Quantcast
Channel: PTS - Berita
Viewing all 1410 articles
Browse latest View live

Drama Melayu PERLU LOGIK Guna Alat Perubatan - Dr. Khairul Hafidz

$
0
0
--

Saya banyak menerima komentar tentang penggunaan alat perubatan dan terma medikal. Saya perhatikan, banyak kesalahan prosedur dan alatan serta bahasa dalam drama di Malaysia.

a

Perlu faham bahawa pengaruh media dan drama sangat kuat dalam kalangan masyarakat, dan itu yang bahaya. Orang ramai secara tidak sedar akan pecaya yang mereka lihat, dan akhirnya menjadi kesukaran buat staf kesihatan mengubah persepsi masyarakat.

Pengarah drama dan filem perlu lebih teliti dan melakukan kajian terlebih dahulu sebelum memulakan penggambaran.

Saya fikir perlu ada kerjasama antara staf perubatan dengan orang drama/filem supaya kesalahan ini tidak berulang lagi. Biar belanja lebih, asalkan filem dan kita terjaga dan mempunyai kualiti yang setimpal.

s

Penggunaan alatan perubatan dalam drama dan filem sebenarnya tidak terlalu sukar. Bagi saya apa yang penting adalah biar nampak logik.

Contohnya, cervical collar dipakai di leher untuk pesakit trauma yang baru sahaja kemalangan jalan raya. Pesakit mengalami kecederaan kepala, dan kita takut pesakit mengalami kecederaan di bahagian tulang leher (cervical injury). Janganlah kita pakai cervical collar itu di bahagian muka. Daripada bentuk sahaja pun kita tahu ia direka khas untuk bahagian leher.

f

Benar, bajet drama dan filem tidak banyak, tetapi dengan saranan pakar ataupun sedikit ilmu, segala peralatan dan prosedur dapt kita sesuaikan dengan scene drama ataupun filem dan bajet yang tersedia.

Yang penting, biar nampak logik.

*Nota Editor, Buku pertama Dr. Khairul Hafidz iaitu Pena & Picagari akan diadakan Majlis Pelancaran & Forum pada 25 Februari 2017 di Sunway Putra Mall (Level 5) sempena MABOPA Bookfest. Semua pembaca dijemput hadir. Ada hadiah 5 buah buku percuma bersama tote bag untuk mereka yang hadir ke Majlis Pelancaran ini nanti.

pena & picagari


Kenapa Perlu Belajar Falsafah?

$
0
0
--

Pernah tak lihat, baca atau mungkin terdengar beza perilaku akhlak penduduk Jepun dengan penduduk Malaysia? Bagaimana kepatuhan mereka pada masa?

Atau mungkin biasa juga kita dengar perbandingan antara negara Singapura dan Malaysia dalam sudut penjagaan kebersihan atau pematuhan undang-undang?

Mengapa dua kelompok manusia, di dua negara berbeza boleh mempunyai dua sikap berbeza? Adakah faktor pemakanan yang menjadikan rakyat Malaysia sukar menepati waktu berbanding rakyat Jepun?

Adakah faktor geografi yang menjadikan rakyat Malaysia suka buang sampah merata-rata berbanding rakyat Singapura?

Pastinya faktor kesedaran yang membezakan. Tetapi kesedaran itu datangnya dari mana? Salah satu punca kesedaran yang besar lahirnya dari proses berfikir yang mendalam terhadap sesuatu perkara.

Berfikir secara mendalam untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, untuk membawa dan mengangkat nilai manusia ke satu tahap yang lebih tinggi. Inilah pentingnya memahami falsafah.

Telah berlalu sebelum kita, ribuan pemikir dari segenap benua dan tamadun, mereka mencari dan mencari kebenaran, memprotes sesebuah kebenaran lama dengan penemuan kebenaran baru dan hasilnya terbinanya tamadun yang maju kerana sering memperbaiki kesedaran diri dari masa ke semasa.

Ramai dikalangan kita tahu sampah perlu dibuang ke tong sampah, atau jalanraya bukan tempat untuk membuang sampah. Tetapi tidak semua orang yang tahu itu mempunyai kesedaran.

Falsafah mengajak kita berfikir dalam tiap tindakan yang kita buat apakah ia betul atau salah, jika betul mengapa, jika salah mengapa. Jika betul bagaimana dapat diajar pada yang lain, jika salah apakah solusi mengatasinya.

Kalau ada yang rasa membaca falsafah itu berat atau yang baru nak start berjinak-jinak dengan falsafah. Anda boleh mulakan dengan membaca buku tulisan Matluthfi ni, Kisah 25 Filsuf Barat.

kisah 25 filsuf barat

Klik di sini untuk membeli atau whatsapp 011-55467212

MENARIK: Kenapa Matluthfi Tulis Buku ini?

Ahli-ahli falsafah dalam buku Kisah 25 Filsuf Barat ini dibincangkan dengan cukup padat, diselitkan humor dan dianyam dengan rapi untuk memancing minat terutama bagi mereka yang seperti saya - dalam kalangan masyarakat yang kerap disuap, kurang berfikir, hanya membaca bahan bacaan zon selesa dan baru nak acah-acah kenali falsafah.

Cuma pesanan saya, baca dan berfikirlah apa yang kita baca dalam buku ini. Biarlah tiap helaian yang diselak itu memberikan satu makna tambahan baru buat diri kita. Apa perlunya tergesa-gesa menyudahkan bacaan tanpa merasai dan menghayati maksud sesebuah tulisan?

Ada mesej yang cuba disampaikan, dan mesej itu akan gagal ditemui bagi mereka yang tidak mengambil sedikit masa untuk merenung buku hebat ini.

MENARIK: Membaca Tanpa Amal Ibarat Sampah

Satu soalan akhir, kenapa begitu ramai selebriti internet yang baru muncul dan buat video entah hape-hape dan ada pula manusia yang buat video humor sarat mesej seperti Matluthfi?

Apa yang buatkan Matluthfi berlainan dengan mereka yang lain? Faktor pemakanankah? Faktor geografikah?

mat94

Cara Berkesan Mendidik Anak Tanpa Perlu Menghukum Dengan Kekerasan

$
0
0
--

Apabila soalan ini timbul dalam kumpulan, kami selalu bertanya, “Mengapa? Mengapa kita menghukum?” Berikut adalah antara jawapan yang diberikan oleh ibu bapa.

“Sekiranya kita tidak menghukum anak, mereka menjadi lebih teruk dan naik lemak.”

“Kalau saya tidak menghukum, bagaimana anak saya tahu yang dia buat salah dan berjanji tidak melakukannya lagi?”

“Saya hukum anak saya sebab itu sahaja cara yang dia faham.”

Dan apabila diminta supaya ibu bapa ingat kembali peraasaan mereka apabila mereka didenda, kamu mendapat maklumat berikut:

“Saya pernah benci pada ibu saya. Saya fikir, ‘Ibu saya macam raksasa.’ Dan kemudian saya rasa begitu bersalah.”

Saya pernah berangan yang saya jatuh sakit, biar ibu dan ayah saya rasa menyesal buat begitu pada saya.”

“Saya ingat lagi saya terfikir, ‘Ibu dan ayah memang kejam. Siap mereka. Esok saya mahu buat lagi, cuma yang pasti saya tidak tertangkap.”

Lebih banyak ibu bapa ini berkongsi, lebih banyak yang mereka sedari betapa hukuman ini berisiko mendatangkan rasa benci, dendam, ingkar, bersalah, ketidakjujuran, dan kasihan pada diri. Walau bagaimanapun, mereka tetap berasa bimbang.

“Kalau saya tidak menghukum, bukankah saya menjadikan anak saya besar kepala?”

“Saya takut hilang kunci terakhir untuk saya mengawal mereka. Nanti saya langsung tidak ada kuasa.”

buku

Klik di sini untuk membeli di Bookcafe.com.my

Kami bertanyakan Dr. Ginott, Pada tahap mana yang membolehkan kita menghukum anak yang mengabaikan dan melanggar arahan kita? Bukankah sepatutnya perlu ada akibat untuk anak yang berkelakuan tidak baik?”

