharga seratus ribu seekar dengan harga satu juga, apa yang kita boleh buat. Kita juallah tanah kita tu dan kita pergi duduk tepi hutan. Lama-lama kita terus masuk dalam hutan."

Klik di sini untuk beli buku dengan lebih jimat.

MENARIK: Apa Perjuangan Tun-M yang Sebenar?

Golongan LGBT Perlu Dirawat?

$
0
0
--

Semalam, Taiwan menjadi negara di Asia yang pertama meluluskan perkahwinan sejenis.

6 hari lalu, pihak pengurusan Tailor’s University Subang Jaya membatalkan acara Taylor’s Pride Week. Program yang bertemakan “Courage in the Face of Adversity” yang dianjurkan oleh kumpulan pelajar Tailor’s University yang diberi nama Pride Not Justice.

Mereka bersimpati dengan ketidakadilan sosial terhadap kumpulan LGBT. Acara ini  sepatutnya berlangsung bermula 17 Mei 2017 lalu sempena Hari Menentang Homophobia, Transphobia dan Biphobia Antarabangsa. Pembatalan itu dibuat kerana tarikh acara yang kebetulan berlaku pada awal bulan Ramadan.

love

PELANGI Campaign (Campaign for Equality and Human Rights Initiative) antara salah satu organisasi di Malaysia berasa kesal dengan pembatalan acara Tylor’s Pride Week.

Kami kesal dengan Universiti Taylor yang memutuskan untuk meletakkan kepentingan perniagaannya lebih daripada melindungi kebebasan akademik dan integriti, serta berdiri teguh untuk autonomi pelajar dan kakitangannya.

Universiti harus menjadi ruang untuk wacana produktif dan kritikal, di mana isu-isu import kepada masyarakat boleh bebas dibincangkan dan dibahaskan. Ia adalah melalui penglibatan dalam dan minat yang mendalam dalam menangani kompleks, isu-isu sensitif yang walaupun belia boleh menjadi pemangkin untuk perubahan.

Khairul Anwar Ismail dalam bukunya Suami Gay, Isteri Mak Nyah: Nafsu Songsang Terlaknat memberitahu, kumpulan LGBT ini perlu dirawat, supaya mereka kembali kepada fitrah.

Kumpulan LGBT Perlu Dirawat

Khairul adalah peguam bela & peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya dan juga peguam syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

suami gay

Beliau menulis buku Suami Gay Isteri Mak Nyah: Nafsu Songsang Terlaknat pada tahun 2015 sebaik sahaja Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan rayuan tiga orang ‘mak andam’ yang mencabar Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan.

Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan memperuntukkan perbuatan seorang lelaki berpakaian seperti wanita sebagai satu kesalahan jenayah syariah.

MENARIK: Budaya LGBT Semakin Menular

Klik di sini untuk membeli buku dengan harga murah

khairul anwar

Tambah Khairul lagi, Faktor yang menyebabkan golongan LGBT ini semakin berani menzahirkan kesongsangan mereka dan menuntut hak-hak kebebasan dan persamaan berpunca daripada kumpulan-kumpulan aktivis hak asasi yang tidak jujur dalam perjuangan mereka. Beliau tidak mahu golongan LGBT terus hanyut dalam dunia fantasi ciptaan para aktivis LGBT.

Berbeza pula dengan pandangan seorang graduan lulusan jurusan Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ahmad Salami yang dilaporkan oleh FMT. Beliau menyeru agar

Terwujud wacana segar mengenai LGBT daripada para Ulama.

Kata beliau, sayang apabila dalam isu khilaf lain diraikan dan dipromosi tentang keterbukaan serta kepelbagaian pemikiran sebagai bukti kayanya khazanah umat Islam dalam naratifnya, tetapi gagal dibuka ruang perbincangan ini (LGBT) dalam dunia ledakan maklumat semasa.


Ibu, Kenapa Nama Saya Hafiz?

$
0
0
--

Suatu hari, seorang anak kecil bertanya pada ibunya, “Ibu, ibu. Kenapa nama abang, Hafiz? Kenapa nama adik-adik pun ada Hafiz? ”

Soalan anak kecil itu disambut dengan senyuman yang paling manis. Diusapnya ubun-ubun anaknya yang sulung sambil berkata, “Abang, ayah namakan semua anak-anaknya dengan nama Hafiz. Mudah-mudahan, anak-anak ibu dan ayah semua ini dapat menjadi seorang ‘Hafiz’. Panggilan untuk orang-orang yang menghafal Al Quran.”

budak tahfiz

kredit foto: www.kosmo.com.my

Begitulah hasrat setiap ibu dan bapa kepada anak-anak mereka. Sentiasa inginkan yang terbaik. Sayang mereka bukan sahaja di dunia, jauh hingga ke akhirat sana. Ini situasi pertama.

Situasi kedua adalah ibu bapa yang melihat sekolah tahfiz sebagai penyelamat bagi mereka. Bagi ibu bapa yang mendapati anak mereka bermasalah samada masalah sikap atau lemah dalam akademik, mereka merasakan sekolah tahfiz adalah pilihan yang terbaik. Mereka menganggap dengan menghantar anak ke sekolah tahfiz dapat mengubah kenakalan anak mereka agar menjadi ‘orang’.

serban

kredit foto: islamiceducation.my

Situasi ketiga adalah situasi terakhir yang jarang kita jumpa di mana ibu bapa yang memiliki anak yang mahu menjadi seorang hafiz atas kehendak anak itu sendiri. Maka beruntunglah ibu bapa tersebut. Pasti kesedaran ini lahir dari didikan ibu bapa atau sesuatu yang menjadi inspirasi bagi insan pilihan ini.