Beliau menjawab, seorang anak memang ‘perlu’ mendapat balasan daripada kelakuan mereka yang tidak baik, namun bukan melalui hukuman. Beliau merasakan, tidak ada ruang untuk hukuman dalam hubungan yang penuh dengan kasih sayang.

Tambah beliau lagi, Kaedah menghukum anak ini sebenarnya tidak berfungsi. Kaedah ini sekadar mengalihkan perhatian. Anak hanya asyik berangan memikirkan cara untuk mereka membalas dendam, berbanding menyesali perbuatan mereka dan berfikir bagaimana untuk mereka berubah.

Dalam erti kata lain, dengan menghukum anak, kita sebenarnya menafikan proses dalaman yang paling penting untuk anak itu, dalam menghadapi kelakuan tidak baik mereka sendiri.

Mari kita saksikan antara cara mendidik anak dengan tepat tanpa menanam rasa benci dan dendam anak kepada kita.

1

2

3

4

5

*Nota Editor: Artikel ini disalin dari buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk. Buku ini ditulis oleh Adele Faber & Elaine Mazlish dan telah terjual melebihi 3 juta di Amerika. Kedua-dua penulis berguru dengan mendiang Dr. Haim Ginott seorang pakar psikologi kanak-kanak dan mereka juga adalah bekas ahli fakulti New Scholl for Social Research di New York dan Family Life Institute di University Long Island.

Buku Ini ‘Tampaq’ Hakak Berkali-Kali Sehingga Lebih Berhati-hati Dalam Percintaan

$
0
0
--

Hakak saja nak tulis pasal satu buku yang memang dah tampaq dan pukul Hakak. Bukan sekali tampaq, tapi berkali-kali! Serius! Akak baru habis baca buku He's Just Not That Into You. Hakak baca buku ni sampai lunyai. Siap boleh buat ceramah perdana lagi kat kawan-kawan lain. :p

Lepas baca buku ni, Hakak baru tersedaq yang selama ni Hakak banyak PERASAN. PERASAN tu bukan muncul dengan tiba-tiba, tapi datangnya hint-hint tu dari seorang lelaki dan bukan dalam masa yang singkat. Amik masa bertahun tau.

Ini 5 Sebab Hakak rasa ditampaq berkali-kali

💚 Buku ni didatangkan dengan 'alasan-alasan' yang wanita (kita) cipta sendiri untuk sedapkan hati apabila lelaki yang kita cintai tu tak hubungi, tetiba diam, jauhkan diri, banyak bagi alasan, susah nak jumpa dan bincang. Walhal hakikatnya lelaki tu boleh ja cakap dia tak sukakan kita. Dia hanya nak berkawan atau nak jadikan kita tempat singgah sementara. Tapi depa ni memang susahhhhhhhhhh sangat nak berterus terang. Konon nak jaga hati. Jaga hubungan. Sebenaqnya cara tu salah. Dan kita akan terus menerus PERASAN.

together

💚 Jawapan yang diberikan juga akan membuatkan kita diam dan berfikir sendiri. Banyak perbuatan lelaki yang kita salah paham maksud sebenaq. Malunyaaaaaaaa. 😥😥😥

💚 Buku ni jugak akan bantu kita untuk move on dari terus dibuai dengan rasa PERASAN. Move on dari terus berharap dengan orang yang tak sukakan kita pun.

💚 Secara automatik lepas baca buku ni, kita akan tahu untuk scan orang lelaki yang mana betul-betul cintakan kita dan mana yang hanya untuk menguji ataupun main-mainkan perasaan kita, ataupun hanya nak berkawan dengan kita.

💚 Buku ni akan bukak mata kita tentang apa yang pahit tapi benar tentang lelaki. Bukak mata yang he's just not that into you sister! Carilah lelaki yang betul-betul cintakan kita. Move on please!

love

Kepada kawan-kawan Hakak yang pernah ceritakan masalah dengan insan bernama lelaki, dan konpius dengan perasaan lelaki itu kat hampa, buku ni boleh menjawab. Serius! Buku ni betul-betul macam bercakap dengan Hakak.

Segala benda yang Hakak dok pikiaq dan masih tak dapat jawapan, akhirnya terungkai jugak. Semua benda yang pernah jadi kat Hakak dengan seorang insan bernama lelaki ni, muncul balik satu per satu. Fuhhhh..menggamit memori yang mencengkam jiwa sungguh! 😫😫😫

Terima kasih kepada lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidup saya. (Macam banyak sangat kannn) Terima kasih sebab berjaya buat saya PERASAN. Berjaya buat saya berfikir apa perasaan awak kepada saya.

couple

Berjaya buat saya senyum, nangis, tetiba masuk dalam mimpi, cipta alasan sendiri sebab nak sedapkan hati, kecewa, sedih, marah tetapi sebenarnya awak tak ada perasaan pun dekat saya. 😊

Hakak akan lebih berhati-hati lepas ni. Doakan Hakak kuat naaaaaa..

Artikel ini disalin dari facebook Amiratul Awatif Ghazali dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi PTS Media Group

Novel Sherlock Holmes Diterbitkan Semula dalam Bahasa Melayu oleh Penerbit-X

$
0
0
--

Sherlock Holmes merupakan seorang detektif fiksyen yang sangat terkenal dan menjadi inspirasi kepada banyak novel serta filem yang bertemakan dunia penyiasatan. Tanpa pengetahuan dan pembacaan yang baik, ada sesetengah yang menganggap bahawa detektif Scotland Yard ini adalah lagenda yang benar-benar wujud.

Kisah penyiasatan yang melibatkan pemerhatian, pengalaman deduktif dan juga sains menghidupkan lagi fiksyen ini sehingga wujud kekeliruan adakah kes-kes dalam fiksyen ini adalah kes sebenar atau pun sekadar novel penyiasatan biasa?

sherovck

Sir Arthur Conan Doyle menggarap kisah Sherlock Holmes dengan baik sekali dan ketika dua siri yang pertama ini diterbitkan, ia agak menggemparkan dunia penulisan kerana fiksyen jenis ini unik serta menampilkan fiksyen detektif yang menarik.

srir arthur conan doyle

Fiksyen detektif yang ditulis sekitar tahun 1880an ini sebenarnya mendahului zamannya. Kaedah deduksi dan penyiasatan sangat futuristik dan jauh dengan kaedah konvensional polis pada era itu.

Satu drama televisyen terbitan BBC yang mula ke udara pada tahun 2010 dengan tajuk Sherlock amat mencerminkan secara terus kepada penulisan Sir Arthur Conan Doyle. Cuma latar masanya telah ditukar, daripada London tahun 1800an kepada London 2000an.

sherlockBBC new

Bahkan episod pertama daripada musim pertama drama Sherloc mengisahkan permulaan pertemuan antara Sherlock dan Dr. Watson adalah sangat-sangat serupa dari novel.

Kali pertama membaca novel ini, terus dapat membayangkan Holmes yang dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch dan Martin Freeman sebagai Dr. Watson. Manakan tidak, kebanyakan episod Sherlock diambil secara terus daripada novel asal tanpa terlalu banyak olahan.

Ada satu filem lagi yang agak terkenal yang diarahkan oleh pengarah prolifik Guy Ritchie; Sherlock Holmes(2009) dan Sherlock Holmes: A Game of Shadows(2011). Keduanya dilakonkan oleh Robert Downey Jr sebagai Sherlock Holmes dan Jude Law sebagai Dr. Watson.

sherlock

Namun kedua filem ini tidak mengambil secara terus daripada novel tulisan Sir Arthur Conan Doyle. Ada banyak pertambahan, olahan serta beberapa siri novel dicampur dan diadun terus ke dalam dua filem tersebut.

Ia tetap filem yang baik namun untuk mendapatkan gambaran secara visual tentang sikap menjengkelkan tetapi genius si Sherlock dan juga hampir gaya pengkisahannya dengan karya asal, drama Sherlock(2010-2017) lebih memberikan gambaran yang lebih baik kepada bakal pembaca.

Sherlock Holmes: A Study In Scarlet

Novel yang pertama ‘A Study in Scarlet’ lebih menumpukan kepada pertemuan antara Dr Watson dan Sherlock. Naratif novel adalah dari sudut pandang Dr Watson sebagai narrator tetapi fokus wataknya kepada Sherlock. Novel debut ini bolehlah kita ibaratkan sebagai naskah pengenalan.

Pertemuan antara Dr Watson dan Sherlock menjadi titik temu kepada pengembaraan dunia penyiasatan mereka. Rumah sewa mereka di 221B Jalan Baker juga yang mulanya sekadar tempat mereka berkongsi rumah untuk menjimatkan wang sewa akhirnya menjadi pusat kepada aktiviti konsultansi detektif.

sherlock BBC

Dari situ juga bermulanya Dr Watson menulis dan merakamkan perjalanan penyiasatan duo mereka tanpa pengetahuan Sherlock pada awalnya. Inspektor Gregson dan Lestrade juga mula diperkenalkan dalam naskah pertama ini dan bakal menjadi watak-watak pembantu penting dalam naskah-naskah yang akan datang.

Di sebabkan novel ini klu utamanya melibatkan benang dan pelbagai klu-klu halus, kanta pembesar mula meresap masuk menjadi alat ikon kepada dunia penyiasatan.

Sherlock Holmes: The Sign of Four

Novel yang seterusnya bertajuk The Sign of Four mengisahkan tentang harta karun yang hilang ketika Pemberontakan India 1857.

Kisah ini jauh lebih kompleks berbanding novel yang pertama dan melibatkan empat pesalah yang mempunyai komplot bersama koruptor sang penjaga penjara.

Novel ini tidak berada dalam mod linear sebaliknya penuh teka teki ibarat keratan jigsaw yang bersepah.

Watak Mary Morstan diperkenalkan dalam novel ini dan kesnya disiasat oleh Sherlock dan Dr Watson. Kisah kehilangan ayah kepada Mary menjadi tanda tanya kerana wujud banyak kontradiksi dan menimbulkan banyak misteri untuk dirungkai.

Kes dalam novel kedua ini jauh lebih banyak perincian yang perlu difokuskan oleh pembaca.

Lebih merumitkan keadaan, novel ini ditulis pada sekitar tahun 1880 dan kadang-kadang agak sukar untuk membayangkan latar masa dan tempat akibat kita sudah berada di era 2000an dan juga suasana Asia dan Eropah jauh berbeza.

Namun, dengan pembacaan yang teliti tidak sepatutnya menjadi masalah untuk pembaca yang tekun meneliti penyiasatan mereka berdua.

Seperti yang diketahui dalam banyak olahan filem, drama dan tulisan-tulisan selepas Sir Arthur Conan Doyle, Mary dalam novel kedua ini adalah Mary Morstan yang kemudiannya berkahwin dengan Dr Watson lalu menjadi Mary Watson.

Sebenarnya, novel ini adalah salah satu bahan sejarah dalam penulisan kreatif dan merupakan pembuka kepada genre sains penyiasatan.

Karya ini jugalah yang banyak memberi pengaruh kepada karya-karya penyiasatan yang lain. Selain novel, filem dan drama, manga ataupun komik jepun serta adaptasi anime turut dipengaruhi gaya Sherlock.

Misalnya Detective Conan yang kita tahu gaya deduksinya diambil secara terus daripada gaya penyiasatan Sherlock Holmes. Bahkan nama Conan itu sendiri dipaparkan dalam manga bahawa diambil daripada nama penulis novel Sherlock Holmes iaitu Sir Arthur Conan Doyle.

buku

Klik di sini untuk membeli buku dengan tawaran diskaun berganda

Secara peribadi, novel lagenda ini ratingnya 10/10 selaku trend-setter dalam genre penyiasatan. Bagi peminat novel penyiasatan, rasanya tidak lengkap pembacaan tanpa membaca naskah lagenda ini.

Bagi yang baru-baru nak berjinak-jinak membaca genre ini, maka novel inilah selayaknya sebagai naskah pemula.

Tidak keterlaluan rasanya jika saya katakan, semua mahu jadi Sherlock Holmes selepas membaca novel ini. Semoga review tanpa spoiler ini membantu anda semua, selamat membaca!

Siapa Lelaki OKU Ini Sehingga Menjadi Viral?

$
0
0
--

Mohd Sukur Ibrahim adalah pemenang anugerah khas OKU dalam bidang usahawan sempena Hari OKU Peringkat Kebangsaan 2014. Beliau adalah seorang lelaki yang berjiwa besar dan mempunyai matlamat yang jelas tentang masa depannya.

Siapa sangka lelaki OKU ini mempunyai isteri yang sempurna dan mengusahakan sebuah syarikat membekal dan memasang karpet, D-Strike Solution.

sukur ibrahim

sukur ibrahim

 

Dalam hidup ini, tak ada benda yang senang Allah akan bagi. Kalau semuanya senang, semuanya kita akan dapat semudah ABC dan kita takkan pernah rasa indahnya bersabar dan manisnya Iman.

Sangka baik dan kentalkan diri.. Pegang satu kata yang Allah nak test sekejap je sebab Dia nak hadiahkan sesuatu dimasa akan datang. Dan hari itu kita pasti terkejut, jangan lupa ucap "Syukur Pada mu Ya Allah"

- Sukur Ibrahim, facebook

Selain itu beliau juga sering dijemput untuk menyampaikan ceramah motivasi.

motivasi

Perjalanan setiap kita berbeza-beza, 
Kemampuan kita juga tidak sama,
Mungkin mudah bagi kita, payah buat orang lain,

Kita tidak layak mengkritik setiap orang membuta tuli tapi kita boleh memberi suntikan motivasi buat semua orang sekeliling kita untuk terus bersyukur dengan yang kita miliki dan tabah dengan apa dugaan yang sedang dilalui.

Jika tidak mampu menolong, janganlah menyusahkan. 
Jika tiada daya untuk membantu, teruslah mendoakan.
Jika ada kuasa ditanganmu maka gunakanlah dengan penuh saksama.

- Sukur Ibrahim, facebook

Sukur

Mungkin masih ada sebahagian rakyat Malaysia yang memandang rendah kepada kemampuan golongan OKU, tetapi orang seperti Tuan Sukur sudah membuktikan semua rakyat Malaysia bahawa OKU juga boleh berjaya dengan berdiri sama tinggi dan berjalan sama langkah (pribahasa baru, haha).

sukur ibrahim

Selepas ini, buku beliau Takdir Itu Anugerah #OKUtapiOK akan diterbitkan oleh PTS Media Group dan akan dipasarkan di seluruh Malaysia.

Pembelian buku secara online dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei boleh dilakukan di www.bookcafe.com.my

sukur books

Cetakan Pertama Habis Terjual. Kenapa Buku Ini Sangat Laku Keras?

$
0
0
--

Buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk adalah karya terjemahan dari Scribner yang berpusat di New York. Buku ini ditulis oleh Adele Faber & Alaine Mazlish dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh Nora Herni Abd. Rahim

Ramai yang tertanya-tanya kenapa buku ini menjadi begitu laris? Jawapannya adalah kerana kandungan buku ini berbeza dengan kandungan buku-buku lain yang ada di pasaran buku Malaysia yang mengetengahkan aspek ‘parenting’.

Kebanyakan buku tentang parenting selalu bercakap mengenai hukuman bukan mengenai cara berkomunikasi dan berinteraksi.

Berbeza dengan How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk. Buku ini memberitahu kepada semua ibu bapa, mereka perlu berbeza di rumah.

promo

MENARIK: Cara Didik Anak Berkesan Tanpa Perlu Memukul Mereka

MENARIK: 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi

Ibu bapa sering menafikan perasaan dan pendapat anak-anak. Sebenarnya, hal ini akan cenderung mengelirukan dan membuatkan anak cepat marah dan berang dengan kita.

angry

Contoh penafian yang sering dilakukan oleh para ibu bapa kepada anak-anak mereka, adalah seperti ini:

“Mak lebih makan garam daripada kamu”

“Kamu  hanya cakap begitu sebab kamu tidak faham lagi erti kehidupan”

“Pergi buat kerja sekolah, kalau tidak belajar bersungguh, nanti besar hidup merempat”

Sedar atau tidak, sebenarnnya kenyataan-kenyataan sebegini menanam satu perasaan yang dalam dan dipendam oleh anak-anak. Untuk jangka masa yang panjang ia boleh menjadi sesuatu yang bakal mengejutkan kita.