Tiga situasi ini sebenarnya hadir dengan matlamat yang sama iaitu menjadi seorang ‘hafiz’.

Begitu juga dengan kisah seorang pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, yang menjadi viral selepas dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz di Johor. Seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan adik Thaqif namun Allah lebih mencintainya.

Pemergiannya ditangisi, dan catatan terakhirnya menyentuh hati sesiapa yang membacanya. Impiannya ingin menjadi seorang hafiz. Ternyata, walaupun hasrat belum terlaksana, keisitimewaan beliau di sisi Allah terbukti dengan jenazah yang masih elok ketika digali semula bagi tujuan siasatan.

komik misi budak tahfiz

Klik di sini untuk membeli komik Misi Budak Tahfiz dengan harga menarik!

MENARIK: Kandungan Komik Yang Bagus Mampu Bertahan di Pasaran

MENARIK: Anda mungkin rasa Komik Ini biasa, Tapi bagi saya, Sentap habis

Komik ini menyimpan jawapan bagi semua kisah di atas. Komik Misi Budak Tahfiz mengangkat isu ini dengan cara yang sangat santai. Konflik dalaman seorang pelajar tahfiz telah membuatkan beliau sedar bahawa tahfiz bukanlah tempat ‘pelupusan sampah’ tetapi adalah tempat untuk menarik mereka ke syurga!

Turut dimuatkan adab semasa membaca dan menghafal Al Quran serta kaedah bagaimana pelajar tahfiz menghafal Al Quran. Di samping itu, terdapat satu hadis yang membuat kita tersentap, sabda Rasulullah,

“Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya maka kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu melebihi sinaran cahaya matahari.”

Ini antara fadhilat yang dijanjikan Allah bagi mereka yang menghafal Al Quran.

2 hari lagi seluruh umat Islam akan menikmati kehadiran bulan di mana Al quran diturunkan. Sambutlah Ramadhan kali ini dengan menjadikan Al Quran sebagai ‘smart phone’ kalian! #KitaBersaudara

Ucapan Seorang Lelaki Miskin di Bulan Ramadan ini Membuatkan Rasulullah SAW Tersenyum

$
0
0
--

Dalam satu hadis,

Abu Al-Yaman menyampaikan kepada kami, Syu’aib mengkhabarkan kepada kami daripada Az-Zuhri, beliau berkata, Humaid bin `Abdur Rahman mengkhabarkan kepadaku bahawa Abu Hurairah r.a. Berkata:

“Sewaktu kami duduk bersama di sisi Nabi saw, tiba-tiba datang seorang lelaki berkata, ‘Wahai Rasulullah, musnahlah (habislah) aku’.

Baginda saw bertanya, Mengapa dengan kamu ini?

Jawabnya, Aku sudah melakukan persetubuhan dengan isteriku sedangkan aku berpuasa, (dalam satu laporan lain pada bulan Ramadan).

Nabi saw bertanya, Apakah kamu memiliki hamba untuk dimerdekakan?

Jawabnya, Tidak ada.

Baginda bertanya, Apakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?

Jawabnya, Tidak.

Baginda bertanya lagi, Adakah kamu memiliki makanan untuk diberikan kepada 60 orang fakir miskin?

Jawabnya, Tidak.

Lalu Nabi saw diam sebentar.

Sewaktu kami duduk dalam keadaan itu, datang seseorang membawakan kepada Nabi saw suatu bekas yang penuh di dalamnya dengan buah kurma.

Baginda bertanya, Di manakah orang yang bertanya tadi?

Jawabnya, Saya.

Baginda menyatakan, Ambillah tamar ini dan bersedekahlah dengannya.

Kata lelaki itu, Apakah untuk orang yang lebih fakir daripadaku wahai Rasulullah? Demi Allah tidak ada orang yang duduk di antara dua gunung ini (yang dimaksudkan adalah Madinah) keluarganya yang lebih fakir daripada keluargaku.

Lalu Nabi saw ketawa sehingga nampak gigi geraham Baginda.

Baginda menyatakan, Berilah makan kepada ahli keluargamu.

40 kisah

Hadis ini dipetik dari buku 40 Kisah Yang Membuatkan Nabi Ketawa Berdasarkan Hadith Sahih, tulisan Mustafar Mohd Suki. Hadith ini menceritakan kepada kita tentang persoalan kafarah (denda) yang diwajibkan kepada suami yang bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadan.

Klik di sini untuk membeli buku ini sempena Ramadan Special

Mustafa Mohd Suki menulis, di akhir hadith menunjukkan bahawa lelaki itu bukanlah berniat membuat Nabi tertawa mahupun bergelak gembira. Tetapi hakikatnya dia memang seorang yang miskin dan tidak mampu melangsaikan kafarahnya.

Ramadhan Memupuk Persaudaraan #KitaBersaudara

$
0
0
--

Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan digandakan ganjaran segala amal ibadah kita. Ramadhan juga adalah bulan untuk kita berpuasa. Bukan sahaja berpuasa daripada makan dan minum tetapi juga berpuasa dari segala perkara yang membatalkan puasa dan yang boleh mengurangkan amal pahala kita.

ramadan poster

Tahun ini, 1438H / 2017 kita dipanjangkan umur lagi oleh Allah swt untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia. Mari sama-sama kita menjadikan bulan Ramadhan kali ini sebagai titik mula kita untuk berubah menjadi seorang hamba yang lebih bersyukur atas nikmat-nikmat yang diberikan oleh-Nya selama ini.