Sebenarnya, buku ini diterbitkan pada tahun 1982 lagi dalam versi bahasa Inggeris dan diterbitkan semula dengan kulit buku baru yang anda pegang sekarang pada tahun 2012 sempena ulang tahun ke-30.

promo

Klik di sini untuk membeli buku ini dengan tawaran diskaun dari Bookcafe

Penulis buku ini, Adele Faber dan Elaine Mazlish adalah pakar antarabngsa terkemuka dalam bidang komunikasi antara orang dewasa dan kanak-kanak. Mereka berdua berjaya memenangi penghargaan ibu bapa dan pengiktirafan penuh dalam bidang ini.

Adele Faber merupakan merupakan graduan dari Queens College. sebelum memulakan kerjaya sebagai konsultan dalam bidang kekeluargaan, beliau bertugas sebagai guru di New York City High selama lapan tahun.

Elaine Mazlish merupakan graduan dari Universiti New York dalam bidang Sains. Selain menulis, beliau juga merupakan pengarah program kanak-kanak di Grosvenor House dan Lenox Hill Settlements.

Buku berjudul Sibling Without Rivalry dan How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk yang ditulis oleh mereka berdua terjual lebih 3 juta naskhah dan mendapat julukan 'The Parenting Bible'.

Hikmah Perjuangan Badiuzzaman Said Nursi di Turki

$
0
0
--

Semalam, 57 tahun yang lalu (23 Mac 1960), wafatnya seorang alim besar Turki bernama Bediüzzaman Said Nursi. Said Nursi bukan ulama yang sering disebut dan dirujuk oleh orang Malaysia, namun di Turki beliau merupakan tokoh teragung dalam sejarah moden Turki. Beliau merupakan 'anti-tesis' kepada Mustafa Kemal Ataturk.

Beliaulah yang berjaya memelihara cahaya Islam dalam masyarakat Turki tatkala diserang rancangan sekularisasi Ataturk. Tanpa perjuangan beliau, tidak mungkin Necmettin Erbakan, Recep Tayyip Erdoğan dan Fethullah Gülen mampu menjayakan perjuangan masing-masing.

erdogan

Said Nursi merupakan seorang Kurdi yang dilahirkan pada tahun 1878 di kampung Nurs, di timur Turki Uthmaniyyah. Pada usia muda Said Nursi telah menunjukkan kepintaran dalam ilmu agama dan mendapat gelaran Bediüzzaman (Keajaiban Zaman).

Beliau bercita-cita mengharmonikan Islam dan Sains melalui pendidikan, dan pada tahun 1908 beliau melawat Istanbul, ibu kota Turki Uthmaniyyah untuk mendapatkan sokongan Khalifah terhadap penubuhan universiti yang dicita-citakan oleh beliau.

Namun, Revolusi 'Young Turk' yang berlaku ketika itu telah menundakan hasratnya. Pada 31 Mac 1909, berlaku pula rampasan kuasa oleh 'Committee of Union and Progress' (CUP). CUP menuduh Said Nursi berkomplot untuk menggagalkan revolusi. Setelah disabitkan tidak bersalah, beliau kembali ke Kurdistan dan mengajar di Van.

Pada tahun 1914, Perang Dunia Pertama meletus, Turki Uthmaniyyah menyertai perang. Said Nursi turut berjuang mempertahankan tanah airnya daripada serangan Rusia. Beliau menjadi tawanan perang Rusia tetapi berjaya melepaskan diri dan kembali ke Istanbul pada 1918.

Ketika itu Turki berada di ambang kekalahan dan musuh-musuh Turki telah menakluki Istanbul, maka beliau menyertai Perang Kemerdekaan Turki yang dipimpin oleh Mustafa Kemal. Namun, lama-kelamaan, Said Nursi sedar bahawa beliau tidak sehaluan dengan Mustafa Kemal, maka beliau meminta diri dan kembali ke Van.

atartuk

Said Nursi teruskan mengajar di Van. Apabila Mustafa Kemal memansuhkan Khilafah pada 3 Mac 1924, ulama Kurdi bernama Sheikh Said telah mengisytiharkan jihad dan memberontak terhadap Ataturk. Sheikh Said mengajak Said Nursi untuk menyertainya.Said Nursi enggan.

Pemberontakan Sheikh Said gagal dan beliau dibunuh. Walaupun tidak terlibat dengan pemberontakan tersebut, kerajaan tetap membuang Said Nursi dari Van dan menghantar beliau ke Barla.

Ada dua sebab Said Nursi enggan menyertai pemberontakan Sheikh Said.

  1. Beliau melihat pemberontakan akan membuka pintu fitnah yang lebih besar. Ataturk zalim, namun hanya Ataturk sahaja yang mampu menstabilkan Turki ketika itu.
  2. Beliau tidak melihat masalah Turki akan selesai dengan menumbangkan Ataturk. Seorang Ataturk ditumbangkan, 10 orang Ataturk akan bangkit lagi. Punca masalah masyarakat Turki ketika itu ialah krisis intelektual dan spiritual, di mana pemikiran para penguasa dan intelektual telah dikuasai oleh saintisme dan positivisme yang diagung-agungkan sejak zaman pemerintahan CUP.

Kecelaruan pemikiran menyebabkan mereka tidak lagi mampu memahami hakikat, sehingga menimbulkan tanggapan 'Islam bertentangan dengan kemajuan'. Sekularisasi politik dapat dilaksanakan kerana pandangan dunia umat Turki telah pun berjaya 'disekularkan'.

Bagi Said Nursi, masalah ini perlu diselesai, dan ia tidak dapat diselesai dengan menegakkan semula Khilafah sekali pun. Jadi, beliau ingin mendidik generasi baru yang mampu membawa kemajuan dan pada masa yang sama berpegang kepada pedoman Kitabullāh. Beliau akan 'berjihad' melalui pen.

pen

Di Barla, Said Nursi memulakan perjuangan beliau. Beliau mengarang risalah-risalah kecil yang bernama 'Risalah Al-Nur' (Risale-i Nur). Melalui risalah-risalah ini, Said Nursi menerangkan kepada masyarakat Turki mengenai mesej tauhid dalam Al-Qur'ān.

Risalah ini diedarkan oleh murid-muridnya kepada masyarakat. Gerakan ini dikenali sebagai gerakan 'Nurculuk'.

Pada tahun 1934, Mustafa Kemal meraih kuasa mutlak dan diberi gelaran 'Ataturk' (Bapa Orang Turki). Gerakan 'Nurculuk' menjadi ancaman kepada kewibawaan Ataturk, maka pihak penguasa telah menangkap Said Nursi dan murid-muridnya pada tahun 1935.

Said Nursi dituduh berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan republik melalui penyebaran ajaran sesat. Dari tahun 1935 hingga 1951, berkali-kali Said Nursi dibicara, dipenjara, dikurung dan dibuang daerah. Malah ada percubaan untuk membunuh beliau melalui racun, namun beliau selamat dengan kehendak Allah. Malah Said Nursi hidup lebih lama berbanding Ataturk yang 3 tahun lebih muda dari beliau (Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938).

buku

Klik di sini untuk mendapatkan buku Badiuzzaman Said Nursi dengan tawaran diskaun berganda

Klik di sini untuk mendapatkan buku Said Nursi - Edisi Jimat

Pada tahun 1951, perdana menteri baru Turki iaitu Adnan Menderes telah memberi pengampunan kepada Said Nursi. Adnan Menderes memansuhkan undang-undang yang menyekat syiar Islam seperti larangan azan dalam Bahasa Arab dan membenarkan jemaat Islam bergiat, termasuk Nurculuk. Tindakan Adnan Menderes telah menyinggung golongan Kemalis yang berpegang kepada ajaran Ataturk.

Pada 27 Mei 1960 (dua bulan selepas Said Nursi wafat), tentera Kemalis telah melancarkan kudeta. Adnan Menderes diturunkan dari jawatannya dan digantung mati. Tentera Kemalis membongkar kubur Said Nursi dan membuang jenazahnya ke tempat yang tidak diketahui.

Namun ketika itu, akibat usaha Said Nursi, sinar Nur Islam tidak dapat dipadam lagi. Tidak lama lagi Kemalis terpaksa mengembalikan kuasa kepada rakyat dan parti-parti yang mempunyai agenda Islam seperti MNP pimpinan Erbakan berjaya mendapat kerusi dalam parlimen.

erbbakan

Tidak kira betapa teruk sekali seksaan yang diberikan kepada Said Nursi, beliau bersabar dan sentiasa memesan muridnya agar tidak mengangkat senjata, kerana Islam tidak mungkin ditegakkan melalui keganasan. Malah, keganasan akan memberi peluang kepada musuh untuk memfitnah mereka.

Mahkamah sentiasa menemui kesukaran untuk mensabitkan kesalahan Said Nursi kerana beliau bersih dari segala tuduhan jenayah berat. Said Nursi hanya dapat dipenjarakan dengan kesalahan-kesalahan remeh seperti menulis dalam abjad Arab (dilarang sejak tahun 1929) dan memakai serban (dilarang sejak tahun 1925).

Dikala umat Islam diuji dengan Islamophobia gara-gara tindakan melulu segelintir 'pejuang jihad', hikmah dan kesabaran dalam perjuangan Said Nursi perlu diteliti dan dihayati oleh kita semua.

said nursi

Dalam gambar: babak pertemuan antara Said Nursi dan Mustafa Kemal Ataturk dalam filem Hür Adam (2011) yang mengisahkan riwayat hidup Said Nursi.

Koleksi Risalah Al-Nur ada di sini: http://www.nur.gen.tr/en.html

Nota Editor: Tulisan ini ditulis oleh Ayman Rashdan Wong. Beliau adalah penulis bebas dan merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Beliau berharap, apa yang beliau tulis sekurang-kurangnya dapat memberi ilham kepada orang lain.

iklan


Kemeriahan Pesta Buku Kelantan 2017 Makin Terasa

$
0
0
--

KOTA BHARU: Kemeriahan Pesta Buku Kelantan 2017 makin terasa dan akan kembali lagi seperti tahun-tahun sebelum ini. Pastinya acara ini adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Kelantan dikalangan keluarga atau pihak sekolah untuk mendapatkan bahan bacaan yang bagus.

2 hari lagi acara raikan ilmu dan buku ini akan berlangsung. Bermula dari 5 April hingga 11 April 2017 dan dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI Kota Bharu.

dewan jubli perak

Pesta Buku Kelantan 2017 dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan & Pustaka dengan kerjasama SMO Bookstore, syarikat buku yang sudah bertapak berdekad lamanya di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Bagi pembaca buku tegar, sudah tentu akan tertunggu-tunggu penulis manakah yang akan hadir bagi memeriahkan acara Pesta Buku Kelantan pada kali ini.

Penulis novel sejarah Islam, Abdul Latip Talib akan berada di Pesta Buku Kelantan pada 7 April ini (jumaat) pada pukul 3 petang. Kepada semua peminat sejarah, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan beliau.

pak latip

Selain itu, penulis buku I’m A Backpacker Europe dan Germany, buku Mentaliti Jamban, Khairul Abdullah akan hadir juga bertemu pembaca di Kelantan pada 7 April 2017 pada pukul 10.30 pagi.

smo  bookstore

Ramai lagi dikalangan penulis-penulis terkemuka yang akan hadir memeriahkan Pesta Buku Kelantan. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu bagi mendapatkan autograf dan bertukar pendapat. Sesuai dengan tema Pesta Buku Kelantan tahun ini, “Membaca Membangun Peradaban."

Bookcafe Menerima Pembayaran Menggunakan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)

Puteri Naga Tiberius Tiba-Tiba Jadi Bualan Hangat Antara Penulis Sai-Fai, Fantasi

$
0
0
--

Puteri Naga Tiberius yang baru sahaja diterbitkan pada 27 Mac 2017 lalu sudah menjadi bualan hangat antara penulis-penulis sains fiksyen dan fantasi, Malaysia.

Ini sedikit sinopsis yang patut anda baca.

500 tahun berlalu semenjak bahtera Tiberius tiba di Benua Semilir. Persahabatan antara Maharaja Tiberius dan naga-naga Benua Semilir telah lama dilupakan. Kini, Kerajaan Tiberius sedang mengalami kacau-bilau akibat perbuatan khianat dan kelemahan pemerintahan.

Basilius, sang putera mahkota memberontak dengan melarikan diri dari istana. Takdir menemukannya dengan gadis hamba pembuat racun. Tidak dia sedari yang tempatnya di istana diintai oleh bapa saudaranya yang berhati gelap, Raja Angas.

Sula, gadis hamba pembuat racun yang melarikan diri dari rumah tuannya yang kejam Bregheda terheret dalam kancah politik Kerajaan Tiberius apabila Basilius menyelamatkannya daripada ancaman pemburu upahan Bregheda.

Sedang Basilius bergelut dengan intrig yang dirancang oleh Raja Angas, naga-naga Tiberius keluar mengganas, menjadikan semua yang menghuni Hutan Meraung – kaum bunian dan manusia – tahu yang zaman yuda sudah bermula.

tweetted

Tweet dari Ted Mahsun, penulis dan pengasas laman penasaifai.com telah menghidupkan pagi rabu dengan bualan tentang novel ini. Fadhli Akiti membalas tweet dan beliau akan memasukkan novel ini dalam senarai buku wajib beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 yang akan bermula pada 28 April - 7 Mei nanti.

fadli

tweet 7

Novel Puteri Naga Tiberius ditulis oleh Sri Rahayu Mohd Yusop. Beliau adalah anak jati Tanjong Karang, Selangor dan telah menulis 13 buah novel semenjak tahun 2001. Beliau telah memenangi hadiah dalam beberapa sayembara peringkat nasional.

Antara karya-karya beliau dalam genre fantasi dan sains fiksyen ialah Odisi Tanah Kencana, Impuls/Roh, Equilibria dan Transgenik Sifar. Novel beliau yang bertajuk Bimasakti Menari kini digunakan sebagai teks wajib Komponen Sastera Bahasa Melayu Tingkatan 5 di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka.

Beliau berharap agar novel terbarunya ini ditegur jika mempunyai kelemahan di mana-mana.

tweet 3

tweet 4

tweet 6

Ted Mahsun berkemungkinan, Novel Fantasi Melayu akan sampai kepada zaman keemasan jika Sri Rahayu dan Ahmad Patria teruskan menulis.

tweet 6

Klik di sini untuk membeli Novel ini dengan harga diskaun

Menarik: Novel Sherlock Holmes diterbitkan semula oleh Penerbit-X

Mungkin Anda Rasa Komik Ini Biasa, Tapi Bagi Saya Komik Ini Sentap Habis

$
0
0
--

Dari kecil kita biasa disajikan dengan watak adiwira yang memiliki satu kuasa yang luar biasa. Yang mana kuasa tersebut dihasilkan bukan daripada dirinya sendiri. Seperti adanya campuran genetik, mutant, alat bantuan yang canggih, perkahwinan antara manusia dengan dewa dan banyak lagi.

superheroes

Komik Cun #2 - Generasi memiliki kaedah tersendiri untuk menyampaikan bagaimana konsep adiwira (superheroes) dihasilkan. Tidak harus memiliki kuasa yang luar biasa dan campur tangan bendasing, sifat adiwira sebenarnya terdapat pada diri setiap manusia. Senang kata sesiapa pun boleh jadi hero, giteww.

komik cun

Mesej yang disampaikan juga berbeza dengan komik-komik lain di pasaran. Ianya memainkan peranan emosi dalam memahami jalan cerita dan mampu menghasilkan perspektif yang berlainan pada si pembaca. Tak ketinggalan juga gaya persembahan karya yang unik pada setiap tajuk cerita.

"Mereka yang menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan adalah hero sebenar."

Perasaan simpati merupakan salah satu sifat adiwira. Lumrah manusia suka akan kebaikan dan semangat itu datangnya dari suara hati.