Mari sama-sama kita menjadikan bulan Ramadhan ini untuk lebih lagi membantu golongan miskin, anak yatim dan mereka yang lemah. Seperti firman Allah swt dalam surah Al-Maa`uun (Barang-barang untuk menolong)

Tahukah engkau, siapakah orang yang mendustakan agama? (1) Itulah orang yang menolakkan anak yatim (2) Dan tidak mengajak atas memberi makan orang miskin (3) Maka kecelakaan akan didapati oleh orang-orang yang solat (4) Iaitu mereka yang dalam solatnya lalai (5) Orang-orang yang riak (6) Dan menghalangi akan memberikan sembarang pertolongan (7).

tafsir 30

HAMKA menulis tafsir untuk ayat ini seperti berikut,

Dengan ayat ini jelaslah bahawa kita sesama Muslim, terutama yang sekeluarga dan yang sejiran, ajak-mengajak, galak-menggalakkan, supaya menolong anak yatim dan fakir miskin itu; menjadi perasaan bersama, menjadi budi pekerti yang umum.

HAMKA menambah lagi, beliau memetik dari Az-Zamakhsyari yang menulis dalam tafsirnya, tentang apa sebab orang-orang yang menolakkan anak yatim dan tidak mengajak memberi makan fakir miskin dikatakan mendustakan agama.

“Orang ini nyata mendustakan agama, kerana dalam sikap dan laku perangainya dia mempertunjukkan bahawa dia tidak percaya inti agama yang sejati, iaitu orang yang menolong sesamanya yang lemah akan diberi pahala dan ganjaran mulia oleh Allah. Sebab itu dia tidak mahu berbuat maaruf dan sampai hati menyakiti orang yang lemah."

#KitaBersaudara

ucapan selamat

Pelaburan Dengan Untung Kaw-Kaw? Hati-hati, Ini Mungkin Perangkap Scammers!

$
0
0
--

Anda ditawarkan untung pelaburan melebihi 15% setahun beserta pujukan-pujukan halus dalam bentuk Vellfire atau banglo sebiji? Wow! Siapa yang tak tergoda? But be extra careful, it is most likely a scam!

Mula-mula mereka akan minta bayaran keahlian. Kadang dapat juga produk jualan sebagai starter pack. Kemudian bermulalah episod mencari downline atau kena kerah jual barang.

Barang kena jual pun bukan calang-calang. Bayangkanlah kadang boleh cecah 5 angka, tapi nak buat macam mana lagi, tak jual tak dapat balik modal!

Untung-untung, dapatlah anda jadi jutawan sementara. Ini kalau anda jenis upline yang gigih cari mangsa yang lain. Kalau anda jenis yang pasif dan tak berjaya approach orang lain untuk join sekaki bisnes tersebut, haa, masa ni lah masalah akan timbul.

Duit modal puluhan ribu yang anda pinjam lagi banyak lebur daripada dapat balik. Tinggallah anda terkontang-kanting dengan barang jualan. Sudahlah berhutang sana-sini, menanggung malu nak jumpa orang tu janganlah cerita.

Banyak dah bisnes yang kantoi akhirnya dan perlu berdepan dengan pihak berkuasa. Takyah fikir jauh-jauh, cuba Google isu syarikat ARBA dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sudah-sudahlah terpedaya dengan terma-terma islamik yang indah khabar dari rupa. Acah-acah saja semua tu!

Tu baru satu. Jangan lupa cuba juga riki-riki apa yang jadi dengan skim Alfafa, Zenit Gold dan lain-lain. Siap ada yang dah masuk watchlist Bank Negara Malaysia (BNM). *gulp

Kantoi-kantoi pun, kadang mereka ini setakat didenda berapa puluh ribu ringgit, memang lolos juga akhirnya. Ada juga yang guna khidmat peguam hebat. Senang cerita, kalau ada duit banyak benda boleh buat.

Golongan scammers ni memang lambat nak serik. Sekali kantoi, mereka akan muncul lagi dengan taktik-taktik lain. Memang hidup atas duit orang lain. Terutama kalau anda termasuk dalam golongan dibawah:

1. Golongan middle class (gaji dalam 2-7k, selalu pening-pening fikir keperluan hidup)  

2. Government servant (jeng jeng jeng, jangan terkejut sebab anda antara golongan senang buat pinjaman peribadi).

So, lepas ni kalau rasa nak buat pelaburan dalam bisnes begini untuk masa hadapan (janganla serik pula, bukan semua MLM berdosa), apa nak kena buat? Dicadangkan anda consider tiga poin utama ni:

1. Apa produk atau tawaran yang dioffer?

2. Berapa pula harganya? Masuk akal atau tidak?

3. Anda perlu atau tidak produk ini?

tersontot

Kami harap anda tak ikut tersontot di pintu shorga.

Senarai tips dah bagi banyak dah kat atas tu.

Tinggal nak praktikkan je.

Baik lagi kalau anda dapatkan terus buku Tuan Afyan Mat Rawi. Isi dalam tu lagi padu!

Bertangan Dan Berkaki Kecil, Penerima Anugerah Khas OKU Kongsi Tips Bangkit Dari Kegagalan

$
0
0
--

Pertama kali melihat beliau, terasa kagum mengetahui bahawa beliau merupakan penerima Anugerah Khas OKU bagi kategori Usahawan bersempena Hari Anugerah OKU peringkat kebangsaan bagi tahun 2014.

Bayangkan sahaja, kita yang cukup sifat ini pun jarang menerima apa-apa anugerah. Inikan pula anugerah diperingkat kebangsaan. Wah! Ini betul-betul satu pembakar semangat.

sukur ibrahim

Dalam perkongsiannya, Sukur berkata bahawa cabaran terbesarnya adalah dalam mengatasi sifat malu terhadap diri sendiri. Memang tak tergambar rasa malu beliau jika sampai pernah menyorok bawah katil, dalam kotak sehingga ke bawah tudung saji!

Mujur dari sini, ayah beliau bertindak proaktif dengan mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah program Pemulihan Dalam Komuniti. Disinilah kehidupan beliau berubah 180 darjah.

Walaupun tidak semudah orang lain, Sukur berjaya belajar menguruskan hidup sendiri dan melayakkan dirinya menerima pendidikan formal. Jangan main-main kerana beliau sering mendapat tempat pertama di sekolah, dan pernah juga menjadi ahli jawatankuasa surau semasa pengajian di pengajian pra-universiti selain mewakili universiti ke luar negara. Fuh, memang mengagumkan betul.

sukur dan heliza

Namun begitu, beliau pernah juga gagal dalam tiga bisnes besar, Sukur optimis melihat semua yang pernah dilaluinya sebagai ruang belajar. "Ambil apa yang baik dan belajar daripadanya", "Pilih untuk bahagia dengan cara sendiri" serta "Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain" adalah antara falsafah yang dipegang beliau.

"Pilih untuk bahagia dengan cara sendiri"

Ditanya berkenaan pandangan beliau tentang stigma negatif masyarakat terhadap golongan OKU terutama bagi yang terlibat dengan pekerjaan meminta sedekah, dengan nada kesal beliau tidak menafikan pernyataan tersebut sama sekali.

Namun beliau turut menjelaskan bahawa tidak kurang ramai juga dalam kalangan OKU masa kini yang berjaya atas usaha masing-masing. Ruang dan peluang yang diberikan daripada masyarakat sangat membantu golongan ini untuk membuktikan kemampuan diri.  

buku sukur

Terkesima seketika bila membelek buku Inspirasi Sukur. Banyak gambar kejayaan beliau yang bukan calang-calang. Ada gambar-gambar dengan orang kenamaan seperti menteri, selebriti dan atlet serta gambar berprogram di peringkat antarabangsa dan ada juga ketika  menjelajah dunia!

Klik di sini untuk membeli buku Sukur Ibrahim dengan tawaran istimewa

sukur ibrahim

Semua kejayaan ini tidak akan datang tanpa sokongan padu daripada kedua ibu bapa beliau. Bagi yang memiliki anak atau ahli keluarga  yang kurang upaya, ini nasihat beliau untuk anda:

1. Selalu ingat bahawa tiada siapa yang minta untuk ia jadi begini. Anda adalah insan pilihan Tuhan.

2.  Latih mereka untuk mampu hidup sendiri dan berdikari.

3. Jangan putus asa mendidik mereka. Jangan, jangan dan jangan.

"Saya sudah menjadi tembikar. Saya terhasil daripada pembakaran yang lama". Terdiam sejenak. Adatnya orang yang berjaya adalah orang yang sabar dibakar cabaran. Lantas kita bagaimana?

Lihat Apa Kata Mentee Pengasas ABS Ini Tentang Psikologi Orang Bisnes Yang Berjaya

$
0
0
--

Memulakan bisnes kecil dengan simpanan RM40,000 setelah berhenti kerja.

Tiga bulan pertama, semuanya masih dalam kawalan.

Tiga bulan seterusnya, pekerja mula berhenti bekerja

Genap setahun, wang dalam bank hanya tinggal RM27 untuk menanggung seluruh ahli keluarga.

Inilah dunia bisnes.

Lambungan ombaknya boleh membawa maut.

Ada yang berjaya, ada yang gagal. Namun tiada yang tidak merasa peritnya melalui fasa-fasa mendebarkan jiwa seperti kehabisan wang atau ditipu rakan kongsi.

Di saat genting sebegini, apa yang boleh dilakukan untuk tetap waras?

Menurut Tuan Yusry Yusopp dan Tuan Zusuff Kan, adalah bijak untuk sentiasa menguruskan motivasi diri dan juga bakat yang ada dengan baik.

Setiap perkara datang dengan kelebihan dan kekurangan, dan semua ini menguntungkan jika kita belajar menerima dengan baik. Hal in penting lebih-lebih lagi bagi seorang ketua yang berperanan untuk membawa pasukan lebih jauh ke hadapan.

Beri ruang pada diri dan orang lain untuk membuat kesilapan, dan belajar daripadanya.

Pengurusan ini terutama sekali penting bagi mereka yang terlibat dalam kerjaya berbentuk freelancer atau free-agent.

Meskipun kadang dilaung sebagai pahlawan tanpa raja, bisnes yang dijangka akan lebih banyak mendominasi ekonomi pada masa hadapan ini memerlukan individu yang memiliki gaya berfikir yang berbeza daripada gaya mereka yang bekerja makan gaji.

Bayangkan sahaja bekerja tanpa ofis, tanpa rakan sekerja tetap, serta perlu sentiasa mampu menyesuaikan diri mengikut projek dan permintaan semasa, sudah semestinya individu sebegini perlu memiliki konsep diri dan kemahiran interpersonal yang teguh.

memulakan bisnes sendiri

Klik di sini untuk membeli buku Memulakan Bisnes Sendiri dengan tawaran diskaun berganda

Adakah anda merasakan memiliki karakter hebat orang-orang bisnes? Tunggu dulu sehingga anda mencuba sendiri sebuah ujian personaliti yang dinamakan ujian gula-gula getah oleh Walter Mischel (juga dikenali sebagai Marshmallow Test)

Jika anda memang mampu menangguh kepuasan untuk kejayaan yang lebih besar, tidak syak lagi, anda memang orang yang mampu berjaya.