Sifat sukarelawan atau ingin menjadi hero sesuai diterapkan dalam jiwa anak-anak muda. Rasa untuk menjadi hero tanpa mengira siapa diri kita. Walaupun komik ini senyap tetapi boleh tahan sentap.

Kenapa Sepanjang Sejarah, Politikus, Agamawan Begitu Takutkan Buku?

$
0
0
--

Dalam sejarah, penghancuran buku sudah berlaku sejak Sumeria Kuno (Sekarang di Iraq Selatan), sekitar 4000 tahun sebelum masehi lagi.

Karya Aristotle dihancurkan dengan cara dibakar kerana dituduh murtad oleh para pendeta (agamawan).

Ketika perkembangan Kristian pada abad ke 2 hingga 5, ‘Menjaga Agama’ menjadi asas kepada penghancuran buku. Penghancuran besar-besaran ke atas karya Gnostik dilakukan melalui kekuasaan Gereja. Ini kerana kaum Gnostik menyeru fahaman: keselamatan akan hadir melalui pengetahuan (gnosis), bukan melalui iman.

Pada tahun 781, buku karya Santo Sirilus dihancurkan kerana dianggap mengandungi unsur bid’ah.

Pada tahun 1108, pasukan Kristian menghancurkan pusat belajar di Damaskus dan memusnahkan lebih dari 3 juta buku.

Tahun berikutnya, pasukan Kristian berjaya masuk ke Tripoli, dan menghancurkan buku lebih dari 100 ribu buah.

Pada tahun 1204, ketika perang Salib keempat, tentera salib berjaya memasuki Konstantinopel yang terletak di Byzantium dan telah menghancurkan ribuan manuskrip. Kemudian pada tahun 1453, pasukan Sultan Muhammad Al-Fatih menakluk Konstantinople yang mungkin mengakibatkan banyak buku-buku dimusnahkan.

Konstantinopel dibangun pada tahun 330 oleh Konstantin I dan melestarikan tradisi Yunani dan Romawi. Daripada sini karya-karya Plato, Aristotle, Herodotus, Archimedes, dan penulis Yunani Kuno lainnya dapat diterjemah dan disimpan di Pustaka Darul Hikmah, Baghdad

Khalifah Abbasiyah berhutang besar dengan Konstantinople. Tanpa peradaban Konstantinople, Darul Hikmah di Baghdad tidak mungkin menjadi pusat ilmu yang terulung dengan mengumpulkan karya tulisan dan terjemahan tanpa prejudis perbezaan fahaman agama mahupun tafsiran. Terjemahan teks karya Yunani ini dimulai ketika Al-Ma’mun, khalifah keenam Abbasiyah.

Pada tahun 1257, Bangsa Mogol yang diketuai oleh Hulagu Khan, cucu kepada Genghis Khan telah menyerang kota Baghdad sehingga mengorbankan 500 ribu nyawa dan menghancurkan buku dengan menghanyutkannya ke Sungai Tigris.

Pada Abad Pertengahan di Eropah, ketika Gereja sangat berkuasa, beberapa karya juga turut dihancurkan. Antaranya karya Pierre Abelard berjudul Introduction and Theologiam pada tahun 1120, Kitab Talmud, karya-karya Musa bin Maimum. Khutbah-khutbah Imam Arnaud de Bresse iaitu pendiri Sekte Almaricus. Sekte Almaricus menganggap Tuhan dan segenap mahluk hanyalah strategi dari keunggulan Tuhan sebagai segala dan segalanya sebagai Tuhan.

Penghancuran buku di negara yang diperintah oleh orang Islam juga tidak terkecuali. Ketika pemerintahan Khalifah Al-Mansur (938-1002) di Cordoba, buku-buku diperpustakaan Al-Hakam, Cordoba, Sepanyol menjadi mangsa. Salah satunya adalah karya Ibnu Hazm, seorang penyair.

Ketika Raja Ferdinand V dan Ratu Isabella I menawan Sepanyol pada tahun 1500, Al-Qur’an dan risalah agama lainnya dimusnahkan dengan alasan sebagai pemurnian agama.

Menjelang Revolusi Prancis 1789, karya Voltaire berjudul Lettres Philosophiques (1734) dimusnahkan oleh pihak Gereja kerana dianggap membawa keburukan, merbahaya untuk agama dan rakyat. Karya Denis Diderot Pensees Philosophiques (1746) juga dimusnahkan karena mengandungi ajaran ateisme, karya Montesquieu De l’esprit des loi (1748); hingga ke Emile (1762) dan karya Jean-Jacques Rousseau.

Pada era ‘La Commune de Paris’ pada tahun 1871, kehancuran buku juga berlaku dengan terbakarnya Perpustakaan Louvre, Paris. Bagi yang belum tahu, La Commune de Paris merupakan pemerintahan pertama yang dikuasai oleh kelas buruh. Karl Marx menggembarkan era ini sebagai:

"Hasil perjuangan kaum bawahan yang melawan kelas penghisap. Sebuah bentuk politik yang akhirnya ditemukan. Pada dasarnya kita dapat menjalankan emansipasi ekonomi kaum buruh."

Kita juga tidak terlupakan kejadian Bibliocaust oleh Nazi. Sebelum pembantaian terhadap kaum Yahudi yang kita sebutkan Holocaust, Nazi telah memulakan terlebih dahulu dengan Bibliocaust. Segunung buku dibakar, koleksi di kedai-kedai buku dirampas dan melakukan aksi keganasan terhadap para penulis.

burn books

Kita sudah temui jawapan kenapa buku sering dilawan dengan kekuasaan, bukan buku lawan buku. Perlawanan hari ini adalah perlawanan kekuasaan. Mereka faham siapa yang berkuasa dia penentu segalanya. Tapi mereka lupa, sejarah telah membuktikan buku adalah senjata. Walaupun penguasa cuba melakukan sesuatu, buku tetap buku. Hurufnya tidak mati.

Fahaman Mahkamah Syariah - Islam dan Mahkamah Sivil - Kafir, Boleh Menjahanamkan Negara - Dr. MAZA

$
0
0
--

Dr. Mohd Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan panggilan Dr. Maza dalam ceramahnya yang dimuatnaik oleh PROmediaTAJDID pada 12 April 2017 yang lalu, beliau mengulas tentang fahaman yang membezakan antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil seperti Islam vs Kafir.

Kata beliau dalam ceramah tersebut, “Seakan -akan mahkamah syariah itu mahkamah Islam sementara mahkamah sivil itu mahkamah kafir. Fahaman ini jika tidak dibendung akan menjahanamkan negara pada masa yang panjang.”

LAW

Tambah beliau lagi, lebih 90 perkara dalam menentukan perkara undang-undang, Islam menyerahkan kepada takzir.

Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis tetapi ditentukan oleh pihak pemerintah.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, tambah beliau, Seperti undang-undang jalan raya, ada perbezaan Islam atau bukan Islam jugak ke? Tak ada.

Adakah mahkamah sivil yang menguruskan undang-undang siapa yang langgar lampu merah dikenakan hukuman, siapa yang bawak laju dikenakan hukuman. Adakah perkara ini bertentangan dengan Islam? Adakah itu mahkamah kafir? Tidak.

Dr. Maza juga ada menulis dalam bukunya, Travelog Minda Tajdid tentang bahayanya berfikiran jumud.

“Manusia yang buruk dalam masyarakat ini adalah mereka yang menghalang pemikiran kedua, ketiga, dan seterusnya dalam perkara-perkara yang dibolehkan berbeza pendapat”

travelog

MENARIK: Kenapa Sepanjang Sejarah, Politikus & Agamawan Takutkan Buku?

Klik di sini untuk membeli buku ini dengan harga diskaun

Tulis beliau lagi, jangan kuasa agama itu digunakan bagi menghalang orang lain memberi pendapat. Sehingga akhirnya muncul aliran liberal yang melampau.

Dr. Maza sekarang adalah Mufti Negeri Perlis. Malah sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 sehingga 30 November 2008. Berasal daripada Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Buku beliau yang menarik perhatian adalah Fitnah Terhadap Para Sahabat Rasulullah saw.