Sikap ini sebenarnya dapat dilatih semenjak kecil lagi, agar ia menjadi kebiasaan yang baik dan menjadikan diri orang yang mampu bertabah dalam fasa membina siri-siri kejayaan kecil dalam perjalanan mencapai kejayaan yang lebih jauh.

Jadi tunggu apa lagi? Cabar diri anda untuk memiliki bisnes sendiri.

Tiada duit modal?

Belajarlah dari kisah Nabi Muhammad. Modal tidak semestinya dalam bentuk kebendaan. Modal intelektual dan bakat juga mampu digunakan asalkan anda bijak menjadikan masalah sebagai peluang untuk menawarkan penyelesaian.

Untuk lebih lanjut, sangat disarankan buku Psikologi Orang Berjaya karangan Puan Ainon Mohd, pengasas Ainon Bisnes School dengan moto, 'Membawakan Kebaikan'.

puan ainon

Lima Kepercayaan Orang Kita Di Bulan Puasa. Ini Apa Kata Doktor.

$
0
0
--

Lima Kepercayaan Orang Kita Di Bulan Puasa. Ini Apa Kata Doktor.

Lihat semua pesanan ini:

1. Jangan makan banyak jenis makanan, nanti kurang lama bertahan untuk puasa

2. Jangan mandi selepas makan, nanti perut akan membuncit

3. Jika perut berbunyi, itu tanda lapar

4. Jangan minum air berkarbonat semasa berbuka puasa, nanti buah pinggang akan rosak

5. Makan akan buat kita rasa penat dan mengantuk

Biasa dengar semua ini?

Jangan terkejut, semua yang di atas ini adalah tidak selari dengan fakta sains. Bahasa mudahnya, ianya adalah mitos!

Mitos-mitos ini banyak berakar-umbi daripada orang-orang lama. Oleh kerana mereka pada zaman dahulu mempunyai bahasa yang halus, pesanan serta peringatan mereka banyak berbentuk kiasan tetapi malangnya ia disalah erti oleh generasi masa kini.

Tambah parah bila ada mitos yang dikatakan bersandar pada budaya dan agama seperti yang mengatakan senggugut adalah kesan cakaran iblis. Kadang kerana enggan dikatakan menentang agama, kita memilih untuk terus percaya.

Sebenarnya kitaran mitos-mitos begini boleh dihentikan jika masyarakat lebih cakna dengan sumber fakta. Semak sumber yang diberikan dengan para ilmuwan atau orang yang pakar dalam bidang tersebut. Awas dan berhati-hatilah dengan skrip atau dialog yang berbunyi seperti ini:

"Kawan saya kata.."

"Menurut sebuah kajian dari negara Jepun.."

Anda mungkin tertanya-tanya, siapa selayaknya ditanya bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan sebegini. Bomohkah? Atau pegawai perubatan? Atau mungkin juga ustaz yang belajar bidang agama?

Yang mana pun pilihan anda, pastikan ianya pilihan yang tepat.

Bagi Dr. Khairul Hafidz yang banyak berkongsi tentang mitos-mitos perubatan dalam buku Pena & Picagari, jika beliau ingin membaiki kereta, adalah lebih meyakinkan jika kereta dihantar ke bengkel dengan mekanik yang dipercayai berbanding dibawa berjumpa pawang kereta. Analogi yang bijak bukan?

Selamat berpuasa tanpa dibelenggu mitos-mitos palsu lagi!

Klik disini untuk membeli buku Pena & Picagari dengan tawaran diskaun berganda

Pena & Picagari


Suka Makanan Barat Yang Murah Tapi Sedap? Ini Untuk Anda.

$
0
0
--

Biasa makan makanan barat best-best kat mana bro?

Suka yang kat hotel lima bintang atau style tepi jalan?

Kalau suka makan ayam peri-peri atau lamb chop ala cowboy tapi masih ada rasa Asia, boleh cuba berkenalan dengan Chef Fendi Dapur Bujang.

chef fendi

Sekali tengok, orangnya nampak simple, tapi bila baca senarai menu dalam buku terbaru beliau, Menu Campak-Campak Makanan Barat, boleh tahan!

buku resipi

Klik di sini untuk membeli buku resipi Chef Fendi dengan harga istimewa

Menahan air liur juga membayangkan Risotto Barli, Pasta Arabiata dan Spageti Aglio Olio. Sesekali tukar daripada makan nasi kepada karbohidrat dari kumpulan bijirin begini apa salahnya kan.

Bagi yang suka protein dengan sentuhan baru, resipi Lamb Chop Mudah, Roma Meatball dan Ayam Peri-Peri mesti dicuba. Jimat dah lepas ni boleh makan Nando's hari-hari di rumah.

kuih

Suka makan wedges ala-ala KFC? Boleh cuba belek halaman 32 sehingga 35, ada tertulis resipi Colourful Chips and Cheezy Sauce serta Cheezy Wedges. Memang sangat sesuai bagi kanak-kanak yang kadang kurang gemar dengan sayur-sayuran, warna-warni dari Colourful Chips pasti menambat hati mereka.

Rata-rata setiap resipi menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Yang agak unik pun mungkin daun Bay dan serbuk cajun, keduanya boleh didapati daripada pasaraya besar.

Tak cukup hanya resipi, gambar makanan juga disertakan dalam buku resipi ini. Gambar pun boleh tahan menarik, memanggil-manggil rasanya. Bulan puasa ini memang menggugat iman sedikit, sabar ya. 

mash potato

Haa, bagi yang nak lihat sendiri aksi lincah Chef Fendi memasak Mash Potato Sos Daging, boleh tonton rakaman Facebook Live dari page rasmi Facebook PTS. Bahan pun tak banyak, kalau dah ada di dapur,boleh terus masak.

  • Daging kisar

  • Kentang

  • Bawang Holland

  • Mentega

  • Kicap manis

  • Sos tiram

  • Sos tomato

  • Serbuk lada hitam

  • Tepung jagung

  • Air

  • Minyak zaitun

  • Garam dan gula

Jika rasa tak cukup menonton hanya satu aksi memasak beliau, cuba tontoni beliau di Youtube. Bukan calang-calang Chef Fendi ini sebenarnya. Dikenali penonton saluran televisyen serta internet.

Haa, ini pula tips untuk memasak nanti. Kalau ada bahan dengan sukatan 'agak-agak', jangan panik pula. Letak sahaja ikut kata hati. Orang kata terkurang lebih baik daripada terlebih. Bab ni memang tak dapat dinafikan, Gordon Ramsay pun pening kepala.

Selamat memasak!

Perkhidmatan E-book di Korea oleh Ridibooks Skor $20 juta Untuk Siri C

$
0
0
--

Walaupun jualan e-book mungkin merosot di Amerika Syarikat dan UK, tetapi di Korea Selatan, orang ramai masih menikmati bahan bacaan dalam bentuk digital berbanding bentuk cetakan. jualan e-book sana semakin bertambah setiap tahun, sebahagiannya didorong oleh populariti komik web. Ridibooks, yang mendakwa mereka sebagai penyedia e-book terbesar di Korea, telah meningkatkan $20 juta dari Siri C untuk mengambil kesempatan daripada pasaran yang semakin berkembang.

Pelabur yang bersaing bersama termasuklah Praxis Capital Partners, ShinHan Finance Investment, dan Company K Partners. Modal dari kerajaan akan diberikan untuk meningkatkan pengalaman pengguna produk Ridibooks seperti Ridibooks - kedai buku utama, e-reader - yang dipanggil Ridipaper dan Ridistory. Platform ini dilancarkan pada bulan Januari untuk novel bersiri dan komik web.

books korea

TaeWoo Kim, pengurus perniagaan Ridibooks berkata jualan e-book di Korea semakin meningkat kira-kira 25 peratus kepada 30 peratus setiap tahun. Ridistory dilancarkan sebagai tindak balas kepada permintaan pengguna untuk novel bersiri dan komik web. Novel paling adalah sebuah novel percintaan yang bertajuk  "Under the Oak Tree," telah dibaca satu juta pembaca.

Ridibooks mendapat keuntungan $50 juta dalam pendapatan tahun lepas dan kini mempunyai lebih daripada 2.5 juta pengguna yang telah memuat turun sejumlah 175 juta e-books. kedai-kedai yang mempunyai 784,000 tajuk daripada 2000 penerbit. Bersama-sama dengan pusingan sebelum ini, termasuk $8 juta Siri B ditutup pada akhir 2014, Ridibooks telah membuat keuntungan $35 juta setakat ini.

Sumber: https://techcrunch.com/

Apa Yang Anda Perlu Tahu Pasca BREXIT dan Pilihanraya United Kingdom Baru-Baru Ini

$
0
0
--

Ketika keputusan referendum European Union (EU) keluar, ramai anak muda di United Kingdom (UK) mengeluh dan kecewa dengan hasil undian tersebut. UK keluar daripada EU dan anak mudalah yang akan menanggung kesannya dalam tempoh jangka masa panjang.

Manakala golongan tua yang bersifat 'nasionalis' UK, anti imigran dan yang bersungguh mahu menjaga 'kepentingan' UK berpuas hati dengan hasil referendum tersebut. Perjuangan sekian lama hendak menyelamatkan UK telah tercapai dan bagi mereka (golongan tua) akhirnya UK akan kembali berdaulat sendirian tanpa menyertai EU.

brexit

Kesungguhan hendak keluar daripada EU (dahulunya EC, European Communities) bukanlah baru bahkan sejak awal lagi. UK menyertai EC sekitar 1973 kemudian pada 1975 sudah ada referendum samada untuk kekal atau keluar daripada EC.

Hampir setiap sela dekad bermula 70an sehinnga 90an ada sahaja usaha mengadvokasi rakyat untuk keluar daripada EU. Antara yang paling kuat adalah kelompok kesatuan pekerja (trade union).

Kemasukan UK ke EU membuatkan pasaran kerja semakin terbuka dan saingan dengan warga lokal semakin sengit. Dahulunya warga UK perlu bersaing sesama sendiri, kemudian terpaksa bersaing dengan kemasukan rakyat negara lain yang juga ahli EU, bebas bergerak dan berkerja dalam negara-negara EU. Mana-mana negara pun akan mengalami kesan sebegini.

Kita andaikan ASEAN berfungsi seperti EU maka mana-mana negara pun akan mengalami kesan yang sama seperti UK (dan mana-mana negara dalam EU sekalipun).

Misalnya, rakyat Malaysia bebas bekerja di mana-mana negara ASEAN tanpa permit, bebas bergerak tanpa sekatan imigresen yang ketat, membeli kediaman dan menetap di mana-mana dalam negara kesatuan bahkan berkahwin seperti European citizen & British Citizen. Hendak melancong pun senang, borderless travel.

Namun kesan negatifnya, tiada lagi hak ekslusif dan persaingan semakin sengit. Atau dengan bahasa mudah: perniagaan dan ekonomi diragut oleh warga serantau bukan lagi dikuasai sepenuhnya warga lokal.