Matluthfi Bakal Lancarkan Buku ke-4 di PBAKL 2017

$
0
0
--

Matltuhfi bakal lancarkan buku ke-4 di PBAKL 2017 selepas berjaya dengan 3 buku beliau sebelum ini, Catatan Matltuhfi, Momen2 Matltuhfi dan Kisah 25 Filsuf Barat.

mat

Jika anda peminat tegar Matltuhfi, sudah pasti kesemua buku-buku beliau kita akan kumpul termasuklah dengan gigihnya muat turun video-video Matluthfi di youtube untuk diabadikan di dalam laptop. Haha

Bagaimana agaknya kandungan buku ke-4 Matltuhfi kali ini? Adakah santai seperti buku pertama dan kedua atau kearah ilmiah seperti Kisah 25 Filsuf Barat?

Untuk buku ke-4 kali ini, Matluthfi menggunakan tajuk Alegori Rumah Api. Buku ini memuatkan 38 buah tulisan multigenre seperti cerpen, artikel, alegori, esei dan coretan pengalaman. Kebanyakannya ditulis sepanjang tahun 2016 dan selebihnya pada tahun 2017. Buku ini juga memuatkan lukisan-lukisan hasil tangan isteri, mak dan Matluthfi sendiri.

buku

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 akan berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) bermula pada 28 April hingga 7 Mei 2017. Pavilion PTS terletak di Dewan Tun Razak 4. Puteh Press terletak di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Razak 4.

Saya bongkarkan sedikit, apa yang best dalam buku ke-4 Matluthfi ni.

1

2

3

Jumpa Matluthfi di Pelancaran Buku ke-4 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 di PWTC.

p[oster


Apa Signifikan Referendum Turki 16 April 2017? - Ahmad Azam Ab Rahman

$
0
0
--

Ahmad Azam Ab Rahman, penulis buku Erdogan Bukan Pejuang Islam? Mengulas lanjut tentang Referendum Turki. Undian untuk meluluskan referendum baru ini yang berlangsung pada 16 April 2017 lalu menunjukkan majoriti rakyat Turki bersetuju dengan referendum baru ini.

undi

1. Rakyat Turki telah membuat pilihan melalui kaedah demokrasi untuk menukar sistem Parlimentari kepada KePresidenan.

2. Keputusan ini wajar dihormati oleh semua pihak terutama yang mendabik dada sebagai juara demokrasi.

MENARIK: Bagaimana akhirnya wanita Turki dibebaskan untuk bertudung

3. Referendum ini bakal merubah bukan saja politik Turki tetapi juga politik dunia Barat dan Islam. Turki bakal muncul sebagai kuasa baru dunia yang menjadi jurubicara dunia Islam. Dasar luar Turki yang selama ini dianggap sebagai Pro Barat akan menjadi lebih bebas dan berani bersuara berdasarkan kepentingan Turki dan dunia Islam.

erdogan

4. Naratif Media Barat yang memomokkan Erdoğan sebagai seorang diktator telah ditolak oleh rakyat Turki dengan keputusan Referendum ini. Kejayaan Erdoğan membangunkan ekonomi Turki merupakan faktor utama rakyat mendokongnya.

5. Dunia Barat harus menerima realiti baru, Turki bakal muncul sebagai kuasa baru dunia yang mewakili suara dunia Islam setelah kegagalan OIC menjadi jurubicara dan pembela nasib umat Islam.

erdogan

Klik di sini untuk membeli buku ini dengan tawaran diskaun

MENARIK: Apa yang membuatkan rakyat Turki begitu sayangkan Erdogan?

MENARIK: Buku ini bongkar siapa sebenarnya Gulen

Daripada 98.4% undi yang dikira, 51.18% daripadanya bersetuju untuk menerima referendum baru ini. Manakala seramai 48.82% menolak. Jumlah peratus yang menolak ini rata-rata dikalangan penduduk bandar (urban) dan yang mempunyai status ekonomi yang tinggi.

Ahmad Azam Ab Rahman adalah Timbalan Setiausaha Agung UNIW mewakili kawasan Asia Pasifik untuk sesi 2015/2018. Union of NGOs in the Islamic World (UNIW) adalah sebuah organisasi yang beribu pejabat di Istanbul, Turki sejak Mei 2005 yang bertujuan untuk meyatukan umat Islam di dunia ini.

17 Peribahasa Baru ini Akan Membuatkan Anda Tergelak

$
0
0
--

1. Bagaikan smartphone tiada data internet.

Maksudnya: Orang yang mempunyai banyak ilmu tetapi tidak dimanfaatkan ilmunya.

 

2. Ibarat whatsapp dan facebook

Maksudnya: Dua orang yang bersahabat baik.

 

3. Bagaikan twitter tiada follower

Maksudnya: Melakukan kerja yang sia-sia.

 

4. Bagaikan akaun instagram tiada bergambar

Maksudnya: Orang yang tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa.

 

5. Bagaikan camera 360

Maksudnya: Orang yang suka menipu orang lain.

 

6. Ibarat people nearby menggunakan wechat

Maksudnya : Orang yang rajin bersilaturrahim.

 

7. Seperti ada whatsapp tetapi tidak boleh download gambar

Maksudnya: Orang yang tidak mendapat maklumat yang sepenuhnya.

 

8. Ibarat status facebook tiada orang like

Maksudnya: Orang yang tidak dipedulikan oleh orang lain.

 

9. Sudah ada whatsapp, wechat berguna juga

Maksudnya: Orang yang sering memanfaatkan sesuatu.

 

10. Seperti diviral di YouTube

Maksudnya: Sesuatu berita yang telah dihebohkan.

 

11. Ibarat whatsapp messages yang tiada bluetick

Maksudnya: Anda tidak lagi dihargai/ tidak diperlukan sangat/ tidak lagi penting.

 

12. Ibarat menunggu gambar instagram loading

Maksudnya: Orang yang dalam keadaan nazak menunggu mati.

 

13. Seperti menonton video tersekat-sekat

Maksudnya: Hidup yang selalu murung

 

14. Kaki Selfie

Maksudnya: Orang tidak mahu kalah dalam menunjuk-menunjuk

 

15. Seperti Menunggu Iklan Spotify Habis

Maksudnya: Orang yang mahukan semua benda percuma

 

16. Kais Hotspot tanya password wifi

Maksudnya: Kawan yang suka meminta-minta

 

17. Seperti orang yang klik follow kemudian unfollow di Instagam

Maksudnya: Orang yang tidak mempunyai pendirian

 

17 peribahasa ini telah ditemui tersebar di beberapa group whatsapp.

Untuk Mengelakkan Tekanan, Lelaki Ini Terpaksa Dedahkan Tips Pembikinan Kulit Buku

$
0
0
--

Aku nak bercerita sikit mengenai pembikinan sesebuah kulit buku. Aku sebenarnya tengah sibuk sebab tengah kejar deadline Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017. Bagi mengelakkan rasa tertekan, baik aku tekan-tekan keyboard buat status panjang-panjang.

Rekaan kulit buku ni penting sebab ia salah satu faktor yang membuatkan sesebuah buku itu tampak 'enak'. Tapi bahaya kalau enaknya hanya pada kulit, tetapi isinya hampa (eceh!)

zaidi

Bagaimana untuk menghasilkan kulit buku yang cantik? Cantik itu subjektif. Cantik sesebuah rekabentuk kulit buku itu bergantung pada siapa golongan sasarannya. Cantik di mata kita tidak semestinya cantik di mata orang lain.

Menetapkan Konsep

Perkara pertama bagi penghasilan kulit buku adalah penetapan konsep yang sesuai dengan golongan sasar. Tanya editor atau penulis buku tentang kandungan buku tersebut supaya kita boleh senarai panjangkan imej yang mungkin sesuai untuk kita visualkan.

zaidi

Kalau buku tu tentang 'sejarah islam' senaraikan segala imej yang terlintas dalam fikiran mengenai sejarah islam seperti pedang, watikah lama, perisai, kuda dan lain-lain.

Selepas itu barulah pilih beberapa imej atau satu imej untuk dijadikan imej utama di kulit buku. Saya cadangkan pilihlah imej yang catchy dan tidak klise supaya nampak lain daripada yang lain.