Namun, dalam tempoh jangka panjang. Kesan EU telah mengambil alih terhadap landskap UK, butang reset seperti BREXIT sebenarnya membawa lebih banyak malapetaka kepada golongan muda yang sudah terbiasa dan bersedia untuk berhadapan dengan suasana EU.

UK

Bagi golongan tua, BREXIT adalah jalan mengembalikan UK yang berdaulat dan kukuh sendiri, tetapi bagi golongan muda BREXIT telah mencabut pelbagai keistimewaan dan kebiasaan dalam kehidupan seorang European Citizen.

Walaupun BREXIT ini lebih banyak positifnya kepada golongan muda, namun mereka tiada hak untuk menyalahkan golongan tua yang telah mengundi dan membuat keputusan untuk keluar daripada EU.

Salah golongan muda sendiri yang tidak turun mengundi dan meletakkan nasib mereka ditangan orang tua. Golongan tua hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat dan menunaikan haknya dalam sebuah proses demokrasi.

uk

Mereka berhak menyatakan pendirian dan kepercayaan mereka dalam referendum tersebut. Orang muda yang galak menentang dan kecewa pula, tidak peduli dan tidak turun mengundi hasil tangan-tangan yang tidak berbuat apa-apa.

Hanya 36% pengundi muda berumur 18-24 tahun yang turun mengundi manakal lagi 64% tidak peduli untuk turun menyatakan pendirian mereka dalam hal BREXIT. Keseluruahnnya, 51.9% bersetuju dengan BREXIT manakala 48.1% tidak bersetuju, hanya perbezaan yang kecil sahaja. Perbezaan antara keduanya sekitar 1,269,501 undi.

Anggaran kepada populasi yang berumur 20-25 tahun pada tahun 2015 di UK  sekitar 3,806,471 dan hanya 492,306 yang daftar mengundi untuk pemilihan tersebut. Bayangkan kalau golongan muda cakna dan peduli sekurang-kurangnya untuk nasib dan masa depan mereka sendiri, hasil kepada referendum BREXIT tidaklah seperti yang diketahui hari ini.

david

Setelah keputusan BREXIT diumumkan, David Cameron meletakkan jawatan sebagai Perdana menteri UK seterusnya diganti oleh Theresa May. Bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai perdana menteri yang baru, awal Jun ini Theresa May membuat snap election supaya beliau mendapat majoriti dan mandat yang lebih besar.

Namun keputusannya tak seperti yang dijangka, sehingga parlimen tergantung. Tiada parti yang berjaya mendapat undian majoriti. Theresa May pernah berkata sebelum pilihanraya bahawa, jika Parti Konservatif kalah 6 kerusi itu sudahpun dikira sebagai kekalahan besar, namun selepas pilihanraya hasilnya? Mereka hilang 13 kerusi, daripada 330 kerusi menjadi 317.

theresa may

Pilihanraya yang sepatutnya menguatkan kuku Theresa May akhirnya bertukar menjadi malapetaka bahkan menumpulkan kuku sedia ada.

Selepas dinilai apa yang berlaku, rupanya anak muda UK mengambil iktibar daripada BREXIT. Mereka turun mengundi dan terpengaruh dengan persona Jeremy Corbyn. Kempen politik Jeremy Corbyn (Labor Party) This election is all about you menarik sokongan orang muda dan juga memberi pilihan alternatif selain daripada agenda Theresa May daripada Parti Konservatif.

jeremy

Kemarahan dan kekecewaan orang muda ketika BREXIT dialihkan sepenuhnya pada pilihanraya umum UK pada awal Jun lalu. Mereka yang kecewa dengan sendiri kerana tidak peduli pada kali pertama (refenderum BREXIT) dan marah kepada golongan tua yang meragut masa depan mereka akhirnya memilih untuk peduli dan ‘membalas dendam’ kali ini.

Landskap politik UK berubah dan figur Jeremy Corbyn menjadi simbol harapan kepada orang muda.

Apa yang kita dapat daripada Jeremy Corbyn dan BREXIT adalah, orang muda punya kuasa untuk merubah negara. Jangan kita menjadi seperti orang muda di UK apabila keputusan referendum BREXIT keluar, meratap dan kecewa akibat ketidakpedulian diri sendiri.

Jadilah seperti anak muda pasca BREXIT, mereka belajar daripada kesilapan dan kekecewaan dan percaya satu undi mereka itu cukup berkuasa untuk menggugat kuasa autoriti.

young UK

Kini disebabkan Parti Konservatif tidak mendapat undian majoriti yang besar maka Theresa May perlu memberi perhatian juga kepada kehendak kelompok yang hampir menumbangkan Parti konservatif dalam perundingan BREXIT akan datang.

Theresa May tidak boleh membuat keputusan sesuka hati dan mengikut kehendak partinya sahaja, kerana mereka bukanlah mewakili sekurang-kurangnya 2/3 rakyat UK

Anak muda Malaysia, sudah daftar mengundi? Jangan lupa betapa mahalnya walaupun satu undi anak muda itu. Kalau bukan anak muda Malaysia yang menentukan nasib negara ini, siapa lagi?

Wallahualam.

Sains Palsu. Anda Pasti Anda Tidak Terlibat?

$
0
0
--

"Dengar kata baby awak kuning, dah cuba guna belimbing buluh macam kat Facebook tu?"

"Mari beli foot detox. Tak mahal Puan. Boleh buang toksin dari dalam badan!"

"Lihat testimoni pesakit resdung ini. Ulat resdung pun akan keluar dari hidung bila Encik gunakan produk ini."

Statement di atas banyak kedengaran hari ini. Jika bukan daripada lidah penjual-penjual ubat di tepi jalan, pasti viral di Facebook atau Instagram. Dalam majalah dan akhbar picisan pula memang bersepah sejak zaman dahulu lagi.

viral

Persoalannya, adakah semua ini terbukti berkesan dan benar-benar mampu merawat penyakit?

Kadang-kadang dakwaan yang disebarkan sangat tidak boleh diterima akal, namun masih ada yang terpedaya.

Lebih malang lagi, bagi yang memilih untuk membeli 'produk ajaib' yang didakwa mampu menyembuhkan 1001 penyakit kronik.

Dek kerana terdesak, pesakit sanggup mengeluarkan nilai duit yang lebih mahal daripada biasa. Semua ini demi sebuah harapan untuk sembuh daripada penyakit.

sick

Akhirnya pesakit disahkan semakin tenat oleh pihak hospital walaupun sudah banyak mengambil 'ubat ajaib'. Penjual pula mula menjauhkan diri usai habis menangguk di air keruh.

Belum habis disitu, viral juga dakwaan-dakwaan yang seperti berikut:

"Jika mahu berdiet, harus mengikut jenis darah kita"

"Jika anak berdarah O, sedangkan suami berdarah A dan isteri berdarah B, itu tandanya isteri curang"

"Jika mahukan anak berkulit putih, banyakkan minum air soya"

Daripada satu WhatsApp group ke satu lagi group ia dikongsikan. Kitarannya tidak berhenti. Kadang bila diselidik, ianya tidak lebih daripada mesej lama yang dikitar semula.

Paling menyedihkan, sikap masyarakat kita yang kurang gemar membuat semakan sebelum berkongsi dengan orang lain. Akibatnya, ramai yang percaya pada perkara-perkara yang bercanggah dan karut.

Mungkin sudah tiba masanya kita membuka mata. Beritahu pada saudara-mara terutama mereka yang di kampung atau yang kurang akses pada pihak berautoriti. Sudah-sudahlah tertipu, menipu atau ditipu.

root of science

Klik di sini untuk membeli buku ini dengan harga terbaik

BACA: 5 Mitos Perubatan Yang Sebenarnya Salah

Rujuklah mereka yang pakar dan ahli dalam bidang tersebut. Jika soal perubatan, doktorlah pakarnya. Jika soal  ubat-ubatan, farmasis dan ahli kimialah pakarnya.

Takkan soalan berkaitan kereta kita tanyakan pada tukang paip pula kan? Nanti lain pula jadinya.

Marilah berfikir panjang sebelum tertipu lagi.

Buku Untuk Mereka Yang Gemar Makan Ayam Tapi Buntu Asyik Masak Resipi Yang Sama.

$
0
0
--

Ada sebuah buku mini yang sesuai untuk mereka yang mengumpul resipi masakan ayam. Terutama bagi yang gemarkan resipi dengan bahan yang mudah dan murah. Ala-ala bujang gitu.

Buku Menu Campak-Campak Ayam oleh Chef Fendi  pasti tidak akan mengecewakan anda.

 fendi

Menggunakan hashtag #menubajet, #menusihat, dan #menubujang, buku ini memang sesuai bagi orang yang gemarkan masakan yang santai tetapi pasti menjadi.

Bagi yang sukakan masakan Malaysian-all-time-favorite, saya sangat menyarankan resipi Ayam Masak Merah Bujang, Ayam Kicap Bujang dan Ayam Kurma Bujang untuk dicuba. Orang baru belajar memasak pun mesti boleh dapat lima bintang!

Bagi yang gemarkan masakan tradisional yang jarang-jarang dimasak orang, jangan terkejut sebab resipi Ayam Percik Ibu pun ada dalam buku ini. Lepas ni tak perlu lagi tunggu pasar malam, boleh buat sendiri saja.

Ada juga resipi ayam moden bagi yang nak bertukar selera. Ayam Bakar Barat, Chicken Boxing dan Ayam Pan Grill sesuai dibuat surprise hari jadi untuk yang tersayang. Nak buat makan candle light dinner pun okay sangat.

 ayam

Jika anda mahukan rasa antarabangsa, cuba resipi Ayam Kra Pow. Pedas-pedas daripada cili api dengan rasa daun selasih Thailand akan membawa anda terbang jauh ke negara gajah putih. Katanya menu ini selalu dijual di dalam keretapi disana.

Senarai resipi yang disediakan bukan hanya sesuai untuk masakan harian. Ada juga yang cocok bagi majlis keramaian seperti Sate Ayam & Kuah Kacang. Wah, memang tak perlu pening lagi mahu fikirkan menu!

Semuanya didatangkan dalam buku mini ini beserta ilustrasi dan tips masakan yang sangat praktikal. 30 resipi untuk RM6.50 pastinya sangat berbaloi.

menu campak

Klik di sini untuk membeli buku resipi dengan harga yang sangat berbaloi

Baca: Suka Makanan Barat Yang Mudah dan Sedap? Ini Untuk Anda

Bagi yang belum mengenali Chef Fendi, beliau dahulunya pernah turut sama berentap dalam gelanggang Raja Lawak dan juga Master Chef. Bakat memasak beliau yang sangat menonjol membawa dirinya menjadi chef selebriti di televisyen serta internet.

Teringin melihat sendiri Chef Fendi beraksi di dapur? Tonton sahaja beliau di Youtube. Pasti anda terhibur!

Viewing all 1410 articles
Browse latest View live