Lakar Dahulu

Yang ke dua, sebaiknya kita lakar dahulu beberapa cadangan susunatur tajuk, nama penulis dan imej yang terpilih pada sketch book sebelum kita buka new file pada software Adobe.

grafik

Selling Point

Yang ke tiga, bincang dengan editor apakah 'selling point' yang ada pada buku itu. Mungkin selling pointnya pada tajuk. Mungkin pada penulisnya atau mungkin juga pada isinya. Selling point buku itu perlu di'highlight'kan pada kulit buku.

pts

Kita boleh highlightkan salah satu element tersebut dengan cara besarkan saiz, atau pemilihan warna yang kontras supaya elemen itu lebih menonjol berbanding yang lain.

Buat Rujukan

Yang ke empat, buat rujukan di google atau pinterest atau di mana-mana website mengenai design untuk mendapatkan contoh susunatur dan visual kulit buku yang kemas.

Untuk menghasilkan kulit buku yang bersifat 'out of the box', perlukan lebih rujukan, lebih perbincangan dan otak yang gila-gila dan kesungguhan yang tinggi.

google

Mungkin ada cara lain lagi dalam penghasilan kulit buku, tapi di sini saya kongsikan cara dan gerak kerja yang biasa saya buat.

Mohd Zaidi Ismail adalah pereka grafik di PTS Media Group. Beliau sudah berkhidmat selama 9 tahun di PTS. Artikel ini diambil dari status facebook beliau. Dibawah adalah antara kulit-kulit buku yang telah dihasilkan oleh beliau.

kult buku

‘Never Give Up’ Versi Jack Ma Yang Perlu Anda Tahu

$
0
0
--

Jack Ma adalah pengasas syarikat jualan online Alibaba. Pada tahun 2014 syarikatnya mencatat rekod sebagai tawaran saham awam yang terbesar di dunia. Pada Mac 2016, Suatu rekod sebanyak $463.000.000.000 transaksi perniagaan telah dijalankan pada platform runcit Alibaba.

Jack Ma telah menetapkan matlamat untuk mewujudkan 10 juta perniagaan yang menguntungkan dan 100 juta pekerjaan dalam tempoh 20 tahun akan datang. Beliau menjadi fokus utama ketika Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland pada bulan Januari lalu, apabila beliau memberitahu CNBC yang Amerika tidak boleh menyalahkan orang lain kecuali diri sendiri untuk isu-isu ekonomi.

jack ma

Selepas tamat pengajian, Jack Ma memohon 30 pekerjaan yang berbeza tetapi kesemuanya ditolak mentah-mentah.

"Saya pergi untuk kerja dengan pihak polis, mereka berkata, 'anda tidak baik.”

"Saya juga pergi ke KFC apabila ia datang ke bandar saya. Dua puluh empat orang pergi untuk kerja. Dua puluh tiga telah diterima, hanya saya yang ditendang.”

“Saya juga memohon 10 kali untuk melanjutkan pengajian di Harvard Business School, tetap juga ditolak.”

jACK MA

Jack Ma dilahirkan dari keluarga miskin di daerah Hangzhou, kawasan Zhejiang, China. Ketika beliau berumur 12 tahun, Jack Ma sudah tertarik untuk belajar bahasa Inggris.  Beliau bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah hotel di  Danau Hangzhou, sekitar 160 kilometer dari Shanghai. Dari situ, pemikirannya lebih terbuka dibandingkan teman-teman seumurnya.

Sejak Alibaba.com memecah tembok edagang dunia sekitar 2014, nama pengasasnya, Jack Ma menjadi sebutan. Pada tahun 2014 sahaja, jumlah transaksi atas talian Alibaba mencapai jumlah USD 248 bilion, lebih daripada jumlah yang diperolehi oleh Amazon dan Ebay.

buku jack ma

Klik di sini untuk membeli buku secara online, lebih cepat dan jimat

Kisah perjalanan Jack Ma membina jenama Alibaba sehingga bergelar gergasi Asia sememangnya memberi inspirasi. Buku Never Give Up: Jack Ma in His Own Words Edisi Bahasa Melayu ini menghimpunkan kata-kata dan pandangan beliau dalam setiap aspek kehidupan yang akhirnya memberi kesan dalam setiap kejayaan yang diraih.

Buku ini akan mula dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 di Pavilion PTS. PBAKL 2017 bermula pada 28 April hingga 7 May 2017. Akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 10 pagi hingga 7 malam setiap hari dan sehingga pukul 9 malam pada hari sabtu, ahad dan hari cuti umum.

Pavilion PTS terletak di Dewan Tun Razak 4. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai PBAKL 2017

pbakl 2017

Sains Fiksyen Tidak Pernah Mati di Malaysia

$
0
0
--

Sains Fiksyen bagi pengertian yang mudah adalah fiksyen masa depan yang saintifik atau teknologi dan perubahan sosial atau alam sekitar. Ianya sering menggambarkan ruang atau masa perjalanan dan kehidupan di planet lain.

Novel-novel yang bergenre Sains Fiksyen tidak pernah mati cuma genre ini bukan lagi menjadi market yang besar kerana rata-rata peminatnya masih lagi dalam kumpulan yang niche market.

Tetapi kalau kita perhatian sains fiksyen bukan dalam buku, seperti dalam filem contohnya, rata-rata filem sains fiksyen yang masuk ke Malaysia semua terjual dengan bagus. Ini bermaksud kita tidak apolegetik terhadap genre ini cumanya mungkin orang lebih suka menonton daripada membaca. (betul kan?)

intersteller

Avatar pada tahun 2009, The Matrix pada 1999, Interstellar pada 2014, The Martian pada 2 tahun lepas atau Wall-E pada 2008. Ini antara filem-filem sains fiksyen yang mendapat jumlah tontonan yang tinggi di panggung wayang.

Pada sisi yang lain, mungkin juga penulis dalam genre ini kurang dan rata-rata pembaca di Malaysia kurang didedahkan dengan novel-novel seperti ini disebabkan kita mempunyai lambakan cerita cinta yang tak habis-habis berpusing pada plot yang sama. Kahwin paksa, anak dato lawan anak miskin, cinta yang terhalang, atau cinta semasa berlanggar bahu. (omg, termuntah).

Tidak dinafikan juga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi perintis dalam memberikan roh-roh kepada penerbitan novel-novel sains fiksyen. Karya Shahidan Md. Noh (DBP, 1979) dan karya Mohd. Ismail Sarbini (DBP, 1982) antaranya.

PTS Fortuna juga sekitar tahun 2009-2010 memainkan peranan dengan menerbitkan novel-novel yang bergenre Sains Fiksyen. Chronicle Alam Epsilon, Syaakur: Pejuang Dua Dunia, Armada Azur.

buku

Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi juga memainkan peranan yang baik untuk penulis-penulis sains fiksyen terus bersemangat untuk terus menulis karya-kerya yang berimeginasi tinggi.

saifai

Bermula 2016, kemunculan Penerbit-X dalam industri buku negara memainkan peranan dengan menerbitkan kembali novel-novel Sains Fiksyen dan Fantasi. Ada karya yang baru dan karya yang diterbitkan semula dengan nafas baru yang lebih segar.

Apa yang agak menarik dengan penulis-penulis Sains Fiksyen masa kini, mereka ini agak ‘melekat’ sesama sendiri. Ini menjadikan mereka kelihatan bersemangat bila bersama. Contohnya laman Pena Saifai yang mengumpulkan pandangan dan pendapat mereka dalam dunia sains fiksyen.

Tahun ini, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, sekali lagi mereka akan bergabung di satu pentas untuk berforum mengenai Sains Fiksyen. Panelis akan disertai oleh Lokman Hakim, Sri Rahayu, Cikgu Rosli, Ted Mahsun dan forum akan dikendalikan oleh Nisah Haron.

Anda yang berminat dengan genre Sains Fiksyen, boleh hadir ke Dewan Tun Razak 4 di Pavilion PTS pada 29 April 2017 pada pukul 4.00 petang.

tr4

Viewing all 1410 articles
Browse latest View live